nuffnang

Sunday, February 26, 2012

Lelaki itu #4


kisah #1 @ kisah #2 @ kisah #3

Dia kecewa lagi dengan muka buku.
Seorang gadis bertubuh gempal , sebenarnya tidaklah gempal sangat, dia mungkin berisi sedikit sedang memandang komputer ribanya. Dia sedang membelek facebooknya. Sesekali dia akan tersenyum sambil membalas komen bersama kawannya di laman social itu. Dia kemudian menekan mouse. Klik sana, klik sini dan tiba-tiba dia terjumpa facebook lelaki itu.

Hatinya sedang memainkan satu lagu kecewa yang tiada bunyi. Yang tidak punya irama. Hatinya kembali kecewa lagi. Benar-benar kecewa. Ah… lelaki itu meletakkan gambarnya bersama kekasihnya sebagai profile picture. Mereka kelihatan manis bersama. Ah… tahukah betapa hatinya kecewa. Sekali lagi hatinya kecewa. Bilamasa ia mahu pulih, hatinya kembali kecewa. Ah… perit.
Mungkin harus stop hoping terhadap
lelaki itu.
Dia kemudian mengalihkan cursor ke arah butang ‘ADD FRIEND’. Berkira-kira mahu ‘add’ lelaki itu ke dalam facebooknya. Lama dia merenung facebook lelaki itu yang telah diprivatekan. Berfikir sama ada harus atau tidak ‘add’ lelaki itu. Ah… dia risau jika dia membuat pilihan yang salah. Yaa… dia risau jika hatinya akan kecewa lagi. Sudah tentu facebook lelaki itu dipenuhi dengan gambar-gambar aweknya. Dipenuhi dengan wall post dan komen-komen aweknya. Ah… dia harus berfikir dengan sedalam-dalamnya.

Tangannya masih lagi memegang mouse. Otaknya masih lagi ligat memikir sama ada mahu atau tidak dia ‘add’ lelaki itu. Perlukah? Haruskah lelaki itu ada di dalam facebooknya? Dia tahu kesan yang bakal berlaku. Dia mungkin akan sentiasa ‘stalk’ facebook lelaki itu. Dan kemudian, dia akan kembali kecewa. Hatinya mungkin kembali kecewa lagi. Dan mungkin dia secara tanpa kawalan, akan meluahkan perasaanya kepada lelaki itu. Agak bodoh pemikirannya itu.
I wish I could forget you.
Ah… dia tahu dia Cuma bertepuk sebelah tangan sahaja. Dia tahu itu. Tak mungkin lelaki itu punya perasaan yang sama dengannya.  Dia sedar siapa dirinya. Ah… mengapa lelaki itu yang hatinya inginkan? Mengapa harus lelaki itu yang dia harus simpan perasaan?

Akhirnya, selepas 30 minit merenung kosong facebook lelaki itu, dia akhirnya mengalihkan cursornya ke arah tanda pangkah di bahagian atas kanan. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk tidak meng’add’ facebook lelaki itu. Dia mahu melindungi hatinya dari kecewa lagi. Mungkin satu hari perasaan pada lelaki itu akan hilang dengan sendirinya. Dia berharap.
Satu hari perasaan itu akan hilang.
Dia berjanji pada dirinya.

15 comments:

misskonspirasi said...

mcm story realiti misskonspirasi jea ni reen ades...

reenapple said...

misskospirasi---> really? kebetulan mungkin.. =)

kim heeruul said...

bagus juga dia tak add..

reenapple said...

kim heereul---> mungkin juga. =)

chemay said...

nak terasa boleh tak?
heee
:')

..cik gugu.. said...

sy penah mcm ni .. siyes, aty ni skt sgt .. last2 sy block dy . alhamdulillah, sy bahagia tanpa dy skrg ;)

reenapple said...

chemay---> boleh3... hehe

*****
cik gugu---> sakit bukan.. block? tidak menyesal kah>> =)

Teenager Housemaid said...

even if it hurts, deny the 'hurt' word..:)

reenapple said...

TM---> kadang3 harus fikirkan perkataan itu.. =)

Nong Andy said...

Oh... peritnya!!!!!!!

*x pernah rasa tapi boleh bygkan perasaan itu.

reenapple said...

Nong Andy---> aku pernah.. suatu tika dahulu.. hehehe.

Amna.Qadeeja said...

hehe penah mengalaminya suatu ketika dahulu :D

reenapple said...

Amna.Qadeeja---> rasanya semua orang pernah alami.. =)

Bidadari Syurga said...

melindungi hatinya dari kecewa..."?\

ok aku faham perasaan itu... akupun sedang avoid diusha oleh anak ayam... hak hak hak...

reenapple said...

bidadari syurga---> hee... kan kan. Melindungi hatinya dari kecewa.

anak ayam??? wah.. hot stuff.. heheh