![]() |
| Mungkin salah kau. Jangan lagi mengenang kesalahan yang lalu |
Ah… bila berada di antara 2 pilihan. Atau
mungkin 3 atau mungkin lebih… teramat susah. Perit. Sanggupkah kau untuk
meninggalkan apa yang kau suka hanya semata-mata untuk mengejar apa yang kau
suka? Sanggupkah kau membelakanginya? Itu yang kau suka. Yang kau selesa
dengannya. Dan itu, kau suka juga. Mungkin itulah impian kau. Apa yang kau
mahukan selama ini. Tapi dengan berada dengan benda yang kau suka, menyebabkan
kau makin jauh untuk mencapai impian itu. Sudah lama kau memasang angan-angan
untuk memilikinya. Sanggupkah kau?
![]() |
| there's must be reason why it's happen. |
Kau bukannya seorang yang bijak dalam
membuat keputusan. Jika difikirkan selama ini, keputusan yang kau buat selama
ini hanyalah untuk kepentingan diri orang lain. Jarang kau membuat keputusan
berdasarkan kepentingan diri. Mungkin kau rasa, itulah yang kau mahu selama
ini. Yang kau suka. Tapi mengapa, harus ada kecewa di dalam diri kau? Mengapa
harus kau hadapi kekecewaan ini. Yaa… aku tahu kau menyalahkan diri sendiri.
Kau, tidak sesama sekali akan menyalahkan takdir. Kau terima takdir itu tapi
kau menyalahkan diri kau. Ada rasa menyesal dalam diri kau. Tapi, seperti aku
pernah kata, penyesalan seumur hidup tiada gunanya.
Mungkin kau masih boleh menyimpan
kedua-duanya tapi berwaspadalah. Untuk kali ini dan selamanya. Jangan lagi
kesilapan yang lalu menghantui. Aku tahu kau sukar membuat keputusan yang
terbaik… kau tak sanggup untuk meninggalkan apa yang kau suka semata-mata untuk
mencapai apa yang kau idamkan… bersabarlah. Aku tahu, semuanya ada sebab mengapa
ia berlaku.
![]() |
| jangan bersedih. |
Aku masih di sini. Setia menanti kau. Berdoa
semoga kau mencapai cita-cita kau.. jangan bersedih. Everything happens for
reason bukan? Kau yang ucapkan ayat itu pada aku… =)



6 comments:
Sudah tiba masa kau buat keputusan yang mana ia berpihak kepada kau...sesekali kita harus usir rasa prihatin itu..
ye bile kene btg idung sndri
susa nye
cmne nk memilih
tapi kite kene buat plihan jugak
susa2
tp kte susah nak memilih bila ia melibatkan hati ....
lady Windsor: hurm... betul juga.. =)
******
Iffah afeefah..: susah kan??huhuhu..
******
cik gugu: yup... pilihan yang melibatkan hati lagi susah..=)
aku paling x suka buat pilihan. aku boleh jadi stress! lainlah kalau nak pilih baju yg nak beli. itu mudah saja.. kalau suka dua2. beli jer.. tapi kalau ia melibatkan jln idup kita? oh.. tolonglah!
Nong Andy: begitu juga aku... baju pun, aku tak pandai nak pilih.. hahaha
Post a Comment