![]() |
| dia menati dengan sabar |
“Cik Ain Umairah,” panggil Diana, penyambut tetamu itu. Ain bangun sambil tersenyum walaupun kesabarannya menunggu hampir kosong. “Our Manager is ready to meet you,” tambah lagi Diana. Ain hanya tersenyum sambil menuruti langkah penyambut tetamu itu ke bilik mesyuarat. “Cik Ain tunggu sini, nanti GM kami datang. Maaf sebab terpaksa menunggu lama,” Diana berkata dengan sopan-santun sebelum beredar dari bilik mesyuarat itu. Ain duduk dan memerhatikan sekeliling bilik mesyuarat itu. ada rasa kagum di dalam hatinya. Ini adalah kali pertama dia ke syarikat itu. Sebelum ini, Adli, bosnya yang akan pergi berurusan dengan GM Ralam Holdings, syarikat yang bekerjasama dengan syarikat, tempat dia bekerja. Entah mengapa, kali ini dia terpaksa menggantikan bosnya menemui GM Ralam Holdings. Adli memberitahu yang isterinya akan bersalin tak lama lagi. Jadi dia terpaksa mengambil alih tugas yang dipegang Adli untuk sementara waktu.
Jika diikutkan hatinya, dia malas untuk pergi. Dia masih belum ada mood semenjak kejadian hari itu. kejadian di mana Adam membongkarkan rahsia tentangnya yang ada dalam simpanan Adam. Berkali-kali Adam menelefonnya, tapi tidak dilayan. Dia tidak tahu apa yang harus dibincangkan. Mungkin dia hanya terkejut tapi dia tidak memarahi Adam sebab satu hari nanti dia akan memberitahu Adam juga tentang Miss Dark itu.
“Maaf kerana lama menunggu,” satu suara lelaki kedengaran di belakang Ain. “Oh, tak ada hal la,” Ain berdiri sambil memalingkan belakangnya. Ain memandang lelaki segak dihadapannya dengan rasa terkejut. Tidak mungkin dia GM syarikat ini. Bisik hati Ain.
“Ain Umairah,” kata lelaki tersebut sambil tersenyum. Setiausaha lelaki itu memandang kehairanan bosnya yang mengenali gadis di hadapan mereka. “Encik Adam kenal Cik Ain?” soal Zarina terpinga-pinga. “Of course. Takkan tak kenal tunang sendiri,” balas Adam sambil tersenyum. Ain hanya mampu senyum. Dia tidak tahu apa yang harus diucapkannya.
![]() |
| sila berlagak seperti biasa |
“Sila duduk,” Adam berkata. Ain hanya menuruti. Zarina yang mengambil tempat di sebelah Adam hanya memandang Ain dengan rasa terkejut. “So, saya diberitahu, proposal untuk projek usahasama diantara Ralam Holdings dengan Warisan Holdings dah siap,” Adam terus ke topic utama. Ain masih memandang Adam. Mencari kekuatan dalam setiap hembusan nafasnya.
“Ya,” Ain membalas sambil mengambil sebuah fail dari briefcasenya dan menyerahkan kepada Adam. Adam menyambut fail itu dengan senyuman. Dia membelek-belek fail itu. Zarina di sebelahnya hanya memandang Ain dengan senyuman. “So, apa yang perlu saya tahu tentang projek ini?” soal Adam lagi. Ain menghembus nafas secara perlahan. Dia sebenarnya tidak membuat persiapan mengenai perjumpaan itu. Dia hanya mengetahui dia terpaksa menggantikan bosnya beberapa jam sebelum perjumpaan itu.
“Ah, yang itu. Saya tak tahu macam mana nak terangkan,” jawab Ain jujur.
“Maksud awak?” soal Adam lagi. Ada nada tegas dalam ayatnya.
“Maksudnya, saya tak buat persiapan tentang perjumpaan ini. Saya just baru diinform yang saya kena ganti bos saya, Encik Adli untuk ke perjumpaan ini. Dan fail tentang projek ini pun, saya just dapat a few hours before this meeting dan bila saya baca, saya tidak punya kefahaman yang mendalam tentang projek ini,” Ain menjawab panjang lebar. Ada nada gementar dalam nada suaranya.
Adam hanya tersenyum mendengar jawapan Ain. “Do I make you nervous?” soal Adam. Zarina di sebelahnya hanya tersenyum. Dia tahu Ain gementar dari nada suaranya. Ain hanya tersenyum. Memang betul dia gementar.
“Ermm… tak juga. Maaf, sebab saya datang jumpa dengan… dengan…” Ayat Ain tergantung. Dia tidak tahu bagaimana harus dipanggil Adam ketika ini. “Encik Adam,” Zarina mencelah sambil tersenyum. Dia tahu Ain tidak tahu bagaimana harus dipanggil tunangnya. “Yeah, right. I should make preparation before come and meet you,” Ain berkata.
![]() |
| Ah... bagaimana mahu hadapi situasi ini |
Adam tersenyum sambil memandang setiausahanya di sebelah. “Well, it’s not your 100% mistakes right? Benda ni datang secara tiba-tiba. It’s okey,” Adam berkata sambil memandang Ain. Dia rindu wajah Ain.
“So, macam mana?” tanya Ain ragu-ragu.
“Saya akan baca proposal ni dulu and then baru saya inform awak. You the one who incharge this projek right?” Adam berkata sambil matanya masih menatap wajah Ain.
“Oh, tak. Encik Adli yang incharge projek ni. But untuk sementara waktu, you can inform me,” kata Ain dengan gementar. Rasa gementar dalam dirinya masih belum hilang.
“Well then, kita jumpa next meeting la,” balas Adam. “Setiausaha saya akan maklumkan pada awak bila tarikh tersebut,” tambah Adam lagi sambil memandang setiausahanya yang berada di sebelah. Zarina hanya mengangguk tersenyum.
Mereka telah bersiap sedia untuk keluar bila Diana, penyambut tetamu membuka pintu, “Encik Adam, your mother is here,” kata Diana sambil tersenyum. Adam pandang Ain sambil tersenyum. “Your lucky day today,” kata Adam pada Ain. Ain hanya menghembuskan nafas.
“Adam,” Datin Rahimah sudah tiba di bilik mesyuarat dengan senyuman. Zarina memberi senyuman kepada ibu majikannya sebelum beredar. Adam bersalaman dengan Uminya.
![]() |
| bertenang munkin |
“Umi, Ain,” Adam perkenalkan Ain kepada Uminya. Datin Rahimah memandang gadis bertudung di sebelah Haikal.
“Ain Umairah?” soal Datin Rahimah sambil tersenyum kepada Adam. Adam mengangguk. Ain bersalaman dengan perempuan di hadapannya.
“Bakal menantu Umi? Manis orangnya,” kata Datin Rahimah sambil memegang pipi Ain. Adam hanya tersenyum. Dan di saat itu, Ain berasa gementar. Tidak tahu apa yang harus dikatakan kepada perempuan di hadapannya.




Assalammualaikum ...
ReplyDeleteBestnyeee .. teruja akak membacanya .. Rasanya, dah pass la ni kalau nak mintak Alaf 21 publishkan .. Thehehe :)
P/S : Ni pendapat yang betul2 JUJUR tau ! ^^
complicated....
ReplyDeletewah,mmg ada jodoh lar jumpa lagi..HAHA
ReplyDeletemai aii terketaq lutut woo..mcm baik ja mak mertua
oh... dah jumpa mak mertua hehe..
ReplyDeleteAdialuze--- erk??? terima kasih..=)
ReplyDelete*****
AzwanRamli--- apa yang complicated??? jalan cerita ini kah? Maaf aku sudah sehabis daya memudahkannya..=)
*****
si ngok-Ngek--- Mak mertua memang baik.. =)
*****
Nong Andy--- heheh. yeay... mak mertua dah dijumpa..=)