nuffnang

Tuesday, February 14, 2012

3 tahun~kisah 21~

kisah sebelum ini di sini
Ain tiba di kawasan parking. Dia melihat Adam sedang menantinya di sebelah keretanya. Ain mengeluh. Dia tahu Adam tentunya mahu membincangkan tentang hal itu. Hal yang berkaitan dengan Mila. Berkali-kali panggilan dari Adam tidak dijawabnya. Dia tidak tahu apa yang harus diucapkannya.

Adam Fahmi,” ucap Ain apabila tiba. Dia memandang Adam yang sedang memeluk tubuh. “Dah lama tunggu?” soal Ain. Adam hanya memandang Ain. Hatinya berasa geram dengan perangai Ain. Melarikan diri setiap kali masalah peribadi muncul.

Adam call kan tadi? Asal tak angkat?” Adam tidak mampu lagi menyembunyikan rasa marahnya.

Tengah meeting,” balas Ain pendek.

Really? Takkanlah meeting sampai 5 jam? Adam call dari tadi lagi. Satu pun Ain tak balas. Mesej, apatah lagi. Jangan haraplah,” Adam memarahi Ain. Dia tahu Ain sedang menipunya.

adam marah ain
Kenapa?” Ain menyoal lagi. Tidak mahu memberi penjelasan lanjut. Adam memandang Ain.

Kenapa apa? Ain tahu kenapa Adam datang jumpa Ain kan?” Adam makin bengang dengan Ain. Ain menghembuskan nafasnya. Ain memandang Adam dengan rasa kosong. Ya… dia tahu tujuan Adam menemuinya.

Sebab hal Mila kan?” balas Ain. Adam tersenyum sinis mendengar jawapan Ain. Ain tahu.

Ain tahu yang kita ada nak dibincangkan bukan? Asal nak avoid? Sampai bila nak bersikap ego?” nada suara Adam makin tinggi.

I’m not. Dah semua orang asyik cakap jangan fikirkan so Ain tak fikirkan,” Ain menjawab. “Dan Adam datang sini nak marah-marah Ain. Penting sangat ke hal Mila sampaikan perlu dibawa berbincang? Penting sangat ke?” Ain meninggikan suaranya. Dia tidak ambil penduli jika ada orang di kawasan itu.

Adam memandang Ain. Dia tahu, Ain sedang memendamkan masalahnya. Memendamkan rasa marahnya terhadap apa yang berlaku. “That’s what we called ego, Ain Umairah. Pretending yang Ain tak rasa apa-apa bila Mila buat sesuatu pada Ain. Ain sedang jadi hipokrit. Tak penting pun nak berbincang soal Mila but tapi ia menganggu Ain bukan? Menganggu Ain secara mental bukan?

Ain memejamkan matanya. Tidak tahu apa yang harus dikatakannya. Semuanya benar apa yang dikatakan oleh Adam. Dia sedang menjadi ego. Sedang menjadi hipokrit. Dia terpaksa. Dia menyangkakan dengan bertindak sedemikian, dapat melegakan hatinya tapi ia tidak berjaya. Dia makin memikirkan hal itu.

Fine. Let’s finish this thing. Apa kata Adam pergi semula pada Mila and then Ain tak perlu nak pretending everything is fine. Or being called hypocrite again and again. Adam just kena terima balik Mila and then Ain tak akan lagi terganggu dengan apa jua cara yang Mila gunakan. The end,” Ain berkata dengan nada jengkel. Dia tidak tahu apa yang dikatakannya.

harapan

Adam memandang Ain dengan rasa bengang. Bengang dengan ayat Ain. Ah… senang je Ain meluahkan kata-kata itu.

Dan biarkan Ain terluka? Is that what you want, Ain Umairah?” nada suara Adam mendatar.

Ain menelan air liurnya. Dia menarik nafas. Bukan itu yang dirinya mahukan. Tapi jika itu yang terbaik untuk dirinya, dia terpaksa terima.

Asal? Sebab Ain ada orang lain?” Adam kembali suara setelah Ain mendiamkan diri. Ain memandang Adam dengan rasa terkejut. Hairan dengan pertanyaan Adam.

Apa yang Adam merepek ni?” Ain makin bengang dengan Adam. Marah dengan tuduhan Adam yang membabi buta.

Yeela. Ain senang-senang je nak tamatkan semuanya. Semua usaha Adam. Kalau Ain dah ada orang lain, then bawa Adam pergi jumpa dia sekarang so that  Adam boleh tumbuk dia,” Adam berkata dengan kasar. Ain memandang Adam. Tiada lagi Adam yang akan bercakap lemah-lembut seperti dahulu. Ain mengeluh. Dia menyandarkan dirinya di kereta di belakangnya. Kereta siapa entah, Ain main balun je.

Kalau Ain ada orang lain pun, apa kaitan dengan Adam?” soal Ain dengan nada lemah. Adam tersenyum sinis.

So betullah. Siapa? Hazwan? Ain nak pergi pada Hazwan?” balas Adam. Kelakiannya mula tercabar.

Ain memandang Adam. Tekejut dengan ayat Adam. Mengapa Hazwan yang terlintas di fikiran Adam. Ah… dia bukannya ada sesiapa pun. Dia saja mengeluarkan soalan sebegitu. Dia marah dengan tuduhan Adam.

Okey. Fine. Ain tak ada sesiapa. Tak ada!” Ain menekankan perkataan terakhirnya. Dia menyerah kalah.

Adam tersenyum. Dia tahu Ain tidak curang di belakangnya. Dia saja mahu membangkitkan nama Hazwan kerana Hazwan pernah suka pada Ain suatu tika dulu dan mungkin masih menyimpan perasaan kepada tunangnya.

here she comes again.

Well… well, looks who we got here.” Terdengar suara seorang perempuan. Adam dan Ain menoleh ke arah gerangan suara tersebut. Kelihatan Mila sedang berjalan ke arah sini, ke arah Ain. Ain menelan air liurnya.

Mila. Apa yang you buat kat sini?” soal Adam dengan marah. Mila memandang Ain dengan sinis sebelum memandang Adam.

Well, I’m suppose to see her here. But I found out you with her too. What’s a really coincidence,” ucap Mila dengan nada jengkel. Ain menarik nafas.

Suppose to see her? You janji dengan dia ke apa?” Soal Adam kepada Mila sambil memandang Ain. Ada ketegangan di wajah Ain.

Tak adalah. I memang plan nak jumpa dia pun. But then, receptionist kata, dia dah turun ke parking, so I check kat sini,” balas Mila sambil merenung Ain di hadapannya. Dia memang berhajat mahu berjumpa Ain untuk meminta Ain memutuskan pertunangannya. Dia tak akan pernah menyerah kalah setelah keputusan diambil. Dia akan menyudahkan apa yang dimulakannya.

Apa yang you nak dari dia?” soal Adam lagi. Dia berkira-kira mahu menarik Ain ke arahnya tapi Mila memandangnya dengan sinis, seolah-olah tahu apa yang akan dilakukannya.

Well… macam biasalah. I tak kisah kalau you nak jadi saksi pun. At least you will know the truth yang I memang beria-ia nak kembali ke sisi you,” ujar Mila. Ain menarik nafas.

dan perasaan cinta itu dikekalkan

Aku takkan serahkan Adam pada kau,” akhirnya Ain bersuara. Mila terkejut dengan jawapan Ain. Dan Adam, memandang Ain dengan rasa terharu.Aku takkan serahkan dia pada kau. Dia pilih aku bukan pilih kau. Kau senang-senang nak mintak aku lepaskan benda yang aku sayang. Kau ni jenis tak ada perasaan ke?” Ain tidak boleh bersabar lagi.

Mila mengancingkan giginya. Dia merenung tajam perempuan di hadapannya. Dan Adam hanya memerhatikan gerak geri dua wanita di hadapannya. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya sekarang.

Kau kurang ajar! Kau perampas. Adam milik aku!” jerit Mila sedikit kuat.

Ain bersikap selamba. Dia tersenyum sinis. “Tapi kenapa dia tak pilih kau? Asal dia pilih aku? Kau yang buang dia and then, kau nak kutip balik dia? Asal? Sebab kau dah tahu siapa dia yang sebenarnya? Bukankah begitu?

Perempuan tak guna!” ujar Mila. Adam tersenyum.

anger is love dissapointed
Asal dengan kau ni Mila? Nak marah-marah aku ni kenapa? Kalau kau nak sangat Adam tu, kau ambiklah. Aku tak heran pun. Kau beritahu dia yang kau dah gilakan dia. Ajak dia kahwin dengan kau. Tu dia ada kat sana, ambiklah. Kau marah-marah aku pun, bukannya luak apa-apa pun. Menambahkan dosa lagi ada,” Ain berkata dalam nada marah.

Adam terkejut mendengar ayat Ain. Aih… tadi cakap tak nak serahkan aku. Ni bagi pulak aku pada si Mila. Mana satu yang betul ni. Adam berkata dalam hatinya.

Kau dah berani cakap besar sekarang ni hah. Sedar diri kau tu siapa, tak layak langsung Adam.” Mila menjerit kepada Ain. Ain hanya tersenyum sinis. Ah... ayat yang sama diulang oleh Mila.

Aku tahu. Tapi dia still pilih aku nak buat macam mana,” balas Ain selamba. Mila mengetapkan giginya. Hatinya makin membara dengan ayat yang keluar dari mulut Ain.

Kau! Jangan harap Adam akan jadi milik kau. Sejak kecik, setiap benda yang aku nak, aku pasti akan dapat. Aku tak suka share dengan orang lain. Aku takkan benarkan sesiapa pun dekati Adam. Dan itu termasuk kau!” Mila tidak mahu menyerah kalah. Dia menoleh ke arah Adam yang masih memerhatikan mereka berdua.

Dan macam mana kau pasti yang Adam akan jadi milik kau?” Ain tersenyum sinis. Mila menelan air liurnya. Tidak tahu apa jawapan yang harus diberikan.

kadang2 baik menyerah kalah

Aku takkan menyerah kalah. Aku pasti akan dapat apa yang aku nak.”Mila muktamad dengan keputusannya. Ain hanya tersenyum sinis. Sudah mengagak itu jawapan yang akan terkeluar dari mulut Mila.

Begitu juga aku. Aku still akan dapat apa yang boleh buatkan aku bahagia walaupun aku tak pernah memintanya. Dan aku takkan lepaskan ia dengan mudah.” Ain menoleh ke arah Adam. Adam tersenyum. Hatinya tersentuh dengan ayat Ain.

Mak ayah kau memang kasihan agaknya. Dapat anak macam kau,” Mila bersuara dengan nada jengkel. 

Ain mengankat tangannya, mahu menampar Mila. Hatinya makin membara bila keluarganya dilibatkan dalam perbalahan ini. Dia tidak kisah kalau dirinya dihina tapi bukan keluarganya. Namun, Ain tiba-tiba menjatuhkan tangannya. Dia tersenyum sinis. Dia memandang Mila di hadapannya. melihat muka Mila yang telah kemerahan.

Kau nak tampar aku kan? Asal berhenti. Tamparlah! Kau memang seorang yang penakut. Orang penakut macam kau tak layak nak marah aku,” jerit Mila. Adam memandang Mila dengan rasa marah. Berasa gerun jika Mila mengapa-apakan Ain.

Kau tahu, aku rasa aku tak marahkan kau tapi kesian dengan kau. Kau langsung tak tahu apa tu erti cinta. Kau tak pernah suka sesuatu dengan ikhlas,” Ain berkata dengan nada tenang. Adam memandang Ain. Mila menelan air liur. Dia terkesima dengan kata-kata Ain.

Yang kau fikir hanyalah untuk kepentingan diri kau sahaja. Kau tak pernah fikir tentang perasaan orang lain bukan?” Ain menambah lagi.

Kau!” Mila menjerit.

Aku rasa kau tak layak bercinta!” tambah Ain lagi tanpa menghiraukan kemarahan Mila. Ain menoleh ke arah Adam. Adam mengukirkan senyuman kepadanya. Ain membalas senyuman itu.

perit kata-katanya
Ain memandang Mila. Ada linangan air mata di kelopak matanya. Mila mengkakukan dirinya. Tidak tahu apa lagi yang harus dikatakannya. Mila memejamkan matanya. Hatinya perit dengan kata-kata Ain. Betullah, apa yang dikatakan oleh Ain. Selama ini, dia hanya memikirkan kepentingan dirinya, tidak pernah difikirkan tentang orang lain. Dia tersedar dari bayangan dirinya selama ini. Akhirnya Mila mengambil keputusan untuk beredar dari situ. Meninggalkan Adam dan Ain di situ tanpa menoleh langsung ke arah mereka berdua.

Ain menoleh kembali ke arah Adam setelah pemergian Mila. Adam berjalan ke arahnya. Ain mengukirkan sebuah senyuman ikhlas kepada Adam. Air mata telah bergenang di kelopak matanya. Dia mahu menangis. Adam menghulurkan sehelai sapu tangan dari poketnya. Ain tersenyum dengan tindakan Adam. Adam memegang bahu Ain, cuba memberi semangat kepada Ain Umairah.

sweet kan diorang?


p/s- aku rasa kisah seterusnya, ending dia..,=.=

6 comments:

Nong Andy said...

hah.. kali ni baru puas hati aku!! mcm tulah baru bagus!! Padan muka Mila hehehe...

kembang kecup si Adam. tambah sayang dgn Ain kan.. kan.. hehehe!

reenapple said...

Nong Andy: hahaha... mungkin. Siapa yang tak sayang bila Ain yang ego itu meluahkan isi hatinya ..=)

Nong Andy said...

sukalah! bila adam meradang n marah2 kat Ain. sweet gitu! real relationship memang gitu hehehe.. marah-marah sayang :p

reenapple said...

Nong Andy: hehehe.. begitu eh? aku tak tahu pun..hehehe

si ngokngek said...

siot punya mila,kan kena sound skali..HAHA

dh rasa mcm sinar kebahagiaan gitu..

reenapple said...

si Ngok Ngek--- tak tahu kenapa komen kamu ni dalam SPAM.

oh.. mengharap sinar kebahagian dalam kisah seterusnya.. =)