nuffnang

Wednesday, February 15, 2012

Lelaki itu #2

kisah#1


Seorang gadis bertubuh gempal , sebenarnya tidaklah gempal sangat baru sahaja mendengar gossip tentang lelaki itu dari kawannya. Entah mengapa, hatinya kecewa. Merasakan tiada gunanya dia masih menyimpan perasaan pada lelaki itu. Bukannya lelaki itu sedar perasaan yang dia ada terhadap lelaki itu. Dan mungkin hanya dia sahaja yang bertepuk sebelah tangan. Yaa… dia tahu, dia Cuma bertepuk sebelah tangan sahaja.
Dia kecewa.

Kawannya menceritakan tentang di mana kawannya melihat lelaki itu sedang bergurau senda dengan seorang perempuan. Perempuan yang dia pasti bukan awek lelaki tersebut. Bergurau senda sambil menepuk-nepuk bahu, bergelak ketawa dengan gembira tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Mungkin dia berasa cemburu. Ah… tiada gunanya menyimpan perasaan pada orang yang tidak sudi.

Hari berlalu hari, waktu berlalu dengan begitu sahaja. Dia cuba menyembunyikan rasa kecewa itu, rasa kecewa terhadap lelaki itu yang dia pasti, telah menggunung. Yang tersemat di dalam dadanya untuk seberapa ketika yang dia rasakan terlalu lama. Ketika dia mula-mula mengenali lelaki itu lagi. Ah… kadang-kadang mahu saja dia luahkan pada lelaki itu, tapi dirasakan lagi baik dia biarkan sahaja. Mungkin perasaan itu akan hilang dengan sendirinya. Mungkin.

Dia cuba untuk kuat.

Dia sedang menanti seseorang di meja makan. Di ruang makan. Dan bagaimana entah, dia terlihatkan lelaki itu. Berdiri menghadapnya. Lelaki itu duduk tanpa dipelawa. Dia memandang kosong lelaki itu. Lelaki itu memandangnya sambil mengukirkan senyuman. Dia membalas senyuman. Suasana sepi menyelubungi mereka berdua.

Lelaki itu kemudian mengeluarkan sebuah buku dari begnya. Dia memerhatikan gelagat lelaki itu. Lelaki itu kemudian menyerahkan buku tersebut kepadanya. Dia memandang lelaki itu. Meminta diberi penjelasan yang lebih lanjut. Oh… rupa-rupanya dia tertinggal buku di dalam kelas. Lelaki itu tolong simpankan untuk sementara waktu. Dia mengambil buku itu dan meletakkan ke sebelah kanannya.

Dan kemudian, kawan lelakinya tiba. Kawan lelakinya terkejut melihat kehadiran lelaki itu. Lelaki itu hanya mengukirkan senyuman kepada kawan lelakinya. Kawan lelakinya membalas senyuman sambil mengambil tempat di sebelah lelaki itu. Kawannya memandangnya seolah-olah meminta penjelasan. Dia hanya mengukirkan senyuman kepada kawan lelakinya.

Hatinya kosong ketika memandang lelaki itu.

Akhirnya lelaki itu bangun, memberi alasan kelasnya akan bermula sebentar lagi. Dia hanya mengangguk sambil mengucapkan terima kasih. Dia memerhatikan lelaki itu beredar. Hatinya berasa kosong melihat lelaki itu. Dia akhirnya memulakan perbualan dengan kawan lelakinya.

Namun, tanpa dia sedari, lelaki itu memerhatikannya kembali. Memerhatikan dirinya bergelak ketawa bersama kawan lelakinya. Terbit rasa cemburu di hati lelaki itu. Ah… dia sudah mempunyai teman lelaki. Lelaki itu berkata di dalam hatinya. Akhirnya lelaki itu beredar dengan rasa kecewa.

Ah... hati lelaki itu kecewa.

p/s-  lelaki itu belum break up dengan gF dia.. =P

29 comments:

Pendamba Mawar said...

hurm cerita ni...

reenapple said...

Pendamba mawar: =).. cuba bayangkan ia adalah kisah benar??? =.=...
okey tipu je..=P

..cik gugu.. said...

kdg2 ape yg kte lihat tak same dgn ape yg tersirat ..

yad'z said...

besttt ><

reenapple said...

cik gugu: yaa... betul. betul.. =)

******
yad'z: terima kasih..=)

akoo pae said...

lor..jangan cepat buat kesimpulan.. spill lah prasaan kat girls.. we are not mind reader.

huhu

reenapple said...

akoo pae: hehehe.. betul3.. =)

Teenager Housemaid said...

wah cerita ini bagaikan cerita benar lah reen...:)
was it? hehe

reenapple said...

teenager Housemaid: nope... it's not real at all... hahha. =)

kim heeruul said...

lelaki tu dah break ke ?

Lady Windsor said...

Aku Cuba bayangkan lelaki itu bagaimana orangnya ya...hmmm...

misskonspirasi said...

sambung lagi reen hikhik misskonspirasi dah tak sabo nak tahu kejadian cite rekaan terbaek dari reen ini

chemay said...

sebab tuh kita tak boleh bergedik2 sangat dengan orang yang berlainan jantina.
boleh buad orang lain salah sangka.
sampai bakal gf pon dah tawar hati.
hehe
:P

yad'z said...

same same... ^^

akuamir said...

mau buat novel lah, mehehe.. eh rambut si upin jelah,,haha

reenapple said...

kim heerul: tak lah.. lelaki itu still dengan GF dia.. =)

******
Lady Windsor: dalam fikiran aku ada seorang lelaki yang aku kenali ketika aku menaip cerita ini.. =)

******
misskonspirasi: hehehe... Insyaallah... =)

*terima kasih sudi baca...

******
yad'z: =)

******
akuamir: tak... ini bukan novel.. hanya cerita rekaan.. =)

* betul dah aku teka tu. Tapi tak tersenarai sebagai pemenang.. hahaha

reenapple said...

chemay: err... betul tu.. =)

c'axoera ヅ said...

adakah ini berdasarkan kisah benar :p

Nong Andy said...

sedang bayangkan ni..

oh! aku pernah rasa.. masa sekolah menengah dulu. minat kat budak lelaki sekelas! ahahaha.. cinta monyet betul!!

Iffah Afeefah said...

lelaki ini

lelaki itu

lelaki takkan sama

jdi harapan jela

reenapple said...

c'axoera ヅ: nope... just fiction only... =)

******
Nong Andy: cinta monyet..=.=... hahha. Aku pun pernah alami juga.. =)

sila bayangkan.. nanti aku letak gambar lelaki itu.

*****
Iffah Afeefah: cuma harapan je.. atau mungkin tidak.. =)

AdiaLuze said...

Assalammualaikum ...

Aahhh .. Pelik kan hati kita ni .. Selalu suka pada sesuatu yg susah nak dicapai .. Thehehee

AdiaLuze said...

Eerrkk .. Layout baru lagi kaann ... Cute ^^

shark said...

cmbest jer citer nie..
saper hero/heroin:)

reenapple said...

AdialUze: betul.. hati kita selalu suka pada sesuatu yang sukar untuk dicapapai..=)

*terima kasih.. =D

******
shark: entahlah.. tak tahu siap hero dan heroin.. hahah. Ko nak bayangkan diri kau hero dia pun, okey juga.. =)

si ngokngek said...

perempuan nie dgn lelaki nie ada clash emosi tp dua-2 dia..arghh..
geram rasanya

reenapple said...

si ngok-ngek---> heeee.. jangan geram3... kikiki

Bidadari Syurga said...

aku sedang menuju ke no 3...

reenapple said...

bidadari syurga---> yeah.. sila sila sila.. hehehe