Ah…
bila hati aku rasa pedih yang teramat sangat setiap kali aku melihat kau,
adakah aku dikira punya perasaan pada kau?
![]() |
| sakit kau tahu |
Ah…
Bila aku rasa sakit yang teramat sangat setiap kali aku melihat kau
bersama-sama perempuan-perempuan itu, adakah aku dikira punya perasan pada kau?
Ah…
bila aku mahu saja menangis pabila kau bersikap dingin dengan aku, adakah aku
dikira punya perasaan pada kau?
Adakah…
bila aku berasa bersalah kerana meng-ignorekan kewujudan kau di hadapan aku,
aku dikira punya perasaan pada kau?
Adakah…
bila aku mendengar nama kau, aku merasakan kepedihan yang teramat sangat, aku
dikira mempunyai perasaan pada kau?
![]() |
| penat bermain dengan perasaan sebegini |
Adakah
perasaan itu dari aku terhadap kau? Adakah? Aku tertanya-tanya sama ada wujud
perasaan sebegitu walaupun sekelumit di hati aku pada kau? Aku belajar rasa
menyampah pada pertama kali aku kenal kau.
Dan
ia makin membesar rasa menyampah itu bila aku sentiasa dihidangkan dengan
cerita negative tentang kau. Ada juga yang aku alami sendiri. Pahit untuk aku
berhadapan dengan kau. Terlalu.
Kadang-kadang aku sedar kau pandang aku tapi
aku biarkan, tidak mahu dianggap perasan. Kadang-kadang aku gembira melihat kau
namun kemudian ia akan bertukar menjadi satu perasaan sakit. Teramat sakit.
Lebih sakit darimasa bila aku dipermainkan oleh bekas kekasih. Ah… aku harap
kau tahu itu.
![]() |
| mungkin harus biarkan |
Tapi
aku tahu kau tak mungkin akan tahu tentang perasaan sakit itu. Tidak mungkin.
Ah… aku biarkan sahaja perasaan sakit itu. Lama-kelamaan ia kan sembuh dengan
sendiri.
(please consider
sebagai sambungan kisah itu.. hehe)



8 comments:
Perasaan tu sakit sebab kau tipu diri sendiri... ia tidaklah terlalu sakit kalau kau belajar terima perasaan itu, tapi tidak! kau paksa hatimu percaya yang kau tidak sukakan dia.. sebab kau gengam ego itu kejap-kejap hingga gengaman itu menyakitkan hatimu sendiri..
dari semua rasa itu.. kau berharap yang dia menyedari kewujudanmu.. tetapi tidak berharap yg dia menyedari perasaanmu.. dan berbohong pada hati sendiri adalah kesakitan yg lebih teruk lagi.
*Masa remaja aku pun pernah punya ego dan selalu berlagak semuanya okey. Aku membenci lelaki yg curi hati ku.. bodoh betul!
aku tahu sgt 'rasa' dlm entri ni :)
sakit memendam rasa?huu
akoo paham.
Tapi, cam biasa la .. mesti kisah2 semua ini tak ada kena mengena ngan si Penulis kan,kan,kan .. hehehehe
Nong Andy--- ah.. kau faham 'rasa' itu dengan lebih mendalam..=)
******
akoo--- huhuhu.. terima kasih kerana sudi memahami..=)
******
AdialUze--- heheh.. begitulah. seperti biasa.. tiada kaitan dengan penulis.. huhu
kita same2 sakit .. huhu ..
cik gugu--- yaa..kita sama2 sakit..=)
Pendam.Simulasi yang tidak akan m'zahirkan maksud sebenar hati.
AzwanRamli: kadang-kadang pendam lbih baik dari luahkan bukan???..=)
Post a Comment