![]() |
| kiSah dahulu kala. |
Semester ini, aku sekelas lagi dengan
seseorang yang aku pernah simpan perasaan pada 4 tahun yang lepas. Seseorang
yang aku pendam perasaan selama 3 tahun sebelum aku sedar ia telah hilang
setahun lepas.
Aku sekelas pun sebab dia yang ajak aku
sekelas dengan dia. Meminta aku tukar kepada group yang sama dengannya. Jadi,
aku pun turutkan sahaja. Sebab aku rasa ini lagi baik sebab aku ada seseorang
yang aku kenali di kelas itu nanti. Boleh tanya bila ada yang aku tak faham
nanti. Hehe. Sebab selama ni, asyik berada di kelas tanpa kenali sesiapa pun.
Dan aku juga 1 group assingment dengannya. Aku bersama kawan perempuan
aku seorang lagi.
Entahlah. Aku terfikir adakah keputusan
yang aku buat ini betul? Yaa… betul. Aku dah tak simpan lagi perasaan pada dirinya. Aku dah hilangkan perasaan terhadapanya.
Tapi memikirkan aku pernah ada crush dengan dirinya, buatkan aku rasa segan
pula. Malu pun ada.
Aku memang dah anggap dia sebagai kawan
sahaja. Betul ni. Aku pun tidak tahu, bagaimana perasaan itu boleh hilang dari
diri aku dengan begitu sahaja. Kawan aku cakap, perasaan seseorang perempuan
terhadap seseorang lelaki itu akan hilang bilamasa perempuan itu buat
confession pada lelaki itu. Tapi, aku tak pernah pun confess pada dia. But
then, why perasaan itu hilang begitu sahaja?
Mungkin dia pun tak pernah tahu perasaan
yang aku pernah ada pada dia suatu ketika dulu. Agaknyalah. Sebab dia still
senyum bilamasa nampak aku. Yeela. Kalau difikir dek logik akal, takkan dia nak suruh aku tukar kepada group yang sama dengannya jika dia tahu aku pernah simpan perasaan pada dirinya bukan? Entah. Aku
pun tak mengharapkan yang dia akan tahu tentang perasaan itu. Hopefully.
Dan aku pun dah tak ada perasaan
berdebar-debar bila nampak dia. Jantung aku dah tak berdegup kencang bila aku
nampak dia. Aku dah tak ada keinginan nak stalk FB dia lagi. Macam yang aku
pernah buat tika semester 1-4.
Dan juga, aku pun dah tak tersenyum
bilamasa aku nampak dia dari jauh. Hati aku dah tak segembira seperti waktu
dahulu bilamasa aku nampak dia dari jauh. Bilamasa dia menyapa aku. Bilamasa
dia mengukirkan senyuman kepada aku.
Dan masa dalam kelas tadi pun, dia duduk depan
aku. But then, aku tak pandang dia. Aku dah tak perhatikan dia or lirikkan mata
aku pada dia. Aku benar-benar rasa kosong bila pandang dia. Entahlah. Perasaan
itu benar-benar hilang. Mengapakah?
Mungkin. Mungkin perasaan ini lagi selesa
dengan aku. Hati aku lagi selesa dengan perasaan ini. Perasaan sebagai seorang
kawan. Yaa… dia kawan aku. Bukan lagi, seseorang yang aku pernah pendamkan
perasaan aku padanya pada 4 tahun yang lepas.
![]() |
| akhirnya dia dan aku kawan. |





9 comments:
oh.. aku sgt suka n3 ni. byk aku nak ckp.. tapi? ah.. entah mana dah ayat2 tu tadi terbang pergi.. okeh.. kejap... ah!
Dia mayb perasan yg ko suka kat dia dulu. tapi buat2 x perasan (mustahil dia x perasan!!)
tapi bila ko dah 'sembuh' dia jadi pelik n try to get u- rapat dgn ko- but it too late coz ko dah tak 'rasa' pape pun dah kat dia.. haha!
'rasa' tu hilang, sebab ko dah tak rasa dia seorg yg spesel dah. gud!! selesanya.. hehehe!
apa-apa pun ini cuma teoriku semata-mata
* aku tumpang gembira dgn keselesaan perasaanmu sekarang :)
Nong Andy---> pandai aje kkau buat andaian.. heheh.
ah... tak mungkin dia tahu. Aku rasa lah. hahaha.
dan mungkin dia anggap aku hanya sebagai kawan sahaja. =)
*terima kasih..aku juga gembira untuk diri aku.. =)
ececece~ hehehe!!
so sweet la entry ni..
ok la tu syah.. aku ase kan Allah da tarik balik perasaan ko kat die kot.. ok what ko anggap die kawan je.
aku ase dgn keadaan ko mcm ni ko lagi fokus kot. InsyAllah =)
fahir ahmad ishak---> heh. malu aku kau baca ini. hahaha.
sweet macam penulisnya bukan?? haha
InsyaAllah... mudah-mudahan. =)
*thanks for d support*
oleh sebab ianya hanyalah crush, its normal kalau perasaan tu hilang tanpa sebab. sebab ianya bukan love. ianya hanya like. huhuhu.
tapi,
kalau cinta, its hard. even if u think u already forget it, but it still there.
*my kazen yang cakap*
Teenager Housemaid---> err.. really?? Maybe. Entah.. perasaan yang dialami ketika belasan tahun. =)
Assalammualaikum...
Sebab tu akak suka cakap yang rasa cinta ni PELIK .. Kejap dia ada dan kejap dia leh ilang macam tu jee ...
Tapi, mungkin apa yg Reen rasa ni just a crush tak? Hehehehe .. Sebab tu la leh tiba2 convert rasa jadi takde rasa .. ahaksss ..
AdiaLuze---> hurm... apa beza 2 benda tu?? crush dengan cinta???
@_@..
reen, teehee~ entahlah..mungkin ya mungkin tidak.haha.
*ok saya tatau* :D
Post a Comment