![]() |
| Ah... dia tidak tahu bagaimana dia dapat menghadapi hari-hari itu. |
Seorang gadis bertubuh gempal , sebenarnya tidaklah gempal sangat, dia mungkin berisi sedikit sedang berada dalam kelas Marketing, sama kelas dengan kekasih lelaki itu. Yaa… dia punya kelas yang sama dengan lelaki itu dan kekasihnya. Tapi yang membezakan, dia punya kelas Management Ethic yang sama dengan lelaki itu, manakala dengan kekasih lelaki itu, kelas Marketing. Ah… dia sendiri tidak tahu bagaimana dia mampu menghadapi hari-hari tersebut.
Mujurlah juga, lelaki itu tidak sama kelas Marketing dengan kekasihnya itu, kalau tidak, dia tahu, hatinya akan bertambah kecewa. Melihat kemesraan lelaki itu bersama kekasihnya itu. Melihat gambar lelaki itu dan kekasihnya di facebook, sudah cukup membuatkan hatinya kecewa, apatah lagi melihatnya di alam reality. Lagi sakit mungkin.
Dan di kelas Marketing itu, dia bersama kawannya menunggu kehadiran pensyarah untuk masuk ke kelas. 15 minit itu kemudian bertukar menjadi 30 minit, dia dan kawannya mengambil keputusan untuk keluar pabila melihatkan ada beberapa orang rakan sekelasnya telah keluar. Mungkin kelas dibatalkan pada hari itu.
Dan di saat dia mahu bangun untuk beredar, kekasih lelaki itu berjalan melintasinya. Dengan baju kurung yang berwarna merah jambu, warna yang paling tidak disukainya, kekasih itu berjalan ke pintu keluar. Dia hanya memerhatikan sahaja kelibat kekasih lelaki itu keluar. Dilihatnya kekasih lelaki itu sedang bercakap di telefon, mungkin sedang berbual dengan lelaki itu. Dia membuat andaian. Ah… tiba-tiba hatinya ditusuk dengan rasa cemburu. Terlalu.
Kemudian, dia dan kawannya berjalan menuju ke ruang makan, dan di saat dia tiba di salah satu meja makan yang terdapat di situ, dia menyedari kelibat lelaki itu di satu sudut. Bersama kekasihnya. Ah… jadi andaian dia betul. Kekasih lelaki itu sedang berbual dengan lelaki itu di telefon, mungkin mahu mengajak lelaki itu makan bersama-sama memandangkan kelas dibatalkan.
Dia memerhati sahaja pasangan itu dari jauh. Hatinya sakit. Dia cemburu. Terlalu. Mengharapkan kekasih lelaki itu adalah dirinya namun tidak mungkin itu akan berlaku. Dia memerhati sehinggalah kawan baik lelakinya tiba. Menyertai dia dan kawannya makan. Mereka bertiga berbual dengan gembira. Sekali-sekala dia akan melirikkan matanya ke arah lelaki itu yang rancak berbual dengan kekasihnya. Ah… hatinya ditusuk dengan rasa cemburu.
Dan tanpa dia sedari, lelaki itu kemudian menyedari kelibatnya di ruang makan. Di saat lelaki itu rancak berbual dengan kekasihnya, lelaki itu menyedari kehadirannya di situ. Sedang berbual dengan gembira bersama lelaki yang selalu dengannya dan juga seorang kawannya. Ah… hati lelaki itu kecewa.
Lelaki itu kemudian mengajak kekasihnya beredar dengan alasan ada hal yang perlu diselesaikan. Kekasih itu yang tidak mengesyaki apa-apa hanya menurut sahaja. Dia menyedari lelaki itu sudah mahu beredar. Dia hanya memandang dari jauh sahaja lelaki itu berjalan bersama-sama kekasihnya. Dia kecewa lagi. Terlalu.
p/s---> aku jealous. (=.=!)




errr aku nk komen cmne ek .. realiti eh ?
ReplyDeletehahaha adoi, bgun2 pagi terus bce entry ni (kantoi, baru bgun), mula2 aku igt eh lelaki tu gay ke?
ReplyDeletethen bace 2nd time..ohhhhh baru ak faham..kekasih lelaki itu adalah gf lelaki yg kau jelezkan tu, haha
tukar jd bm je jd cm xfamiliar..
sila jgn jelez, haha :D
errr..sakit.. in my story, kekasih wanita itu... sob2
ReplyDeletehurm..
ReplyDeleteini kisah kamu ya, reen?
Lelaki tu mesti sayangkan lagi perempuan tu. Maksudnya perempuan yang berharap kalau kekasih lelaki tu adalah dirinya :)
ReplyDeleteCerita benar ke? :)
betol tak citer ini?mcm betul jee..hee..
ReplyDeleteeh,awk jeles?=P
cik gugu---> heehehhe.. tak adalah. bukan realiti pun... yang realiti itu... yg p/s itu.. heheh
ReplyDelete****
Lynn Damya---> hehehe.. yang betulnya.. aku jelez. dan entry ni hanya kisah semata-mata.. =)
*****
M Fizan---> really? aku just ubah ianya menjadi lagi cool.. huhuhu.
*be strong eh.. =)
*****
Teenager Housemaid---> nope.. tak lah. kisah aku yg p/s itu.. hehehe.
.. (~.~)
****
Lisa---> heee.. taklah. Bukan kisah benar. Hanya kisah yang ditulis berdasarkan imaginasi sahaja.. =)
syafa---> heee.. ini bukan kisah betul. Hanya kisah fiksyen semata-semata..
ReplyDelete*yaa... saya jelez.. =)
Aku selalu lupa yg ko ni penulis yg maha suka memperdayakan pembacanya muahahaha.. mahu jer aku ckp ini kisah ko. Tapi ya.. dlmnya tentu ada 'rasa' yg pernah ko rasa. cuma sengaja di tokok tambah pelbagai rasa hingga resepinya menjadi begitu menakjubkan hehehe..
ReplyDeletep/s? oh.. aku juga jeles? jeles kenapa? sebab kau slalu saja ada idea nak serabutkan otak aku dgn n3 mu muahahaha...
Nong Andy---> waaa.. kejamnya ayat kau.. sob sob.. huhuhu. Nantilah aku buat entry tentang rasa aku.. hehehe.
ReplyDeleteyaaa... aku jelez.. huk3... dengan kekasih lelaki itu.. =). hihihi.
otak kau mesti berfikir terlalu lasak bila membaca entry aku.. tertanya3 sama ada aku yang alami atau tidak bukan.. hahaha
Assalammualaikum...
ReplyDeleteWaaa .. semua pun kata macam citer betul .. Tp yela .. Macam real story .. Hehehe ..
Rajin Reen mengarang cerita ek. Tp mungkin sebab Reen minat kot. Apa2pun, keep up the good work OKeh !! ^^
sama2 sayang kann.
ReplyDeletetapi dah bercouple dengan orang lainn
AdiaLuze---> heee... entah. tapi kisah ni bukannya benar pun.. huhuh. Maybe ditulis sambil terbayangkan situasi itu..kiki.
ReplyDeletepapepun, thanks kak. ^_^
******
chemay---> kadang-kadang mencintai tidak semestinya memiliki. =)
kurengkan sifat jeles kat orglen tu. buruk. huhu
ReplyDeletePicoz Shupalula--->yaaa... akan ingat. =)
ReplyDeleteeeeeeeeeeeeeeeeeee.. apa masalahlaki tu hah? cembur ke apa? bukan ke dia dah ada gf? eeeeeeeeeeeeeeeeeeee... aku sekeh2 karang juga dedua ni kang....
ReplyDeletebidadari syurga---> komen2 kau yg aku baca,... it seems kau bengang gila dengan lelaki itu.. hehehe.
ReplyDeleteHeee.. sila sekeh dedua.. huhuhu. =D