![]() |
| heartbroken |
Hazwan memandang tasik buatan di
hadapannya. Dia tersenyum mengingatkan kisah-kisah lama yang berlaku di tempat
ini. Di tempat inilah, dia meluahkan perasaan kepada Ain dengan secara tidak
rasminya. Meluahkan perasaannya terhadap Miss Dark kepada Ain. Kalaulah dia
tahu bahawasanya Ain yang dikenalinya adalah Miss Dark, sudah tentu dia tidak
akan melakukan perkara sebegitu. Namun bila difikirkan kembali, Ain tidak
mungkin akan pernah akan menjadi miliknya. Ain milik Adam untuk sekarang dan
selamanya. Dia menoleh ke kiri, kelihatan seorang gadis berbaju blouse biru
lembut dan berjeans serta disertakan tudung berwarna putih tersarung di
kepalanya. Gadis itu tersenyum ke arahnya. Hazwan membalas senyuman gadis itu.
“Dah lama tunggu?” soal Ain ketika
mengambil tempat berhadapan. Ain mengukirkan senyuman kepada Hazwan. Hatinya berasa gembira. Semalam dia
dan Adam keluar bersama-sama untuk membeli barang untuk dijadikan hantaran
perkahwinan. Ah… hatinya betul-betul gembira seperti yang berlaku pada 3 tahun
yang lepas. Yaa… perasaan gembira yang sama pada 3 tahun yang lepas.
“Tak adalah. Kau nampak happy je?”
soal Hazwan sambil tersenyum.
“Nampak sangat ke? Tak adalah. Biasa je,” balas Ain. Hazwan tersenyum. “Asal kau nak jumpa aku ni?” soal
Ain.
“Saja. Tetiba je aku rasa nak jumpa kau,” balas Hazwan.
“Kau ada masalah ke?” soal Ain.
Berasa hairan dengan jawapan Hazwan.
“Kau rasa?” soal Hazwan.
“Kalau kau ada masalah, ceritalah. Mana tahu aku boleh tolong,” Ain memandang Hazwan.
“Tak adalah. Kau ingat tak tempat ni?”
soal Hazwan pada Ain. AIn memandang Hazwan.
“Tempat yang selalu kita lepak kan? Kau, aku, Kamal. Takpun
kedai makan kat depan tu jadi tempat kedua kita,” jawab
Ain. Hazwan tersenyum mendengar ayat Ain.
“Tempat ni simpan terlalu banyak memori
pada aku. Tempat ini tempat aku meluahkan perasaan aku. Perasaan cinta aku pada
Miss Dark. Kau ingat bukan?” soal Hazwan.
![]() |
| there's the love that happen.. |
Ain terdiam. Dia faham apa yang
dimaksudkan. Tempat dimana Hazwan meluahkan perasaan kepadanya secara tidak
rasmi. Dia ingat lagi. Ketika itu, dia hampir-hampir mahu pengsan bila Hazwan
menyatakan perasaannya pada Miss Dark. Dia tidak menyangka Hazwan akan jatuh
dengan seseorang di alam maya tanpa mengetahui latar belakang seseorang
tersebut. Hazwan yang dikenalinya cukup teliti dengan latar belakang seseorang.
“Aku ingat,” Ain tersenyum ke arah Hazwan. Ada
rasa simpati dengan Hazwan.
“Maaf. Aku tentunya buatkan kau rasa serba
salah bukan? Aku tak berniat pun. Tapi aku nak kau tahu, perasaan aku pada Miss
Dark betul-betul ikhlas,” ujar Hazwan sambil tersenyum. Cuba menyorokkan rasa
kecewa di hatinya.
“Aku tahu. Tapi Miss Dark dah bertunang dan
akan berkahwin. Dia takkan jadi lebih dari seorang kawan kepada kau. Kau kena
terima hakikat itu,” balas Ain dengan tegas. Mahu Hazwan sedar akan hakikat
itu.
“Ia bukan tentang Miss Dark sahaja, Ain. Ia
tentang kau. Kau yang mengenali aku terlebih dahulu dari Adam. Kau tahu, dulu
aku rasa aku pernah simpan perasaan pada kau.” Hazwan berkata lagi. Hatinya
ibarat dirobek dengan pisau pabila menerima kad jemputan perkahwinan Adam dan
Ain.
![]() |
| i never thought of that. |
Ain memandang Hazwan. Cuba memahami apa yang
dimaksudkan oleh Hazwan. Dia mahu membuat andaian bahawasanya Hazwan menyukai
dirinya sejak mereka di U lagi tapi dia tahu itu tidak mungkin. Dia tahu
dirinya bukan taste Hazwan.
“Setiap kali aku nampak kau dengan Adam,
hati aku sakit. Terlalu. Dulu aku thought mungkin aku cemburu sebab dulu aku
selalu dengan kau dari sem 1 hingga sem 4. Kita selalu punya satu kelas yang
sama. Aku selalu tiru kau punya assingment. But then, aku fikir apa hak aku
untuk berasa cemburu dengan siapa yang kau rapat. Tambahan lagi kau tika tu
bukan taste aku. Sikit pun tak.” Tambah Hazwan lagi. Ain menarik nafas
sedalam-dalamnya.
“Then, lama-kelamaan, makin aku nampak kau
dengan Adam, makin aku sakit. Aku cemburu. Nak-nak lagi aku tahu yang Adam tu
kawan baik roommate aku dulu, Kamal. Terasa macam dunia ni kecil je.” Hazwan
menyambung lagi.
“Aku faham apa yang kau nak cakap. Aku
minta maaf,” ujar Ain. Rasa simpati terhadap Hazwan makin membuak-buak dalam
dirinya.
“Kau tak salah pun. Aku je yang bersalah.
Selama ni aku ignore kau. Tak pandang langsung kewujudan kau. Bagi aku, kau
cumalah alat yang dapat membantu aku untuk siapkan assingment,” ucap Hazwan
lemah.
“Well… aku tak kisah pun tentang itu,”
balas Ain sambil tersenyum. Hazwan turut tersenyum.
![]() |
| i let go thos feeling |
“Dan entah macam mana, di kala aku kecewa
dengan berita in relationship kau dengan Adam masa kat U, aku jumpa blog Miss
Dark. Aku terbaca satu entry yang mana dia cakap, ada sesuatu hubungan itu
lebih baik dikekalkan sebagai kawan dari lebih dari seorang kawan. Dan dari
situ, aku sedar mungkin aku Cuma ditakdirkan sebagai kawan kau sahaja. Tidak
lebih dari itu. Aku terima hakikat itu. aku jadikan blog Miss Dark sebagai
peneman aku di kala sunyi. Aku baca setiap entri dia. Dan, tanpa aku sedar…”
“Kau jatuh cinta dengan Miss Dark,” Ain
mencelah. Hazwan memandang Ain. Dia tersenyum.
“Yup. Dari blog tu, aku rasa Miss Dark
dengan aku berkongsi rasa kecewa yang sama. Aku faham perasaan Miss Dark yang
pernah kecewa dengan satu hubungan yang dia pernah alami dulu. Aku faham
bagaimana perasaan dia menyukai seseorang yang langsung tidak mengetahui
tentang perasaannya.” Ain tersenyum mendengar ayat dari Hazwan.
“Wow. Aku tak tahu blog tu definitely beri
impak yang besar pada kau. But first, biar aku perbetulkan statement kau dulu.
Aku tak in a relationship dengan Adam masa kat U. Kitaorang just being best
friend. Itu je,” ucap Ain sambil tersenyum ke arah Hazwan.
Hazwan tersenyum, dia tahu itu. “Aku tahu,
actually baru tahu bila kau tulis luahan hati hari itu. Entry yang bertajuk ‘3
tahun’,” balas Hazwan. Ain hanya mampu tersengih.
“Malu aku bila kau tahu siapa aku..” Ain ketawa.
Hazwan turut ketawa. Hazwan memandang ke kanannya, dilihatnya seorang lelaki
sedang berjalan ke arah sini. Dia tersenyum. Dia menoleh ke arah Ain. Ain
sedang memandang ke arah lain. Tidak menyedari kedatangan lelaki itu. Dan
lelaki itu akhirnya berhenti di tempat mereka berbual.
“Adam?” Ain memandang Adam yang baru tiba.
Ain memandang Hazwan, meminta penjelasan.
“Well, Adam diminta datang sini oleh
Hazwan. Adam tahu Ain dengan Hazwan, tengah lepak-lepak but then Hazwan yang
mintak Adam datang,” Adam menerangkan kedatangannya. Ain dan Adam memandang
Hazwan yang sedang tersenyum.
“Saja, sebab aku nak pergi dah. So, aku tak
sanggup nak tinggalkan Ain sorang-sorang kat sini,” balas Hazwan.
“La, cakap je la. Bukannya aku tak bagi kau
tinggalkan aku sorang-sorang kat sini,” balas Ain.
![]() |
| Aku harap kau akan jaga Ain dengan sebaik-baiknya. |
“Kalau kau faham, kalau aku nak lepaskan
kau, aku kena make sure aku lepaskan kau dengan lelaki yang aku tahu dia akan
dapat bahagiakan kau seumur hidup kau,” ucap Hazwan. Ain memandang Hazwan
dengan penuh kehairanan. Tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Hazwan.
Adam tersenyum. Dia faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Hazwan.
“Jangan risau, aku jaga dia,” Adam
bersuara. Hazwan tersenyum. Dia menoleh ke arah Ain.
“Kau tahu Ain, aku rasa kau akan jadi orang
terakhir yang aku pernah cintai. Aku rasa tak mungkin aku akan jatuh cinta lagi.
Jumpa lagi,” Hazwan berkata sebelum beredar. Ain dan Adam hanya memerhatikan
kelibat Hazwan berlalu pergi. Meninggalkan mereka dengan rasa kecewa di
hatinya.
Beberapa tahun berlalu,
![]() |
| mereka dah berkahwin |
“Ain Umairah.” Lamunan Ain terhenti.
Dia yang sedang memandang ke luar tingkap terus menoleh ke arah pintu.
Dilihatnya Adam di muka pintu. Dengan sejambak bunga ros putih di tangannya.
“Termenung jauh nampak?” soal Adam
sambil menghulurkan bunga di tangannya kepada Ain. Ain menyambut lantas
dihidunya bau bunga itu. Wangi.
“Saja. Tengah hitung hari bila boleh keluar dari hospital ni,” balas Ain dengan senyuman terukir. Adam tersenyum mendengar ayat
Ain.
“Adam cakap dengan doctor tadi, dia cakap esok Ain dah boleh
keluar,” ucap Adam. Ain hanya mengangguk. “Siapa yang datang tadi?” soal Adam sambil melihatkan ada sebakul buah-buahan di meja.
“Hazwan dengan Ana. Diorang baru balik dari honeymoon,” balas Ain sambil mengingatkan tentang perkahwinan Hazwan dan Ana
yang berlangsung sebulan sebelum dia dimasukkan di hospital.
“Lupa. Pengantin baru,” Adam berkata.
Dia tidak menyangka Hazwan akan bertemu jodoh dengan Ana. Dia masih ingat lagi
kata-kata Hazwan yang mengatakan dia tak mungkin akan lagi jatuh cinta. Biarlah
Ain menjadi orang yang terakhir dia pernah cintai. Namun kuasa Tuhan, jangan
dipertikaikan. Segala-galanya punya bersebab. Ada sebab mengapa Ain tidak
ditakdirkan untuk Hazwan.
“Dah jenguk baby?” soal Ain sambil
memandang suaminya. Sudah 2 tahun mereka berkahwin, dan akhirnya mereka
dikurniakan cahaya mata. Adam mengangguk sambil tersenyum.
“Dah. Diorang bukak mata tadi. Selalu setiap kali Adam jenguk
diorang, asyik tidur je. Kuyu je mata diorang. Sekejap-sekejap diorang menguap.
Comel. Macam mamanya,” balas Adam. Ain hanya tersenyum
mendengar ayat Adam.
“Tentulah. Mamanya kan comel,” Ain
tersenyum. Adam ketawa.
![]() |
| i met you for a reason |
“Mata diorang ikut mata Ain, warna coklat,” Adam berkata lagi. Ain hanya mengangguk. Dia tahu itu. Sudah
beberapa kali dia menjenguk anak kembarnya itu.
“Kita nak bagi nama apa pada diorang?”
soal Ain. Adam berjalan ke arah Ain. Dia memegang erat tangan Ain. Dikucupnya
tangan Ain. Adam kemudian mengucup lembut dahi Ain.
“Kalau yang perempuan, Adam nak letak nama Sofea Umairah,” jawab Adam. Ain mengangguk.
“Lelaki?” soal Ain lagi.
“Lelaki… Ain nak letak
nama apa?” soal Adam pula.
“Kita letak nama Aliff Haikal?” Ain
memberi cadangan sambil memandang suaminya.
![]() |
| dapat anak kembar. |
“Aliff Haikal bin Muhammad Adam Fahmi. Okey juga. Nanti nak
panggil apa?” Adam bersetuju dengan cadangan isterinya.
“Haikal. Kita panggil nama Haikal. Sofea Umairah, kita
panggil Sofea. Boleh?” Ain tersenyum memandang
suaminya.
“Aliff Haikal, Sofea Umairah. Cantik nama.” Adam menganggukan kepala.
“Yeay. Thanks sayang,” Ain berkata.
“Asal pula nak ucap terima kasih? Nama baby je kan?” Adam mencuit hidung Ain.
![]() |
| i love you sincerely. |
“Saja. Thanks juga sebab sudi pilih Ain dalam hidup Adam,” Ain menoleh ke luar tingkap. Adam tersenyum.
“Bukan ke Adam yang patut ucap terima kasih pada Ain sebab
sudi terima Adam dalam hidup Ain? Adam yang patut ucap terima kasih pada Ain
sebab bagi Adam anak kembar yang comel.” Adam tersenyum
sambil mengucup lagi dahi isterinya. Tiada lagi perkara yang menggembirakannya
selain Ain dan anak-anak mereka. 2 tahun, perjalanan hidup mereka cukup bahagia
selepas berkahwin. Dia tahu, dia tidak salah membuat pilihan. Allah betul-betul
memakbulkan doanya.
| and they live happily ever after |
3 tahun itu benar-benar ada hikmahnya.
----THE END----









12 comments:
best cerita ni..
mula2 rasa cam sedih je..
tapi last dia happy..:)
kdg2, kita ingat org tu last love kita, tapi, sbnrnya Allah lebih mengetahui apa yang Dia dah tentukan..:)
nice story!
Hmm...baca kispen ini, sambil dengar lagu kesukaan Dan hujan menderu2 di luar sana...speechless..:(
teenager housemaid: yeah... terima kasih sudi baca.. =)
*******
Lady Windsor:speechless? why? =.=
singgah sini bace entry....
wow! blog ni superb sgt...
entry yg sangat cool....
oppa follow sini....
jom follow oppa balik...
nice to meet you....
selamat berblogging...
maju jaye !!!!
http://shaberry92.blogspot.com/ ( blog kpop)
http://sabryoppa.blogspot.com/ (personal blog)
follow lah 2 2 ...
hehehehe... nice ")
best. .pandai ko yer. .ade seni dlm penulisan
sebab tuh kita kena bagitau awal2 kalau kita jatuh hati kat orang tuh.
nanti tak ada la melepas.
hehe
akhirnya ain kahwin dgn adam juga..
hazwan dgn Ana.. ^^
ain dah dpt anak....best best..
sabry: thanks.. =)
*****
widiea Azira: thanks sudi baca.. =)
*****
Chemay: kadang3 kena pendam dulu.. heheh. =)
*****
kim heerul: huhuhu... mekasih sudi baca.. =)
Ending yg bahagia :)
NONG ANDY: hehehe.. terima kasih.. =)
Assalammualaikum ...
Yeeaaayyy !!!! Abis sudaaaa .. Akhirnya, Ain bahagia dengan Adam. Bila nak bukukan nih ? ^^
AdialUze: hehehe... akhirnya. Buku kat sini je.. =)
Post a Comment