![]() |
| rasa-rasa negatif itu dihadam ke dalam jiwanya. |
Kadang-kadang
masalah dengan manusia yang jatuh cinta tanpa diminta atau tanpa disedari ni, adalah hatinya akan kecewa bila tahu orang
yang disukainya sudah berpunya. Yaa… itu lagi sakit dari cintanya ditolak.
Punya perasaan secara sembunyi. Ah… mungkin si empunya diri tidak menyedari
rasa yang ada pada seseorang itu. Mungkin selama ini disangkanya rasa yang ada
pada seseorang itu adalah rasa jengkel, menyampah dan mungkin juga rasa benci.
Mungkin.
Dan
rasa-rasa itu dihadamkan ke dalam jiwanya sehinggalah si empunya diri tersedar
bahawasanya rasa benci itu, rasa jengkel dan menyampah itu telah bertukar
menjadi satu rasa yang si empunya diri tidak dapat memahaminya.
![]() |
| rasa negatif itu bertukar menjadi positif |
Punya
rasa yang menyampah bila terserempak dengan seseorang itu. Namun, punya rasa
rindu bila tidak bersua dengan seseorang itu. Melayan seseorang itu dengan
dingin, namun bila seseorang itu melakukan perkara yang sama terhadap si
empunya diri, hati si empunya diri menjadi sakit. Teramat sakit sedangkan si
empunya diri tahu bahawasanya itu bermula dari dirinya. Si empunya diri yang
memaksa hatinya melayan dingin seseorang itu. Namun akal pula yang asyik
memutarkan tentang seseorang itu dalam mindanya.
Dan
lagi menghairankan, si empunya diri langsung tidak mampu untuk menyebut nama
seseorang itu. Dan maka, si empunya diri memberikan satu gelaran khusus kepada
seseorang itu setiap kali kawannya bercerita tentang seseorang itu. Hairan
bukan? Dan percayalah, nama seseorang itu menjadi nama yang paling dibenci oleh si empunya diri.
Aneh bukan? Jatuh cinta tanpa sedar terhadap nama yang paling dibenci si empunya diri. Betullah kata-kata orang tua pada zaman dahulu, jangan terlampau membenci/menyampah dengan seseorang, nanti rasa itu akan bertukar menjadi sesuatu yang diri sendiri tidak dapat bayangkan.
Aneh bukan? Jatuh cinta tanpa sedar terhadap nama yang paling dibenci si empunya diri. Betullah kata-kata orang tua pada zaman dahulu, jangan terlampau membenci/menyampah dengan seseorang, nanti rasa itu akan bertukar menjadi sesuatu yang diri sendiri tidak dapat bayangkan.
![]() |
| Ah... mungkin ia mainan jiwa sahaja. Hopefully. |
Tapi,
mungkin. Rasa-rasa baru terhadap seseorang itu hanyalah mainan jiwa sahaja. Mungkin.
Mungkin si empunya diri sehabis mungkin untuk menidakkan dirinya bahawasanya si
empunya diri telah jatuh cinta dengan seseorang itu yang begitu membuatkan si
empunya diri terlalu menyampah.
Mungkin
betullah. Andaian si empunya diri bahawasanya dirinya telah jatuh cinta pada
seseorang itu yang dirinya begitu menyampah, hanyalah mainan jiwa sahaja. Yaa…
betullah itu. Dan sudahlah. Memendam rasa pada orang yang dirasakan bukan
selayaknya dengan dirinya.
![]() |
| jangan terlalu menyampah. |
p/s- Adakah situasi sebegini?. Mungkinkah? =.=




15 comments:
hurm.
tak pernah lagi rasa sebegini.
Jatuh cinta tanpa disedari adalah nikmat yang tersendiri, meskipun tiada yang peduli aku tega menguliti diri walaupun nyeri pada hati...
hahaha.. kan dah cakap :)
'benci tapi rindu' hehehe..
takpe, masa boleh merawat hampir segalanya!
perjalanan masih jauh(insyallah) dan dlm perjalanan yg jauh itu..
empunya diri mungkin akan 'tercicirkan rasa' itu di mana-mana :)
Dan nantinya 'rasa' itu boleh manjadi sumber idea dlm tulisan di masa kelak.. sebab hanya org yg pernah merasai 'rasa' itu boleh menulis ttgnya dgn lebih berjiwa hehehe.. melalut pjg aku di sini :)
TEENAGER HOUSEMAID: tak apa... nanti.. alamilah itu.. eh.. =)
******
LADY WINDSOR: ah... rupa3 nya ia satu nikmat???
keep strong k.. =)
******
NONG ANDY: mungkin mengharapkan rasa itu akan tercicir di mana-mana.. heheh.
hehehe.. faham3 saja kamu.. =)
suka penulisan awak..nice sgt (^_^)
SUHA: terima kasih.. =)
penah rasa dan penah kene label mainan perasaan jer tuh (org tu yg ckp ye)
tapi kiter bangkit dari situ walaupun hati perit.. macam mana pun belum lagi sampai menyampah..
tak pernah menyampah kerana perasaan tapi nyampah dengan perangai org tu sendiri..
pengalaman yg berharga kan..
cewahhh.. alamak terlebih bebel lak.. anyway, bagus nyer entri..
datang kembali kesini pengangan jatuh cinta ngan penulisan reen huhu..kes jatuh cinta same like me lg..huhu
Assalammualaikum ..
Sebab itu ada orang cakap, antara CINTA dan BENCI, yang memisahkannya hanyalah satu garis yang sangat HALUSsss ^^
huurm. cintailah sekadarnya kerana mungkin suatu hari kita akan membencinya. dan bencilah sekadarnya kerna mungkin suatu hr kita akan mencintainya...
jom baca sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/menyekutukan-allah.html
HaniAsyira---> hurmm... pernah alami juga eh??? tak apa... satu pengalaman yg berharga.. =)
*terima kasih sudi baca.
********
misskonspirasi----> oh.. pernah alami juga???
*thanks sudi baca.. =)
******
Adialuze---> tiba-tiba ingat lagu BENCINTA.. hehehe.
******
L--->betul juga... sila benci dengan seadanya.. =)
saya rasa saya apat tangkap apa yang awak tulis nie..=)
Benci Tapi Rindu....Be Strong....U'll Overcome One Day...
layyinul Harir:---> Really?? =)
*******
HeNRieTTa JoSe---> it's not my situation.
yeahhhhh..=P
Post a Comment