nuffnang

Saturday, February 11, 2012

Bila harus memilih.


Mungkin salah kau. Jangan lagi mengenang kesalahan yang lalu



Ah… bila berada di antara 2 pilihan. Atau mungkin 3 atau mungkin lebih… teramat susah. Perit. Sanggupkah kau untuk meninggalkan apa yang kau suka hanya semata-mata untuk mengejar apa yang kau suka? Sanggupkah kau membelakanginya? Itu yang kau suka. Yang kau selesa dengannya. Dan itu, kau suka juga. Mungkin itulah impian kau. Apa yang kau mahukan selama ini. Tapi dengan berada dengan benda yang kau suka, menyebabkan kau makin jauh untuk mencapai impian itu. Sudah lama kau memasang angan-angan untuk memilikinya. Sanggupkah kau?

there's must be reason why it's happen.


Kau bukannya seorang yang bijak dalam membuat keputusan. Jika difikirkan selama ini, keputusan yang kau buat selama ini hanyalah untuk kepentingan diri orang lain. Jarang kau membuat keputusan berdasarkan kepentingan diri. Mungkin kau rasa, itulah yang kau mahu selama ini. Yang kau suka. Tapi mengapa, harus ada kecewa di dalam diri kau? Mengapa harus kau hadapi kekecewaan ini. Yaa… aku tahu kau menyalahkan diri sendiri. Kau, tidak sesama sekali akan menyalahkan takdir. Kau terima takdir itu tapi kau menyalahkan diri kau. Ada rasa menyesal dalam diri kau. Tapi, seperti aku pernah kata, penyesalan seumur hidup tiada gunanya.

Mungkin kau masih boleh menyimpan kedua-duanya tapi berwaspadalah. Untuk kali ini dan selamanya. Jangan lagi kesilapan yang lalu menghantui. Aku tahu kau sukar membuat keputusan yang terbaik… kau tak sanggup untuk meninggalkan apa yang kau suka semata-mata untuk mencapai apa yang kau idamkan… bersabarlah. Aku tahu, semuanya ada sebab mengapa ia berlaku.
jangan bersedih.

Aku masih di sini. Setia menanti kau. Berdoa semoga kau mencapai cita-cita kau.. jangan bersedih. Everything happens for reason bukan? Kau yang ucapkan ayat itu pada aku… =)

6 comments:

Lady Windsor said...

Sudah tiba masa kau buat keputusan yang mana ia berpihak kepada kau...sesekali kita harus usir rasa prihatin itu..

Iffah Afeefah said...

ye bile kene btg idung sndri

susa nye

cmne nk memilih

tapi kite kene buat plihan jugak

susa2

..cik gugu.. said...

tp kte susah nak memilih bila ia melibatkan hati ....

reenapple said...

lady Windsor: hurm... betul juga.. =)

******
Iffah afeefah..: susah kan??huhuhu..

******
cik gugu: yup... pilihan yang melibatkan hati lagi susah..=)

Nong Andy said...

aku paling x suka buat pilihan. aku boleh jadi stress! lainlah kalau nak pilih baju yg nak beli. itu mudah saja.. kalau suka dua2. beli jer.. tapi kalau ia melibatkan jln idup kita? oh.. tolonglah!

reenapple said...

Nong Andy: begitu juga aku... baju pun, aku tak pandai nak pilih.. hahaha