![]() |
| Dunia ini 'bulat' |
Perasan tak ‘dunia’ ni ‘bulat’ sebenarnya. Oh… aku bukan maksudkan yang bumi itu berbentuk sfera. Yang itu memang sah-sah bukan, kalau mengikut pakar sains. Eh… aku bukannya nak cakap pasal sains. Sains subjek yang paling lemah untuk aku. Haha.
Ia macam kau cuba avoid seseorang. Cuba sedaya upaya untuk mengelak dari mengambil tahu tentang diri seseorang but then kau tahu pasal dia tanpa kau perlu ambil tahu. Yaa… aku selalu mengalami situasi sebegitu. Geez… =.=
![]() |
| sometimes, perlu ada pendirian bukan? |
Dan ia juga seperti kau cuba melupakan seseorang. Kau paksa diri kau untuk melupakan seseorang. Unfortunately, you can't. Kau still ingatkan seseorang itu even benda itu dah berlalu beberapa tahun. Susah juga mahu melupakan sesuatu yang Tuhan memang tak kasi kau lupakannya. Mungkin.
![]() |
| maybe, they're supposed to be there. |
Dan ia juga macam kau mahukan sesuatu benda tu but then kau tak dapat sebab orang lain dah beli. Dan believe it, benda itu just ada 1 je masa kau pergi survey hari tu. But then entah macam mana, tetiba je kau dapat benda tu. Free. Awesome isn’t it? Sebab itu orang cakap everything happens for a reason. Mungkin Allah dah tetapkan yang kau akan dapat. Dan mungkin juga ada certain situation yang kau takkan dapat walau seusaha mana kau cuba dapatkan. Segalanya sudah ditetapkan.
Sedih bukan bila apa yang kita nak, kita takkan dapat. Yaa… aku tahu. Aku pernah alami..huuuu… sedey. Aku tak mintak benda susah pun. Just mintak kembar lelaki je. Eh… tu masa aku kecik-kecik la. Sekarang tak la. Hahaha.
![]() |
| keep hoping? Perlukah? |
So, begitulah walau macam mana sekalipun kau keep hoping pada sesuatu, kalau ALLAH dah tetapkan yang benda yang kau keep hoping tu bukan milik kau. Memang tak ada gunanya bukan. Walau seluruh alam cuba memihak pada diri kau, but then ALLAH dah tetapkan begini dan begitu pada kisah hidup kau, jadi tak mungkin kau akan dapat. Mungkin ALLAH tetapkan kisah hidup kau yang lebih baik dari yang kau keep hoping bukan? Siapa tahu. Mungkin.
p/s- Tapi benda yang kita hilang itu,
kenapa tak dapat jumpa balik? Ada jawapan tak?
Kawan aku cakap ALLAH dah tetapkan jodoh
dengan benda itu hanya setakat itu je.
Hurm… tak apalah.
kenapa tak dapat jumpa balik? Ada jawapan tak?
Kawan aku cakap ALLAH dah tetapkan jodoh
dengan benda itu hanya setakat itu je.
Hurm… tak apalah.

.jpg)


saya senang nak ingat nama dari muka orang.. wahaha, kita terbalik..:p
ReplyDeleteAllah dah tentukan semuanya..:)
alahai,, pernah juga perasaan camtuh mmg tak best.. =_=
ReplyDeletetapi pengalaman mendewasekan,, dah biase dengan perasaan camtuh last last dah lali, takde ape sangat pon,,haha.. ^_^
TM---> betul3.. huhuhu.
ReplyDelete*jom tukar personaliti.. heheh
*****
AKUamir---> betul2.. pengalaman mendewasakan kita.. =)
akak tak pernah ingat zaman kecil akak... zaman akak bermain2 dengan adik2 denasor akak(adik beradik kandung) mungkin byk kesedihan disebalik semua tu... entahlah... even skangpun akak cuba avoid byk sgt kawan... cari ruang untuk bernafas sendiri...
ReplyDeleteps: akak bukan terbaik tetapi bila surounding hebat... rasa diri ni terlalu kerdil...
Allah maha berkuasa, dia boleh buat apa sahaja kan. ;)
ReplyDeleteBidadari Syurga---> sama la kita. Tak ingat tentang zaman kanak-kanak. Hilang ingatan mungkin disebabkan banyak benda yang pahit waktu itu.
ReplyDeleteaku juga berasa kerdil di sekeliling... =)
*******
hanaahmad---> betul.. =)
apasal n3 ni buat aku ingat cerpen 'takdir cinta kita' ah? hehehe :)
ReplyDeleteAssalammualaikum ..
ReplyDelete.. sebab benda yang kita hilang tu, memang bukan ditakdirkan menjadi milik kita. Allah cuma 'pinjamkan' sekejap jeee .. Untuk bagi kita yang LEBIH BAIK =)
Nong Andy---> betulkah??? Aku dah lupa cerpen tu kisah tentang apa.. heheh.
ReplyDelete*****
AdiaLuze---> mungkin.. =) . Mungkin sebagai pengalaman... hadapi dengan tenang. =)