nuffnang

Wednesday, March 14, 2012

HiLangkan PeraSaan itu.


dia mahu hilangkan perasaan itu
Dia kata mahu hilangkan perasaan itu, jadi aku cadangkan luahkan sahaja perasaan itu kepada orang yang berkenaan, lama-kelamaan perasaan itu akan hilang dengan sendirinya. Tapi dia menolak. Katanya, dia punya ego. Punya maruah. Maruah seorang perempuan. Tidak mungkin dia mahu digelar sebagai perigi mencari timba. Dia tetap dengan pendiriannya. Tidak akan sama sesekali meluahkan perasaan itu kepada lelaki itu. Dia mahu perasaan itu hilang dengan sendirinya.

Dia kata, dia tahu dia bertepuk sebelah tangan. Hanya dia sahaja yang punya perasaan terhadap lelaki itu. Sedangkan lelaki itu tiada apa-apa. Mengenali dirinya pun tidak. Dia sahaja yang berfikir bukan-bukan. Jadi aku beritahunya, lupakan sahaja lelaki itu. Namun, dia memarahi aku. Katanya, aku tidak memahaminya. Mulut aku senang sahaja berkata sebegitu. Bukan aku yang mengalaminya, senang sahajalah bagi aku untuk berkata-kata sebegitu padanya. Yang mengalaminya dia. Rasa mata yang memandang tidak sama dengan rasa bahu yang memikul.

rasa mata yang memandang tidak sama dengan
rasa bahu yang memikul
Dia kata perasaan itu buat dia sakit. Buat dia kecewa. Buat dia dalam keadaan tertekan. Sebab itu dia mahu lupakan perasaan itu. Mahu lupakan secepat mungkin. Jadi aku cadangkan pada dirinya, cubalah sekali untuk tidak memikir tentang perasaan itu. Tidak memikirkan tentang lelaki itu. Sibukkan dirinya dengan sesuatu. Namun dia menjawab, mana mungkin dirinya mampu berbuat sedemikian jika sebahagian hidupnya di pusat pengajian itu melibatkan lelaki itu. Kemana-mana dia pergi, sama ada ke library, ke fakulti mahupun ke kelas, bayangan lelaki itu akan muncul secara tiba-tiba dalam mindanya tanpa dia minta. Setiap sudut di tempat dia belajar mempunyai memori tentang lelaki itu.

Setiap kali dia melangkah ke fakulti, dia teringatkan saat dia berkenalan dengan lelaki itu. Setiap kali dia berjalan ke kelas di fakulti itu, dia teringatkan saat dia terserempak dengan lelaki itu. Ah… dia kata, hampir hidupnya di situ melibatkan lelaki itu.
dia terluka.

Dia menangis ketika menceritakan perasaan itu. Dia kata dia tidak sanggup lagi berpura-pura yang semuanya kelihatan baik sahaja. Hatinya sakit setiap kali tiba di fakulti. Hatinya sakit setiap kali nampak lelaki itu dari jauh. Hatinya sakit setiap kali nama lelaki itu disebut. Hatinya sakit setiap kali kisah tentang lelaki itu diceritakan kepadanya.

 Dia kata ada satu ketikanya, mahu saja dia luahkan perasaannya sekarang kepada lelaki itu. Namun, dia tahan. Dia masih berfikir dengan waras. Dia cuba bertindak rasional. Cuba belajar untuk membenci lelaki itu namun dia tidak mampu. Lelaki itu tiada kesalahan pada dirinya. Hanya dirinya sahaja melakukan kesalahan kepada lelaki itu. Menyimpan perasaan padanya.

dia bersalah sebab punya perasaan pada lelaki itu.

Dan aku tanya padanya, sampai bila dia mahu begini? Membiarkan hatinya dalam kesakitan? Dia cakap dia cuba bertahan. Dia akan cuba untuk bertahan selama mana dia mampu. Dia kata, satu hari nanti, perasaan itu akan hilang dengan sendiri seperti yang aku pernah alami.

 Ah… dia tidak faham. Situasi dia dan aku tidak sama. Hatinya sakit bila melihatkan lelaki itu sedangkan hati aku berbunga-bunga bila melihat lelaki yang aku pernah suka suatu ketika dulu. Lelaki yang aku suka suatu ketika dulu mengenali aku sedangkan dia? Lelaki itu langsung tidak mengenalinya. Lihatlah… situasi aku dan kau tidak sama.

Dia kata, dia tetap dengan pendiriannya. Mahu mengharapkan perasaan itu akan hilang dengan sendirinya. Dia punya beberapa semester lagi di situ. Dia mungkin dapat harungi dengan tabah walaupun hatinya terluka. Ah… aku biarkan dia. Memberi sokongan dari sini. Semoga dia dapat bertahan. 

Dia akan cuba bertahan dengan kisah yang bakal
menjadi kisah silam dalam hidupnya


p/s-- kadang-kadang aku rasa lagi better tidak meluahkan raasa cinta itu walaupun betapa sakitnya dan kecewanya hati kita menahan rasa itu.
*mencintai tidak semestinya memiliki.. =)

17 comments:

Lynn Damya said...

luahkan saja, kemudian terpulanglah..sama ada lelaki tu mahu atau tidak..mencinta xsemestinya memiliki...sy setuju :)

syafa said...

hope dia dapat bertahan macamane rasa hidup sama bersama kenangan2 itu.

act,bukan senang nak lupa,lagi pulak kampus yang sama.cakap kat "dia" itu.jangan terlalu banyak hidup dalam kenangan itu..
kembali kepada dunia REALITI..

anggap aje jatuh cinta itu,angin lalu yang akan pergi jua suatu hari nanti..

meluahkan cinta itu tak semestinya memiliki,tak meluahkan cinta itu,mungkin juga memiliki.

sebab kita tak tau hati manusia ini kan?

semoga dia dapat bertahan hingga akhirnya..

sekian.=)

AdiaLuze said...

Assalammualaikum...

Perasaan 'halus' itu takkan boleh kita lupakan macam tu saja .. Percayalah ..

Its takes 1 minute to fall in love but 1 whole live to forget that feeling ...

So, don't keep denying .. Embrace u'r feeling .. Peace ! ^^

..cik gugu.. said...

susah la lau ta luahkn .. lau aku la kan, crik je laki laen .. heheh . tp kalau kte ta luahkn, mana kte nk tau kalau2 laki tu pon ska kte jugak .

Khairul Antasha said...

sakitnya...

tapi semuanya terserah kita mahu begitu, atau begini..

selagi punya kekuatan

Teenager Housemaid said...

betul, mencintai tidak semestinya memiliki...
bagi saya, bila ada kes macam ni, biarlah pendam saja...
bukankah ada yang mengatakan, kalau kita menyukai seseorang dan kita pendam kita mendapat pahala?
:)

reenapple said...

Lynn Damya--->luahkan?? mungkin ada kebaikan mungkin juga tidak.. =)

terpulang pada pemilik rasa itu.. =)

******

syafa---> yaaa... semoga dia dapat bertahan. =)

thanks for the advice.

*****
AdiaLuze--->yaa... susah bukan mahu lupakan perasaan itu. it takes a whole life to forget it.. =)

*****

cik gugu---> itulah. Susah kan? Luahkan salah. Tak luahkan salah.. tapi kawan aku cakap better tidak meluahkan.. =)

*****

Khairul Anatasha---> yaa... sakit. Terpulang pada pemilik rasa itu.. mahu buat begitu atau begini. =)

*thanks dropping by.=D

******

Teenager Housemaid---> eh? begitukah? aku tidak tahu... heheheh. Oh.. jadi pendam itu ada kebaikan?? kiiki.. =D

Iffah Afeefah said...

kalau aku tempat dia aku diamkan je

well meluahkan sgt susa

ermmm


perasaan itu sukar dikawal apatah lagi dibuang

reenapple said...

Iffah Afeefah---> susah bukan? simpan perasaan sakit... meluahkan mungkin lagi sakit.. =(

Nong Andy said...

kalau aku kat tempat dia?

oh.. aku seorang yg berani. aku x luah tapi aku bagi bahasa badan yg cukup2 hehehe.. aku punya ego tapi tidak keterlaluan dan aku slalu berusaha mencapai apa yg aku mahu.

aku mahu dia? Aku pasti akan cuba dptkannya. Kalau benar dia bukan utk aku. well i've try my best n i pround of it :) tiada kesalan.

Picoz Shupalula. said...

pedih :(

reenapple said...

Nong Andy----> wow... kau buat aku tertarik dengan kau.. hehehehe.

Hurmmm... lain orang lain cara bukan? Dia tidak seperti kau. Kau agressive but then dia tak... =)

*****

Picoz Shupalula---> pedih bukan?? =(

fahir ahmad ishak said...

aku ade 1 cara~

luahkan sume perkara pasal lelaki itu pada sehelai kertas.. tulis la apa yg hendak diluahkan jika dia berjumpa lelaki itu... kemudian buang xpon bakar kertas itu. insyallah perasaan akan hilang seperti hilangnya kertas itu pada pandangan muka. =) selamat mencuba~

chemay said...

chemay pernah luah kat laki yang chemay suka.
but dia langsung tak kasi apa2 reaksi.
malu.
tapi life must go on kan?
chemay dengan dia pon dah jadi bestfren sekarang.
perasaan sayang tuh boleh try untuk dikikis.
:)

reenapple said...

fahir ahmad ishak---->owh.. kind of a very good idea.. =)

tapi kertas yg dibakar itu masih akan ada lagi sisa-sisa bukan?? ataupun.. menghumbankan abu-abu kertas yang dibakar itu kepada lelaki itu.. =X

******
chemay---->owh... situasi tidak sama mungkin. Mungkin memendam itu lagi baik mungkin.. =)

Nong Andy said...

Reenaple :)

ya. lain org lain caranya... itu betul :D

reenapple said...

Nong Andy---> =). Lain orang lain cara. =)