![]() |
| a broken heart. |
Hati dia kecewa lagi. Terlalu. Sudah berpuluh-puluh kali hatinya kecewa. Berpuluh-puluh kali hatinya retak. Berpuluh-puluh kali hatinya pecah namun hatinya masih berfungsi lagi. Mungkin hatinya tidak lagi sebaik waktu dahulu kala. Waktu aku bersamanya. Waktu sebelum dia mengenali lelaki itu. Waktu sebelum dia menyimpan perasaan secara sembunyi terhadap lelaki itu. Ah… dia rindu pada hatinya yang dulu.
Hati dia, dipenuhi dengan jahitan-jahitan yang tidak sempurna hasilnya. Katanya, dia mahu segera mengembalikan hatinya kepada bentuk yang asal. Disebabkan itu jahitan-jahitan itu tidak sempurna. Dia harus segera bangkit. Tak mahu terlalu memikirkan kekecewaan itu.
Aku tahu dia tidak mungkin lagi akan mendapatkan kembali hatinya dalam bentuk yang asal. Terlalu banyak kecewa yang dia dapat. Bila masa hatinya mahu pulih, hatinya kembali lagi kecewa. Selalu. Aku ada di situ sewaktu hatinya kembali retak. Aku menjadi saksi kepada hatinya yang retak. Namun, dia sembunyikan dengan senyuman palsu yang terukir. Dia pelakon yang hebat bukan?
Bila aku pujuk dirinya supaya biarkan hatinya sembuh mengikut edaran waktu, dia menolak. Katanya, hatinya harus pulih dengan segera. Harus kembali seperti biasa. Harus kuat untuk dirinya lagi. Dia mahu lindungi hatinya. Memberi peluang pada dirinya dan juga hatinya. Dia tidak lagi mahu hatinya menyentuh hal itu. Hal yang membuatkan hatinya kecewa.
Dan aku biarkan. Aku biarkan dirinya. Aku mengikut rentaknya. Mungkin, hatinya akan kembali seperti dahulu kala. Mungkin juga tidak. Easy comes, easy go, itulah dirinya. Katanya, walau sepahit mana kehidupan yang dilaluinya, life must go on. Everything happens for a reason. Itu yang selalu diucapkan pada aku.
Ah… aku biarkan dia dengan hatinya sekarang. Mungkin dia menyukai hatinya yang baru ini walaupun dia masih merindui hatinya yang dahulu. Mungkin hatinya yang sekarang ini lagi kuat dari yang dahulu. Walaupun dipenuhi dengan jahitan-jahitan yang tidak sempurna. Mungkin.




T_T
ReplyDeletetrue...
so true...
tiba2 rasa nak nangis...
InsyaAllah,it's gonna be okay.Just pray.
ReplyDeletetapi hati tetap teguh menerima cinta..hati byk menanggung rasa..smuanya kerana hati
ReplyDeleteTEENAGER HOUSEMAID: janganlah nangis..=)
ReplyDelete******
AZWAN RAMLI: betul tu...=)
*****
MYZONE~THE UN4GIVEN: yup... semuanya kerana hati.. =) chill...
tp hati dan perasaan sy mcm mn...
ReplyDeletewuaaaa.....
ehhh.. mcm silap tmpt je nages.. heee
hati degil
ReplyDeletewalau kecewa berkali2 ttp nkkan rase itu
hurmm
memahami sgt
ZULHIMI: kenapa dengan hati kau??? mahu tisukah nak lap air mata kau???@_@
ReplyDelete******
iFFAH AFEEFAH:betullah... hati tu degil.. =)
sorry seems to be the hardest word when the heart is broken...:(
ReplyDeleteskt aty ni, kte sorg je yg rse ..
ReplyDelete:)
ReplyDeletehati rasa sakit bila terluka. tapi bila bertemu bahagia.. serasa sakit2 yg dulu2 akan pergi sabagai kenangan.. jadi jgn risau! bahagia tu pasti akan dtg juga :)
LADY WINDSOR: AH... Aku ingat lagu ini.. =)
ReplyDelete******
CIK GUGU: hurm.. betul. kita sorang je yang tanggung rasa sakit di hati.
******
NONG ANDY:bahagia akan datang selepas kecewa bukan?? =)
hati kita seperti barangan kaca.. jika kita silap bagi kepada org lain ia akan pecah.. begitu juga dengan hati. nasihat kpd kwn ko jgn mudah memberi hati itu kepada org lain.. kerana ianya mungkin akan pecah kembali.... simpanlah hati itu untuk yg halal bgimu.
ReplyDeleteFAHIR AHMAD ISHAK: YEAah... t aku bagitau.. suh dia letakkan hati dia di tempat yang paling selamat. =)
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletejaga hati bebaik.
sebab dia mudah bolak-balik.
kalo biarkan hati disalurkan pada arah yang salah.nescaye,akan jadik hati yang gersang..
betol tak?..
moge kawan awak dapat baiki hati dia kembali..heee~
LAYYINUL HARIR:
ReplyDeletesalam...
yaa... hati itu perlu dijaga sebaik-baiknya untuk dielakkan dari berkecai lagi..
oh... jgn risau. Hati dia sudah kembali pulih.. lagi kuat dari sebelum ini. Saya gembira untuknya.. =)
sebagai penulis, luka itu sgt baik- sebab ia adalah perencah paling hebat dlm resepi penulisan kita heeee... :D
ReplyDeleteNONG ANDY: hehehe.. betul3... luka itu baik.. boleh buat idea untuk update blog.. =)
ReplyDelete