nuffnang

Saturday, March 17, 2012

Ariff #1


I can't say how I feel
Message:
Pilihlah yang menenangkan awak. Saya akan terima segala keputusan yang awak buat. Good luck. =) 

Aku meletakkan telefon aku di atas katil. Aku tersedar dari tidur ketika mendengar bunyi nada telefon yang menunjukkan satu mesej telah diterima.

Aku memandang siling putih di hadapan aku. Ah… keputusan yang paling sukar pernah aku buat. Terlalu. Melibatkan soal hidup dan masa depan aku. Nama penghantar mesej itu Ariff. Aku savekan nombornya dalam telefon dengan nama ‘Ariff 2” sebab dia lelaki kedua yang bernama Ariff yang aku kenal.

Ariff pertama? Entah… boleh concludekan Ariff pertama itu aku pernah simpan perasaan padanya suatu ketika dulu. Ketika aku sedang belajar di suatu university. Ariff pertama yang aku tahu punya ramai peminat. Tapi begitulah, aku cuma bertepuk sebelah tangan sahaja. Mana mungkin Ariff pertama itu akan suka pada aku yang selekeh ini. Badan yang tidak seperti seorang model tapi kulit aku cerah tahu berbanding Ariff pertama yang gelap. Err… bahasa melayu kata “sawo matang”.
Ah... sukarnya membuat keputusan
Ariff kedua? Entah… Mama cakap, kulit dia cerah sama macam aku. Tinggi, bolehlah tolong aku tukar langsir nanti. Baik, hensem, tidak sombong dan berbagai-bagai lagi pujian yang Mama lemparkan kepada bakal menantunya. Erk… yaa… aku dan Ariff kedua itu telah bertunang. Aku dan Ariff kedua itu masih dalam proses mengenali antara satu sama lain. Aku memandang cincin yang tersarung di jari aku.

 Mama mahu aku berkenalan dengan anak kawan dia. Katanya, dengan usia aku yang hampir-hampir mahu mencecah 30, aku harus mencari pasangan hidup. Eh… sebenarnya ada 3 tahun lagi untuk mencecah usia itu. Mama yang sibuk sangat. Katanya, abang-abang aku dah kahwin ketika usia aku ini. Beberapa kali juga aku menolak permintaan Mama yang mahu aku berkenalan dengan anak kawan-kawannya. Banyak kali juga aku tolak perkenalan anak kawan-kawanya. Dari yang bernama Aidil sehinggalah kepada yang bernama Zikri. Banyak la juga. Aku tak terkira.
Ah.. aku kena patuh harapan Mama.
Dan entah macam mana, muncullah lelaki yang bernama Ariff dalam hidup aku untuk kali kedua. Kali ini, aku tidak boleh lagi menolak. Mama paksa aku menerima pinangan si Ariff kedua ini kalau tidak dia mahu ugut aku sebagai anak derhaka. Disebabkan gerun dengan kata-kata Mama itu, aku pun membenarkan jari manis kanan aku yang belum pernah memakai cincin itu, disarungkan cincin oleh ibu Ariff kedua. Aku ingat lagi betapa tersenyum lebarnya Mama pada kawannya yakni ibu si Ariff kedua itu masa majlis pertunangan aku.

Sepanjang pertunangan aku dan Ariff kedua itu, aku tahu banyak juga yang Ariff kedua itu makan hati dengan aku. Awal-awal pertunangan kami, aku melayan dia dengan dingin sekali. Setiap kali dia ajak aku makan tengahari bersama, atau keluar bersama-sama, ada sahaja alasan yang aku menolak. Nasib baik dia dan aku tidak bekerja di tempat yang sama. Dari kisah yang Mama ceritakan tentang Ariff kedua ini, yang aku tahu, dia memegang jawatan Pengurus Besar kat syarikat ayah dia. Wahh… anak orang kaya la begitu? Untung bukan aku? Tapi ada aku penduli dengan semua itu. Sekali aku tak suka, aku takkan suka sampai bila-bila. Mungkin kena tunggu keajaiban berlaku.

Ah... aku tidak tahu yang
 mana harus aku pilih.
Dan aku hairan bagaimanalah Ariff kedua itu boleh terima cadangan ibunya untuk mengambil aku sebagai tunang. Bilamasa aku ajukan soalan itu kepadanya, setiap kali aku berjumpa dengannya, dia hanya tersenyum. Katanya, dia sudah tertarik pada aku pada kali pertama ternampak aku. Entahkan betul, entahkan tidak jawapan yang diberi olehnya. Entah… aku jarang mahu percaya kata-kata lelaki yang bukan ahli keluarga aku.

Aku bangun dan turun dari katil. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Aku kena pergi kerja hari itu. Ah… tiba-tiba aku teringat bagaimana aku bertemu kembali dengan Ariff pertama. 4 tahun selepas tamat belajar pengajian degree, aku sudah tidak tahu tentang Ariff pertama itu. Hidup lagi ke tidak. Dah kahwin ke belum, aku tak ambil tahu. Malas. Sebab ia akan buat hati aku sakit. Yaa… perasaan yang tak terluah pada Ariff pertama itu masih lagi aku simpan walaupun aku sudah tidak memikirkan sangat tentang hal itu. Aneh bukan. Mungkin aku boleh concludekan nama Ariff itu buat aku gerun… heee


*to be continued


p/s---> susah nak cari nama untuk watak-watak ini. Aku ada terfikir 1 nama but then aku tak suka nama lelaki itu. Heh. 

6 comments:

aku HaniAsyira said...

bile maw sambung?? tye trus tuh... byak episod tak??

oh, arif!!

reenapple said...

haniAsyira--->heee.. tgoklah esod lusa ke.. kiki. Tak tahu banyak ke tidak. Sedang siapkan.. huhu. =)

Nong Andy said...

hehehe.. samalah. aku pon kadang ada masalah nak cari nama watak hihhhi..

*cepat sambung. aku celik mata jer terus buka blog ko ni tau hihihi..

AdiaLuze said...

Assalammualaikum ..

Rajinnya .. Ni kalau jadi penulis ni, mau sebelun ada 2-3 novel leh kluar ... Kayo, kayo .. Hehehee

..cik gugu.. said...

haha dari A smpai Z eh .. Aku ada pk name jugak dan aku sgt ska dgn name adam . t ade anak kompem aku ltak nama adam . haha

reenapple said...

Nong Andy---> hehehe. kan Kan.. susah juga nak cari nama ni. Patutlah orang zaman dulu buat preparation awal-awal nk letak nama anak. kikiki.

*hee...tengah malam ni pula.. =)

******
AdiaLuze----> heee.. tetiba dapat idea. Tak nak diperap... jadi tulis lahh. hehehhe.=)

*****
cik gugu----> eh... sama la kita. Aku pun suka nama Adam. Ingat nk letak nama Adam bila dapat Anak.. heheheh. Nak join fikir nama anak??? hahaha