Ketika itu, aku sedang menanti Ariff kedua di tempat dia bekerja. Berbual dengan penyambut tetamu di situ sementara menanti Ariff kedua itu muncul. Penyambut tetamu yang mahu aku memanggilnya dengan nama Kak Yuna sebab dia selalu bercerita tentang artis Yuna kegemarannya, tambahan lagi bila diamatinya, adalah rupanya persis wajah Yuna tapi dalam versi yang lebih chubby. Kak Yuna tahu aku ni tunang kepada bosnya. Rasa macam malu pula bila ada orang mengetahui hal yang sebenar siapa aku ini. Dari Kak Yuna jugalah banyak aku tahu tentang Ariff kedua. Bagaimana perangainya. Betapa ramainya peminatnya di syarikat itu. Eh, aku rasa aku sedang mendengar kisah yang sama tentang Ariff pertama. Mungkin orang yang nama Ariff ini memang punya ramai peminat. Heh. Gitukah?
Aku sedang berbual-bual dengan Kak Yuna bilamasa aku melihat ada kelibat seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari syarikat itu. Aku mengamatinya. Apa yang Kak Yuna sedang cakap pun, aku tak ambil kisah. Mata aku sedang asyik memerhati lelaki yang baru sahaja tiba di pintu keluar itu.
![]() |
| Speechless |
“Kau?” lelaki itu menegur aku dengan rasa hairan. Aku masih terkejut dengan lelaki itu yang kini berada di hadapan aku. Ada reaksi terkejut di wajahnya.
“Kau buat apa kat sini?” soal Ariff pertama sekali lagi.Yaa… aku sedang memandang Ariff pertama di hadapan aku. Aku speechless bila berhadapan dengannya. Rasa gementar mula menyelubungi dada aku. Kak Yuna hanya memerhatikan sahaja aku tanpa mengesyaki apa-apa. Aku tidak tahu apa yang harus dikatakan pada lelaki di hadapan aku ini. Takkanlah mahu diberitahu hal sebenar yang aku sedang menunggu tunang yang bukan kesayangan aku. Ah… aku takkan mengakui hal itu. Cukuplah Kak Yuna sahaja yang tahu tentang hal itu.
“Err… aku. Aku…,” Aku cuba mencari jawapan. Otak aku ligat memikir tentang alasan yang harus aku berikan.
Ariff pertama itu memandang aku dengan penuh sabar. Mungkin menunggu jawapan dari aku. Sejujurnya aku gerun dengan pandangannya. Entah… nak cakap cair. Aku rasa tak adalah sangat. Just aku cuma gementar bila berhadapan dengan dirinya.
“Aku datang untuk interview kerja,” dengan lantas mulut aku bersuara sedemikian. Kak Yuna memandang aku dengan penuh kehairanan. Mungkin terkejut dengan ayat aku.
“Oh,” Ariff pertama berkata.
“Kau?” giliran aku pula menyoal.
“Aku ada urusan kat sini. Nak blah dah ni. Jumpa nanti. Good luck dengan interview tu.” Sejurus mengucapkan ayat itu pada aku, Ariff pertama itu pun beredar.
Tiba-tiba hati aku dihimpit dengan kelegaan yang mendalam. Entah mengapa. Aku memandang Kak Yuna yang masih memandang aku seolah-olah meminta penjelasan lebih lanjut.
“Mana Amalin kenal Encik Ariff tu?” soal Kak Yuna. Ah… jadi Kak Yuna kenallah lelaki yang baru sahaja beredar itu.
“Oh, kitaorang satu university dulu,” balas aku sambil memandang jam di pergelangan tangan. Ah… lama pula mamat ni. Aku marah Ariff kedua dalam hati.
“Oh.” Kak Yuna menganggukkan kepalanya. “Encik Ariff tu kawan pada tunang Amalin. Diorang satu sekolah dulu.”
![]() |
| Ah... bagaimana mahu hadapi ini. |
Aku memandang muka Kak Yuna dengan penuh kejutan. Biar betul? Jadi Ariff pertama dengan Ariff kedua saling mengenali? Ah… tiba-tiba aku risau tak tentu pasal.
“Mana akak tahu?”soal aku cuba menghilangkan rasa risau itu.
“La… Encik Ariff yang bagi tahu. Maksud akak, tunang Amalin yang bagitahu. Diorang sebaya. Pernah satu sekolah dulu tapi tak adalah rapat sangat. Lama jugak tak jumpa lepas waktu sekolah.” Kak Yuna menceritakan apa yang diingatnya tentang Ariff pertama dan Ariff kedua.
Aku menarik nafas. Ah… Ariff pertama dan Ariff kedua saling mengenali. Sebaya. Eh… sebaya? Jadi umur Ariff kedua tu 29 tahun lah? Cis, aku diperdayakan oleh tunang sendiri. Beria-ia dia cakap umur dia 30 tahun masa aku mula-mula kenal dia. Eleh, tua 2 tahun jelah dari aku. Perasan tua sangat lah tu. Aku marah Ariff kedua dalam hati.
“Err…diorang satu sekolah and then nama sama?” soal aku lagi.
“Ha’ah… tapi nama mereka tak la sama sangat. Mungkin nama panggilan je sama. Yang tunang Amalin tu kan nama dia Ariff Hazwan yang Encik Ariff tadi nama dia Hazril Ariff.”
Aku mengangguk. Aku tahu semua itu. Nama penuh Ariff pertama itu tapi nama penuh Ariff kedua itu aku tidak tahu. Yang aku tahu Mama aku suruh aku panggil Ariff saja pada si Ariff kedua yang sah menjadi tunang aku.
![]() |
| Tunggu keajaiban sahaja. |
“Hai sayang. Lama tunggu? Sorrylah. Ada benda nak kena selesai tadi.” Tiba-tiba Ariff kedua muncul.
Aku memandang Kak Yuna yang sedang tersenyum. Malu aku bila dipanggil sebegitu. Ah.. mamat ni. Tak cover langsung. Aku marah lagi Ariff kedua dalam hati. Dah banyak dosa aku kumpul pada hari ini. Marah bakal suami.
“Tak adalah sangat. Ada la dalam 10 minit,” aku menyindir.
Ariff kedua tersenyum. Dia tahu aku sedang menyindirnya. Ah… mamat ni suka sangat senyum.
“Oh. Okey. If you said so. Kami pergi dululah ya Zai,” Ariff kedua itu berkata kepada Kak Yuna . Kak Yuna mengangguk sambil tersenyum.
*to be continued
p/s-siapa perasan watak dalam cerita aku selalu guna nama yang bermula dengan huruf 'A'.. hehe




4 comments:
oh..nama amalin..hihi.
saya perasan!..
teruskan meyambung.
p/s:saya baru update belog setelah sekian lama..haha~
angkat tangan tinggi-tinggi! hehe..
er.. Ariff 1st n Ariff 2nd tu adik beradik kembar x seiras kot? (tgk.. dah start main teka2 hehe)
sorang namanya Ariff Almi(Nama yg aku cadangkan utk nama anak buah aku dulu hehe)
sorang lagi nama Ariff Hakim--- ya tuan hakim yang Ariff hehehe!
*maaf aku merapu di blog kamu :)
alamak tak perasan.. lepas ni akan fokus stiap word.. =)
Layyinul harir--->oh.. begitukah. Eh.. okey.. faham.. hehehe.
*selamat ada orang perasan. =)
****
Nong Andy----> yaa... pandai kamu. kikiki.
tekaan itu salah.. ngeh3...
* it's okey...buat aku ketawa.. hehehe . =D
******
HaniAsyira---> huhuhu... tak de lah fokus sangat. hehehe. Aku pun baru perasan.. heheheh
Post a Comment