nuffnang

Sunday, February 5, 2012

3 tahun~kisah 17~part 2~

kisah sebelum ini dari sini
stay happy..=)

Sebab Adam takut yang orang berkawan dengan Adam just sebab harta?” Ain membuat andaian. Adam mengangguk. Ain sentiasa membuat andaian tepat.

Bingo!” kata Adam. Ain menarik nafas. Dia tersenyum.

And Adam apply pada Ain juga?”soal Ain. Adam menarik nafas. Dia tahu Ain akan bertanyakan soalan sebegitu.

Tak. Adam tahu Ain macam mana. Masa Adam nak belanja Ain aiskrim pun, Ain hulurkan duit Ain. Tak mahu guna duit Adam. Last-last Ain ikut je telunjuk Adam,” Adam membuka kembali kisah-kisah mereka di zaman U. Ain hanya tersenyum mengingatkan kisah itu. “Besides, Ain tak pernah tanya latar belakang Adam, so why should Adam nak cerita tetiba. Nanti Ain ingat Adam ni suka berlagak. Kalau Ain tanya masa dulu lagi, Adam akan cerita hal sebenar,” Adam menambah lagi.

Okey. I got it,” Ain berkata. Dia malas berbincang hal itu lagi. Adam tersenyum.

So, jom berbincang topic yang ke 2,” Adam menukar topic. “Topik kedua?” soal Ain kehairanan.

Yup. Miss Dark. Itu yang Ain nak tahu kan?” soal Adam sambil tersenyum. Ain hanya memandang tunangnya dengan senyuman.

So, boleh mulakan dengan Adam,” Ain memandang Adam. Meminta Adam memulakan topic perbualan itu. Adam tersenyum.

Nak tahu macam mana Adam tahu tentang Miss Dark tu?” soal Adam. Ain menganggukan kepalanya.

Ain harap bukan Ana yang bagitahu,” Ain berkata sambil mengecilkan matanya. Adam hanya tersenyum.

Taklah. Adam tahu sendiri. Ingat tak masa Adam pinjam laptop Ain masa tu?” Adam memandang Ain. Ain mengangguk. “So dari situ Adam tahu. Adam perasan ada 1 blog yang sama selalu Ain buka. So Adam try siasat and I found out you have a blog,” Adam memberi penjelasan.

Tapi Adam boleh consider yang Ain suka baca blog tu instead consider tu blog Ain,” Ain cuba menguji Adam. Adam tersenyum memandang Ain.

Well… at the beginning. Memang Adam ada fikir tu blog yang Ain suka baca but then, entah hati Adam cakap itu blog Ain. Dari cara penulisannya, cara Miss Dark ceritakan sesuatu, macam Ain,” Adam mengulas jawapannya.
okey... faham,

Wow… not bad,” Ain tersenyum. Adam turut tersenyum. “Means Adam baca semuanya?” soal Ain lagi. Adam mengangguk.

Yup… yang pasal Ain bertunang pun Adam baca,” Adam memandang Ain. “Sight” Ain malu mengetahui Adam turut membaca bahagian itu juga. Adam hanya tersenyum.

Adam.” Tiba-tiba suatu suara perempuan memanggil Adam. Ain dan Adam memandang perempuan itu. Perempuan itu terus melabuhkan dirinya di sebelah Adam. Ain terkejut dengan perilaku perempuan itu. Dia memerhatikan perempuan yang berambut lurus itu. Cantik. Puji Ain dalam hatinya.

Wow, tak sangka I akan terserempak dengan you kat sini,” kata Mila sambil memerhatikan gadis di hadapan Adam. “So I guess you must be Adam’s fiancĂ©e right?” soal Mila kepada Ain. Ain hanya mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang perempuan di sebelah Adam mahu.

Would you mind if you leave us alone?” Adam meminta Mila meninggalkan dia dan Ain. Mila hanya tersenyum. Jadi betullah perempuan di hadapan Adam adalah tunangnya. Ah… tiba-tiba hati Mila dipenuhi dengan rasa cemburu.

Ah... dia datang lagi.
Why? You tak nak perkenalkan I pada dia?” soal Mila sambil cuba memegang tangan Adam di atas meja. Adam mengalihkan tangannya dari pegangan Mila. Ain terkejut memandang kelakuan perempuan itu. “It’s okey. I think we will have a lot of time to know each other,” Mila memandang Ain sebelum beredar. Adam menghembuskan nafasnya.

Itu…” Ain cuba menyoal siapa perempuan tadi. “My ex-girlfriend,” jawab Adam pendek. Ain menelan air liur. Tidak tahu apa yang harus dikatakannya lagi. Terkejut dengan jawapan Adam.

4 comments:

AdiaLuze said...

Wow!! Getting more interesting ^^

P/S : Mekasih .. Ala header bdak skolah ke tuh :)

Nong Andy said...

Adam.. Ain.. Mila eh? hehehe..

siapa saingan adam pula? Hazwan? mana dia ilang? hehe..

Iffah Afeefah said...

hah sudah ade org lain la plak

grrr

reenapple said...

AdialUze: heheh.. terima kasih..

p/s-still comel.=)

*****
Nong Ady: errr... mungkin..=)

******
Iffah afeefah: hehehhe.. =)