“Mana kita
nak pergi?” Aku menyoal Ariff Hazwan yang asyik dengan pemanduannya.
Sekali-sekala dia akan tersenyum. Aku rasa dah berbuih mulut aku tanya kemana
dia mahu bawa aku. Dan jawapan yang aku terima adalah senyumannya. Nasib baik
mood aku baik hari ini. Kalau tak, mahu aku bagi satu sepakan kat kaki dia macam masa
aku mula-mula kenal dia.
“Kita nak
pergi makan lah,” jawapan yang sama dia bagi pada aku. Cis, sengal mamat ni.
Aku mengutuk dalam hati. Aku tahulah dia nak bawa aku pergi makan tapi kat
mana? Aku ingatkan kat tempat yang selalu dia bawa aku pergi, tapi dia tak
berhenti di situ. Dia terus memandu. Bila aku tanya, dia hanya tersenyum.
Dia kata jangan risau, dia bukan nak buat benda tak baik kat aku.
“Okey.
Kita dah sampai.” Ariff Hazwan berkata setelah memberhentikan keretanya di
hadapan sebuah restoran berhadapan dengan tasik. Aku belum pernah menjejakkan
kaki di situ. Dia membuka pintu kereta untuk aku. Aku hanya tersenyum. Hairan
dengan kelakuannya hari ini.
Aku
melangkah masuk ke dalam restoran itu. Tak ada pelanggan sangat pun hari ini.
Suasananya bolehlah dikatakan romantic. Sesuai dengan siapa-siapa yang berhajat
nak buat candle light dinner, aku cadangkan restoran ini. Err… nama apa entah restoran
ini, aku pun tak tahu. Aku menuruti Ariff Hazwan dari belakang. Dia akhirnya
mengambil tempat di satu sudut yang betul-betul berhadapan dengan jendela yang
berdekatan dengan tasik.Jauh dari pelanggan yang lain. Aku dapat lihat air yang sedang
bergerak-gerak mengikut lambaian angin.
“Asal
tetiba nak makan kat sini? Dahlah tak ada customer sangat pun. Rasa macam seram je.”
Aku terus bertanya sejurus aku melabuhkan punggung aku. Ariff Hazwan tersenyum.
“Kat sini
ada aiskrim yang best. Awak kan suka makan aiskrim. Jadi saya bawa la awak ke
sini.” Ariff Hazwan mengukirkan senyuman kepada aku lagi. Aih… mamat ni dari
tadi lagi asyik tersenyum. Tak sakit mulut ke asyik tersenyum je. Nak saja aku
tanya tentang itu. Selamat aku tak cair dengan senyuman dia.
“Eleh.
Awak bukannya suka makan aiskrim.” Aku menyindir.
“Tapi awak
suka. Jadi saya kena faham apa yang bakal isteri saya suka. Ha’ah… tempat ni
tak ada orang sangat sebab saya nak privacy untuk kita berdua. Hanya untuk
malam ini je.” Aku melopong mulut aku bila mendengar ayatnya. Ah… dia pilih
restoran ini just only untuk aku makan berdua dengan dia. Eh… tetiba aku rasa
sedang menjadi heroin dalam filem Hollywood.
“Sebab?
Wah.. banyak juga duit awak. Restoran ni dahlah nampak cam mewah je,” soal aku
dengan selamba. Ariff Hazwan tersenyum mendengar soalan aku. Mungkin bunyinya
agak kebudak-budakan.
“Taklah. Restoran
ni kepunyaan auntie saya. So, dia pinjamkan sahaja tempat ini pada saya.” Aku
mengangguk mendengar jawapannya. Malas nak soal lagi.
Ketika
sedang menikmati pencuci mulut. Aku menyedari Ariff Hazwan menghulurkan
tangannya yang sedang berada di atas meja kepada aku. Aku berhenti menjamah
pencuci mulut dan memandanganya dengan penuh rasa hairan. Dia tersenyum ke arah
aku. Menganggukan kepalanya seolah-olah memberi isyarat supaya aku menyambut
huluran tangannya. Ah.. pekena mamat ni? Tetiba jadi romantic semacam.
![]() |
| LOve is the friendship |
Dengan
minda yang sudah memutarkan berbagai-bagai perkara negative, aku menyambut
sahaja tangannya. Membiarkan tangan aku dipegang erat olehnya. Dia
mengusap-ngusap tangan kanan aku sebelum memerhatikan cincin pertunangan yang
tersarung di jari manis aku. Aku hanya memerhatikan sahaja kelakuannya itu.
Tiba-tiba dia membuang cincin yang tersarung di jari manis aku dan
meletakkannya di atas meja. Aku terkejut dengan tindakannya. Aku memandangnya
dengan rasa hairan.
“Thanks
sebab sudi jadi tunang saya untuk 5 bulan ni.” Aku memandangnya lagi. Tidak
faham dengan ayatnya. Oh.. kejap. Dia nak putuskan pertunangan inikah? Adakah?
Kebiasaannya dalam cerita Hollywood selalu buat macam ni, bila nak berpisah,
watak hero tu akan mengadakan makan malam yang indah sebelum menyebut kata
putus. Ah… tiba-tiba hati aku sebak. Ah.. takkan dia mahu mengundurkan diri.
Aku belum beritahu lagi keputusan aku yang aku menerima dirinya bukan Hazril
Ariff itu.
Aku
menghembuskan nafas aku. Tidak tahu bagaimana harus aku hadapi situasi ini. Ah…
boleh tak bagi aku jelaskan semuanya sebelum dia berkata sesuatu.
“Kenapa
awak buang cincin itu?” Ah… bukan itu soalan yang aku nak tanya.
“Saja.
Cincin tu bukan saya yang pilih.” Dengan selamba je Ariff Hazwan tu berkata.
Ah… jadi betullah andaian aku. Dia mahu memutuskan pertunangan ini. Ah..
bagaimana aku nak hadapi situasi ini.
Aku memandangnya, cuba mencari kekuatan untuk berkata hal yang sebenar.
Dan
tiba-tiba dia keluarkan satu kotak berwarna hitam yang diikat dengan reben
berwarna biru laut dari poket baju. Aku hanya memerhatikan sahaja kotak hitam
itu tanpa sebarang soalan terkeluar dari mulut aku.
Dia
pandang aku sambil mengukirkan senyuman. Dia membuka kotak itu. Aku mahu
melihat kandungan kotak itu tapi tidak boleh. Kotak itu terbuka menghadapnya.
Mahu saja aku tanyakan apakah itu, namun belum sempat aku membuka mulut, aku
lihat ada sebentuk cincin emas putih bermata berlian putih di jarinya. Aku
menelan air liur. Dia kemudian menyarungkan cincin itu ke jari manis aku. Jari
yang pernah tersarung cincin pertunangan aku beberapa minit yang lepas.
“Apa yang
awak buat ni?” Akhirnya aku mengeluarkan soalan yang dari tadi berlegar-legar
di minda aku.
![]() |
| Ah... dia sedang melamar. |
“Sudi tak
awak jadi isteri saya? Menghabiskan seumur hidup awak dengan saya?” Ariff
Hazwan itu tidak mempendulikan soalan yang terkeluar dari mulut aku.
Aku
menelan air liur. Hairan dengan soalannya. Bukankah aku sudah dikira setuju nak
jadi isterinya bilamasa aku setuju untuk menjadi tunangnya? Apa tujuan dia
mengeluarkan soalan sebegitu.
“Awak ni
kenapa? Bukankah saya dah dikira bersetuju nak kahwin dengan awak bilamasa saya
setuju nak jadi tunang awak?” Ariff Hazwan tersenyum.
“Saya
tahu. Tapi kalau boleh saya sendiri nak lamar awak. Saya nak lamar awak
dengan cara ni. Saya tahu kalau mengikut adat, awak dah dilamar oleh saya
melalui ibu saya but then saya nak keluarkan kata-kata lamaran itu untuk awak.
Dalam suasana macam ni.” Aku tersenyum. Entah mengapa aku rasakan satu perasaan
aneh yang manis sedang mengelilingi hati aku.
“Tapi,
kita dah sah bertunang. Dan akan kahwin soon. Awak tak payah lah nak jadi
gentleman sangat. Walau macam mana sekalipun, saya tetap akan pilih awak. Tak
perlu nak jadi soo romatic sangat,”balas aku sambil tersenyum. Ariff Hazwan
gelak.
“Awak
pilih saya?” soal Ariff Hazwan bila dia berhenti ketawa. Aku tersenyum. Aku
faham soalannya yang ini. Aku mengangguk.
![]() |
| ya... saya pilih awak. |
“Sebab?
Saya tunang awak? Sebab tu awak pilih saya bukan Hazril Ariff tu?” soal Ariff
Hazwan lagi.
Aku
menarik nafas sedalam-dalamnya. Ah… mamat ni saja nak kenakan aku.
“Yup. Saya
pilih awak. Bukan Hazril Ariff. Saya pilih awak bukan sebab awak tunang saya.”
Aku mengukirkan senyuman. Sengaja membiarkan ayat aku tergantung.
“Jadi awak
pilih saya sebab….?” Soal Ariff Hazwan dengan tidak sabar.
“Awak
kata, pilih yang menenangkan saya. Jadi saya pilih yang menenangkan saya. So
reason yang awak tunang saya is not relevant at all.” Aku membalasnya. Aku
lihat Ariff Hazwan di hadapan aku tersenyum. Ada riak kegembiraan di wajahnya.
“Jadi saya
menenangkan awak?”soal Ariff Hazwan lagi.
“Hurmm…
entahlah. Tapi hati saya pilih awak. Kalau nak diikutkan yang menenangkan saya,
hanyalah aiskrim. Itu sahaja yang menenangkan saya,” balas aku.
“Dan
saya?”
“Awak?
Awak boleh anggap, awak macam aiskrim coklat saya. Saya tak boleh hidup kalau
aiskrim coklat tiada. Itu menenangkan saya. Saya suka awak macam saya suka
aiskrim coklat. Takkan berubah hal itu walaupun berbagai-bagai jenis perisa
aiskrim muncul.” Aku tersenyum mendengar ayat aku. Tidak tahu bagaimana aku
boleh samakan Ariff Hazwan dengan aiskrim coklat.
![]() |
| saya suka awak macam saya suka aiskrim coklat |
“Okey.
Alasan awak boleh diterima even saya pasti saya lagi baik dari aiskrim coklat
itu.” Aku memandangnya dengan rasa hairan. Tidak memahami maksud tersirat
ayatnya.
“Means?”soal
aku.
“Aiskrim
coklat merosakkan gigi awak tapi saya tak.” Aku ketawa mendengar jawapannya.
“Awak tak
jawab lagi soalan saya,” Ariff Hazwan menyoal aku setelah aku berhenti ketawa.
“Yang
mana?”Aku sudah lupa soalan mana yang dimaksudkannya.
“Sudi tak
awak jadi isteri saya? Menghabiskan seumur hidup awak dengan saya?” Ah… aku
ingat soalan ini. Ariff Hazwan memandang aku dengan penuh senyuman.
“Awak
rasa?” Aku cuba mengujinya. Ariff Hazwan memandang aku. Masih menanti jawapan
dari aku.
“Entahlah.
Apa yang saya rasa tak sama dengan apa yang awak rasa.”
“Hurmm…
saya rasa saya kena jawab ya juga kan?” Aku mengujinya lagi.
“Terpaksa
jawab ya?” Ariff Hazwan memandang aku dengan rasa hairan.
“Yeela…
takkan saya nak tolak. Kita nak kahwin sebulan lagi. Saya tak boleh nak tolak
dah sekarang ni.” Aku lihat wajahnya mengukir senyuman. Mungkin berpuas hati
dengan jawapan aku.
“Thanks
sebab sudi terima saya.” Ariff Hazwan memegang erat tangan aku. Aku tersenyum
memandangnya.
“Sama-sama.
Thanks juga sebab boleh sabar dengan kerenah saya.” Aku memandangnya dengan
senyuman.
“Yaaa…
lepas ni saya jelah Ariff dalam hidup awak bukan?” soal Ariff Hazwan lagi.
![]() |
| I love you. |
Aku
mengangguk sambil tersenyum. “Untuk kali ini dan selamanya.” Aku memegang erat
tangannya. Ah.. aku rasakan akulah perempuan yang paling bahagia di dunia ini.
---THE END---
p/s----
aku ucapkan terima kasih pada kawan lelaki aku atas idea romantic ini. Hehehe.






7 comments:
menarik endingnya..
pasni saya nak pilih yang menenangkan hati saya ajelahh~haha!=)
Layyinur Harrir---> erk... eh? =). Yaa... pilih yang menyenangkan awak.
Assalammualaikum ...
Waahh .. Marvelous, marvelous (macam kata jarjit dalam upin ipin ^^). So, nanti, kalau jumpa yang menenangkan Reen, jgn tunggu lama2 ye ,, thehehee
alalala.. tomey2.. yeay,, berjaya jugak baca smpai abis...
AdiaLuze---> heee... setakat ni belum jumpa lagi.. kikiki. =)
Insyaallah..
*****
HaniAsyira---> akhirnya.. =). Terima kasih sudi baca sampai habis. =)
wah.. rupanya aku hampir terlepas part ending si Arif ni.
Sebenarnya aku lebih suka nama Ariff Hazril hehehe..
sweet mcm ice cream coklat hehehe
" Ice cream rosakkan gigi awak. tapi saya tak!" hehehe.. best la ayat ni :)
* Suka ice cream? oh... aku suka perisa ciklat n yam :)
Nong ANdy---> oh.. lupa nak inform kau.
Eh? Entah... Ariff Hazwan tu aku ambil balik yang dari cerita 3 tahun itu.. kekekekek.
Tak apa... nanti aku letak nama itu bilamasa aku dah kahwin dan dapat anak lelaki.. ahahha. =)
*angang-angan je nak kahwin.
Post a Comment