Monday, February 27, 2012

DUnia iTu buLat



Dunia ini 'bulat'
Perasan tak ‘dunia’ ni ‘bulat’ sebenarnya. Oh… aku bukan maksudkan yang bumi itu berbentuk sfera. Yang itu memang sah-sah bukan, kalau mengikut pakar sains. Eh… aku bukannya nak cakap pasal sains. Sains subjek yang paling lemah untuk aku. Haha.

Ia macam kau cuba avoid seseorang. Cuba sedaya upaya untuk mengelak dari mengambil tahu tentang diri seseorang but then kau tahu pasal dia tanpa kau perlu ambil tahu. Yaa… aku selalu mengalami situasi sebegitu. Geez… =.=
sometimes, perlu ada pendirian bukan?
And then, macam kau dah berpisah beberapa tahun dengan kawan sekolah and then dah lama tak jumpa. But then nak dijadikan al-kisahnya, kau kembali bertemu dengan dirinya. Mungkin rupa fizikal dah lain tapi still boleh kenal antara satu sama lain. Kalau aku, aku fail bab-bab ni. Aku jenis yang payah nak ingat nama orang. Tapi kalau muka, sah-sah aku ingat. Haha.

Dan ia juga seperti kau cuba melupakan seseorang. Kau paksa diri kau untuk melupakan seseorang. Unfortunately, you can't. Kau still ingatkan seseorang itu even benda itu dah berlalu beberapa tahun. Susah juga mahu melupakan sesuatu yang Tuhan memang tak kasi kau lupakannya. Mungkin.

maybe, they're supposed to be there.
Dan ia juga macam kau mahukan sesuatu benda tu but then kau tak dapat sebab orang lain dah beli. Dan believe it, benda itu just ada 1 je masa kau pergi survey hari tu. But then entah macam mana, tetiba je kau dapat benda tu. Free. Awesome isn’t it? Sebab itu orang cakap everything happens for a reason. Mungkin Allah dah tetapkan yang kau akan dapat. Dan mungkin juga ada certain situation yang kau takkan dapat walau seusaha mana kau cuba dapatkan. Segalanya sudah ditetapkan.

Sedih bukan bila apa yang kita nak, kita takkan dapat. Yaa… aku tahu. Aku pernah alami..huuuu… sedey. Aku tak mintak benda susah pun. Just mintak kembar lelaki je. Eh… tu masa aku kecik-kecik la. Sekarang tak la. Hahaha.

keep hoping? Perlukah?
So, begitulah walau macam mana sekalipun kau keep hoping pada sesuatu, kalau ALLAH dah tetapkan yang benda yang kau keep hoping tu bukan milik kau. Memang tak ada gunanya bukan. Walau seluruh alam cuba memihak pada diri kau, but then ALLAH dah tetapkan begini dan begitu pada kisah hidup kau, jadi tak mungkin kau akan dapat. Mungkin ALLAH tetapkan kisah hidup kau yang lebih baik dari yang kau keep hoping bukan? Siapa tahu. Mungkin.

p/s- Tapi benda yang kita hilang itu, 
kenapa tak dapat jumpa balik? Ada jawapan tak? 
Kawan aku cakap ALLAH dah tetapkan jodoh 
dengan benda itu hanya setakat itu je. 
Hurm… tak apalah.

Sunday, February 26, 2012

Lelaki itu #4


kisah #1 @ kisah #2 @ kisah #3

Dia kecewa lagi dengan muka buku.
Seorang gadis bertubuh gempal , sebenarnya tidaklah gempal sangat, dia mungkin berisi sedikit sedang memandang komputer ribanya. Dia sedang membelek facebooknya. Sesekali dia akan tersenyum sambil membalas komen bersama kawannya di laman social itu. Dia kemudian menekan mouse. Klik sana, klik sini dan tiba-tiba dia terjumpa facebook lelaki itu.

Hatinya sedang memainkan satu lagu kecewa yang tiada bunyi. Yang tidak punya irama. Hatinya kembali kecewa lagi. Benar-benar kecewa. Ah… lelaki itu meletakkan gambarnya bersama kekasihnya sebagai profile picture. Mereka kelihatan manis bersama. Ah… tahukah betapa hatinya kecewa. Sekali lagi hatinya kecewa. Bilamasa ia mahu pulih, hatinya kembali kecewa. Ah… perit.
Mungkin harus stop hoping terhadap
lelaki itu.
Dia kemudian mengalihkan cursor ke arah butang ‘ADD FRIEND’. Berkira-kira mahu ‘add’ lelaki itu ke dalam facebooknya. Lama dia merenung facebook lelaki itu yang telah diprivatekan. Berfikir sama ada harus atau tidak ‘add’ lelaki itu. Ah… dia risau jika dia membuat pilihan yang salah. Yaa… dia risau jika hatinya akan kecewa lagi. Sudah tentu facebook lelaki itu dipenuhi dengan gambar-gambar aweknya. Dipenuhi dengan wall post dan komen-komen aweknya. Ah… dia harus berfikir dengan sedalam-dalamnya.

Tangannya masih lagi memegang mouse. Otaknya masih lagi ligat memikir sama ada mahu atau tidak dia ‘add’ lelaki itu. Perlukah? Haruskah lelaki itu ada di dalam facebooknya? Dia tahu kesan yang bakal berlaku. Dia mungkin akan sentiasa ‘stalk’ facebook lelaki itu. Dan kemudian, dia akan kembali kecewa. Hatinya mungkin kembali kecewa lagi. Dan mungkin dia secara tanpa kawalan, akan meluahkan perasaanya kepada lelaki itu. Agak bodoh pemikirannya itu.
I wish I could forget you.
Ah… dia tahu dia Cuma bertepuk sebelah tangan sahaja. Dia tahu itu. Tak mungkin lelaki itu punya perasaan yang sama dengannya.  Dia sedar siapa dirinya. Ah… mengapa lelaki itu yang hatinya inginkan? Mengapa harus lelaki itu yang dia harus simpan perasaan?

Akhirnya, selepas 30 minit merenung kosong facebook lelaki itu, dia akhirnya mengalihkan cursornya ke arah tanda pangkah di bahagian atas kanan. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk tidak meng’add’ facebook lelaki itu. Dia mahu melindungi hatinya dari kecewa lagi. Mungkin satu hari perasaan pada lelaki itu akan hilang dengan sendirinya. Dia berharap.
Satu hari perasaan itu akan hilang.
Dia berjanji pada dirinya.

Wednesday, February 22, 2012

Lelaki itu #3

Dia terserempak lagi dengan lelaki itu.
Seorang gadis bertubuh gempal , sebenarnya tidaklah gempal sangat menyertai sebuah program yang dianjurkan universitinya. Dia, bersama kawan lelakinya dan juga kawannya yang lain. Dia merasakan dia harus menyertai sesuatu aktiviti untuk menghilangkan rasa kecewanya terhadap lelaki itu. Dia harus bersemangat kembali. Dia harus mengukirkan rasa gembira di hatinya.

Namun, entah bagaimana, dia turut menyedari kehadiran lelaki itu di program itu. Ah… hatinya tiba-tiba menjadi sakit. Sakit melihat lelaki itu. Lelaki itu bersama kekasihnya dan kawannya. Dia menenangkan hatinya. Cuba berlagak tiada apa-apa yang berlaku. Cuba tidak untuk memerhatikan lelaki itu. Tapi mana mungkin dia boleh lakukan semua itu. Hatinya meronta-ronta meminta untuk memandang wajah lelaki itu.

Ah,,, dia berhadapan dengan hatinya yang kecewa
lagi setiap kali terserempak dengan lelaki itu.
Lelaki itu menyedari kehadirannya di situ. Lelaki itu menyapanya. Dia tersenyum. Hatinya gementar. Lelaki itu kemudian menyedari kehadiran kawan lelakinya di sebelahnya. Lantas, lelaki itu menjauhkan diri. Tidak mahu menganggu sedangkan hatinya kecewa. Terlalu. Namun bila difikirkannya, dia masih punya kekasih. Buat apa mahu meletakkan hatinya dalam keadaan kecewa.

Dan entah bagaimana, dia dan lelaki itu ditakdirkan sebagai satu pasukan. Membuatkan dirinya terpisah dengan sahabat-sahabatnya. Dan lelaki itu terpisah dengan kekasihnya. Dan mereka bersama-sama bekerjasama memastikan yang terbaik untuk pasukan mereka. Dan akhirnya pasukan mereka bergelar naib juara. Walaupun tidak bergelar juara, ada rasa gembira dan puas hati di hati dia dan mungkin hati lelaki itu. Entah mengapa hari itu dia merasakan hari yang paling gembira dalam hidupnya even mungkin kadang-kadang terbit rasa segan dan malu bila terpaksa berinteraksi dengan lelaki itu.


Dia harus membelakang rasa kecewa itu.
Dan tiba saat untuk pulang. Dia bersama sahabat-sahabatnya telah bersedia untuk bergerak pulang ke kolej penginapan masing-masing bila dia terpandangkan sesuatu yang masih lagi membuatkan hatinya kecewa. Dia melihat kekasih lelaki itu sedang mengesat peluh di dahi lelaki itu. Dia menghembuskan nafasnya. Cuba berlagak tenang walaupun di hatinya hanya Tuhan yang tahu. Dia akhirnya berjalan ke tempat menunggu bas bersama kawan lelakinya.

Dan tiba-tiba lelaki itu cuba berlari ke arahnya. Mahu menyerahkan hadiah yang dimenangi oleh mereka sebentar tadi. Namun niat lelaki itu terbantut pabila melihat dia dan kawan lelakinya sedang bergelak ketawa. Lelaki itu mengenggam tangan erat-erat. Hati lelaki itu berasa cemburu. Dan akhirnya lelaki itu membatalkan niatnya. Mungkin menyerahkan hadiah itu bila masa lelaki itu dan dirinya terserempak lagi.

lelaki itu cemburu.

Saturday, February 18, 2012

3 tahun~kisah 22~ The End~


heartbroken

Hazwan memandang tasik buatan di hadapannya. Dia tersenyum mengingatkan kisah-kisah lama yang berlaku di tempat ini. Di tempat inilah, dia meluahkan perasaan kepada Ain dengan secara tidak rasminya. Meluahkan perasaannya terhadap Miss Dark kepada Ain. Kalaulah dia tahu bahawasanya Ain yang dikenalinya adalah Miss Dark, sudah tentu dia tidak akan melakukan perkara sebegitu. Namun bila difikirkan kembali, Ain tidak mungkin akan pernah akan menjadi miliknya. Ain milik Adam untuk sekarang dan selamanya. Dia menoleh ke kiri, kelihatan seorang gadis berbaju blouse biru lembut dan berjeans serta disertakan tudung berwarna putih tersarung di kepalanya. Gadis itu tersenyum ke arahnya. Hazwan membalas senyuman gadis itu.

Dah lama tunggu?” soal Ain ketika mengambil tempat berhadapan. Ain mengukirkan senyuman kepada  Hazwan. Hatinya berasa gembira. Semalam dia dan Adam keluar bersama-sama untuk membeli barang untuk dijadikan hantaran perkahwinan. Ah… hatinya betul-betul gembira seperti yang berlaku pada 3 tahun yang lepas. Yaa… perasaan gembira yang sama pada 3 tahun yang lepas.

Tak adalah. Kau nampak happy je?” soal Hazwan sambil tersenyum.

Nampak sangat ke? Tak adalah. Biasa je,” balas Ain. Hazwan tersenyum. “Asal kau nak jumpa aku ni?” soal Ain.

Saja. Tetiba je aku rasa nak jumpa kau,” balas Hazwan.

Kau ada masalah ke?” soal Ain. Berasa hairan dengan jawapan Hazwan.

Kau rasa?” soal Hazwan.

Kalau kau ada masalah, ceritalah. Mana tahu aku boleh tolong,” Ain memandang Hazwan.

Tak adalah. Kau ingat tak tempat ni?” soal Hazwan pada Ain. AIn memandang Hazwan.

Tempat yang selalu kita lepak kan? Kau, aku, Kamal. Takpun kedai makan kat depan tu jadi tempat kedua kita,” jawab Ain. Hazwan tersenyum mendengar ayat Ain.

Tempat ni simpan terlalu banyak memori pada aku. Tempat ini tempat aku meluahkan perasaan aku. Perasaan cinta aku pada Miss Dark. Kau ingat bukan?” soal Hazwan.
there's the love that happen..

Ain terdiam. Dia faham apa yang dimaksudkan. Tempat dimana Hazwan meluahkan perasaan kepadanya secara tidak rasmi. Dia ingat lagi. Ketika itu, dia hampir-hampir mahu pengsan bila Hazwan menyatakan perasaannya pada Miss Dark. Dia tidak menyangka Hazwan akan jatuh dengan seseorang di alam maya tanpa mengetahui latar belakang seseorang tersebut. Hazwan yang dikenalinya cukup teliti dengan latar belakang seseorang.

Aku ingat,” Ain tersenyum ke arah Hazwan. Ada rasa simpati dengan Hazwan.

Maaf. Aku tentunya buatkan kau rasa serba salah bukan? Aku tak berniat pun. Tapi aku nak kau tahu, perasaan aku pada Miss Dark betul-betul ikhlas,” ujar Hazwan sambil tersenyum. Cuba menyorokkan rasa kecewa di hatinya.

Aku tahu. Tapi Miss Dark dah bertunang dan akan berkahwin. Dia takkan jadi lebih dari seorang kawan kepada kau. Kau kena terima hakikat itu,” balas Ain dengan tegas. Mahu Hazwan sedar akan hakikat itu.

Ia bukan tentang Miss Dark sahaja, Ain. Ia tentang kau. Kau yang mengenali aku terlebih dahulu dari Adam. Kau tahu, dulu aku rasa aku pernah simpan perasaan pada kau.” Hazwan berkata lagi. Hatinya ibarat dirobek dengan pisau pabila menerima kad jemputan perkahwinan Adam dan Ain.
i never thought of that.

Ain memandang Hazwan. Cuba memahami apa yang dimaksudkan oleh Hazwan. Dia mahu membuat andaian bahawasanya Hazwan menyukai dirinya sejak mereka di U lagi tapi dia tahu itu tidak mungkin. Dia tahu dirinya bukan taste Hazwan.

Setiap kali aku nampak kau dengan Adam, hati aku sakit. Terlalu. Dulu aku thought mungkin aku cemburu sebab dulu aku selalu dengan kau dari sem 1 hingga sem 4. Kita selalu punya satu kelas yang sama. Aku selalu tiru kau punya assingment. But then, aku fikir apa hak aku untuk berasa cemburu dengan siapa yang kau rapat. Tambahan lagi kau tika tu bukan taste aku. Sikit pun tak.” Tambah Hazwan lagi. Ain menarik nafas sedalam-dalamnya.

Then, lama-kelamaan, makin aku nampak kau dengan Adam, makin aku sakit. Aku cemburu. Nak-nak lagi aku tahu yang Adam tu kawan baik roommate aku dulu, Kamal. Terasa macam dunia ni kecil je.” Hazwan menyambung lagi.

Aku faham apa yang kau nak cakap. Aku minta maaf,” ujar Ain. Rasa simpati terhadap Hazwan makin membuak-buak dalam dirinya.

Kau tak salah pun. Aku je yang bersalah. Selama ni aku ignore kau. Tak pandang langsung kewujudan kau. Bagi aku, kau cumalah alat yang dapat membantu aku untuk siapkan assingment,” ucap Hazwan lemah.

Well… aku tak kisah pun tentang itu,” balas Ain sambil tersenyum. Hazwan turut tersenyum.

i let go thos feeling
Dan entah macam mana, di kala aku kecewa dengan berita in relationship kau dengan Adam masa kat U, aku jumpa blog Miss Dark. Aku terbaca satu entry yang mana dia cakap, ada sesuatu hubungan itu lebih baik dikekalkan sebagai kawan dari lebih dari seorang kawan. Dan dari situ, aku sedar mungkin aku Cuma ditakdirkan sebagai kawan kau sahaja. Tidak lebih dari itu. Aku terima hakikat itu. aku jadikan blog Miss Dark sebagai peneman aku di kala sunyi. Aku baca setiap entri dia. Dan, tanpa aku sedar…

Kau jatuh cinta dengan Miss Dark,” Ain mencelah. Hazwan memandang Ain. Dia tersenyum.

Yup. Dari blog tu, aku rasa Miss Dark dengan aku berkongsi rasa kecewa yang sama. Aku faham perasaan Miss Dark yang pernah kecewa dengan satu hubungan yang dia pernah alami dulu. Aku faham bagaimana perasaan dia menyukai seseorang yang langsung tidak mengetahui tentang perasaannya.” Ain tersenyum mendengar ayat dari Hazwan.

Wow. Aku tak tahu blog tu definitely beri impak yang besar pada kau. But first, biar aku perbetulkan statement kau dulu. Aku tak in a relationship dengan Adam masa kat U. Kitaorang just being best friend. Itu je,” ucap Ain sambil tersenyum ke arah Hazwan.

Hazwan tersenyum, dia tahu itu. “Aku tahu, actually baru tahu bila kau tulis luahan hati hari itu. Entry yang bertajuk ‘3 tahun’,” balas Hazwan. Ain hanya mampu tersengih.

Malu aku bila kau tahu siapa aku..” Ain ketawa. Hazwan turut ketawa. Hazwan memandang ke kanannya, dilihatnya seorang lelaki sedang berjalan ke arah sini. Dia tersenyum. Dia menoleh ke arah Ain. Ain sedang memandang ke arah lain. Tidak menyedari kedatangan lelaki itu. Dan lelaki itu akhirnya berhenti di tempat mereka berbual.

Adam?” Ain memandang Adam yang baru tiba. Ain memandang Hazwan, meminta penjelasan.

Well, Adam diminta datang sini oleh Hazwan. Adam tahu Ain dengan Hazwan, tengah lepak-lepak but then Hazwan yang mintak Adam datang,” Adam menerangkan kedatangannya. Ain dan Adam memandang Hazwan yang sedang tersenyum.

Saja, sebab aku nak pergi dah. So, aku tak sanggup nak tinggalkan Ain sorang-sorang kat sini,” balas Hazwan.

La, cakap je la. Bukannya aku tak bagi kau tinggalkan aku sorang-sorang kat sini,” balas Ain.
Aku harap kau akan jaga Ain dengan sebaik-baiknya.

Kalau kau faham, kalau aku nak lepaskan kau, aku kena make sure aku lepaskan kau dengan lelaki yang aku tahu dia akan dapat bahagiakan kau seumur hidup kau,” ucap Hazwan. Ain memandang Hazwan dengan penuh kehairanan. Tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Hazwan. Adam tersenyum. Dia faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Hazwan.

Jangan risau, aku jaga dia,” Adam bersuara. Hazwan tersenyum. Dia menoleh ke arah Ain.

Kau tahu Ain, aku rasa kau akan jadi orang terakhir yang aku pernah cintai. Aku rasa tak mungkin aku akan jatuh cinta lagi. Jumpa lagi,” Hazwan berkata sebelum beredar. Ain dan Adam hanya memerhatikan kelibat Hazwan berlalu pergi. Meninggalkan mereka dengan rasa kecewa di hatinya.

Beberapa tahun berlalu,
mereka dah berkahwin

Ain Umairah.” Lamunan Ain terhenti. Dia yang sedang memandang ke luar tingkap terus menoleh ke arah pintu. Dilihatnya Adam di muka pintu. Dengan sejambak bunga ros putih di tangannya.

Termenung jauh nampak?” soal Adam sambil menghulurkan bunga di tangannya kepada Ain. Ain menyambut lantas dihidunya bau bunga itu. Wangi.

Saja. Tengah hitung hari bila boleh keluar dari hospital ni,” balas Ain dengan senyuman terukir. Adam tersenyum mendengar ayat Ain.

Adam cakap dengan doctor tadi, dia cakap esok Ain dah boleh keluar,” ucap Adam. Ain hanya mengangguk. “Siapa yang datang tadi?” soal Adam sambil melihatkan ada sebakul buah-buahan di meja.

Hazwan dengan Ana. Diorang baru balik dari honeymoon,” balas Ain sambil mengingatkan tentang perkahwinan Hazwan dan Ana yang berlangsung sebulan sebelum dia dimasukkan di hospital.

Lupa. Pengantin baru,” Adam berkata. Dia tidak menyangka Hazwan akan bertemu jodoh dengan Ana. Dia masih ingat lagi kata-kata Hazwan yang mengatakan dia tak mungkin akan lagi jatuh cinta. Biarlah Ain menjadi orang yang terakhir dia pernah cintai. Namun kuasa Tuhan, jangan dipertikaikan. Segala-galanya punya bersebab. Ada sebab mengapa Ain tidak ditakdirkan untuk Hazwan.

Dah jenguk baby?” soal Ain sambil memandang suaminya. Sudah 2 tahun mereka berkahwin, dan akhirnya mereka dikurniakan cahaya mata. Adam mengangguk sambil tersenyum.

Dah. Diorang bukak mata tadi. Selalu setiap kali Adam jenguk diorang, asyik tidur je. Kuyu je mata diorang. Sekejap-sekejap diorang menguap. Comel. Macam mamanya,” balas Adam. Ain hanya tersenyum mendengar ayat Adam.

Tentulah. Mamanya kan comel,” Ain tersenyum. Adam ketawa.
i met you for a reason

Mata diorang ikut mata Ain, warna coklat,” Adam berkata lagi. Ain hanya mengangguk. Dia tahu itu. Sudah beberapa kali dia menjenguk anak kembarnya itu.

Kita nak bagi nama apa pada diorang?” soal Ain. Adam berjalan ke arah Ain. Dia memegang erat tangan Ain. Dikucupnya tangan Ain. Adam kemudian mengucup lembut dahi Ain.

Kalau yang perempuan, Adam nak letak nama Sofea Umairah,” jawab Adam. Ain mengangguk.

Lelaki?” soal Ain lagi.

Lelaki…  Ain nak letak nama apa?” soal Adam pula.

Kita letak nama Aliff Haikal?” Ain memberi cadangan sambil memandang suaminya.
dapat anak kembar.

Aliff Haikal bin Muhammad Adam Fahmi. Okey juga. Nanti nak panggil apa?” Adam bersetuju dengan cadangan isterinya.

Haikal. Kita panggil nama Haikal. Sofea Umairah, kita panggil Sofea. Boleh?” Ain tersenyum memandang suaminya.

Aliff Haikal, Sofea Umairah. Cantik nama.” Adam menganggukan kepala.

Yeay. Thanks sayang,” Ain berkata.

Asal pula nak ucap terima kasih? Nama baby je kan?” Adam mencuit hidung Ain.
i love you sincerely.

Saja. Thanks juga sebab sudi pilih Ain dalam hidup Adam,” Ain menoleh ke luar tingkap. Adam tersenyum.

Bukan ke Adam yang patut ucap terima kasih pada Ain sebab sudi terima Adam dalam hidup Ain? Adam yang patut ucap terima kasih pada Ain sebab bagi Adam anak kembar yang comel.” Adam tersenyum sambil mengucup lagi dahi isterinya. Tiada lagi perkara yang menggembirakannya selain Ain dan anak-anak mereka. 2 tahun, perjalanan hidup mereka cukup bahagia selepas berkahwin. Dia tahu, dia tidak salah membuat pilihan. Allah betul-betul memakbulkan doanya.

and they live
happily ever after
3 tahun itu benar-benar ada hikmahnya.

----THE END----

Friday, February 17, 2012

Simpan Perasaan


Cik Ika,” panggil Suzie di kaunter menyambut tetamu. Setahu dia, Ika cuti hari ini dan esok. Ika tersenyum kepada Suzie, menyembunyIkan rasa marah di hati. “Bukan ke, Cik Ika cuti hari ni?” soal Suzie.

 “Ada hal sikit,” jawab Ika. Dia berjalan masuk ke pejabat tanpa menghiraukan Suzie dan staff-staff lain yang terkejut dengan kehadirannya. Dia terus berjalan sehingga tiba di hadapan bilik pejabat Haikal.

Ika,” panggil Kak Sal. “Bukan ke Ika cuti hari ni?” soal Kak Sal kehairanan. Ika hanya tersenyum.

Ada hal sedikit,” Ika memberi jawapan yang sama diberi kepada Suzie sebentar tadi. Haikal ada?” soal Ika.

Encik Haikal ada tapi…” belum sempat Kak Sal menghabiskan ayatnya, Ika telah mencelah,Good,” Ika berkata dengan sinis sambil memulas tombol pintu bilik pejabat Haikal.

 “… dia tak mahu diganggu,” Kak Sal menghabiskan ayatnya sambil memandang kelibat Ika memasuki bilik bosnya.
Kemarahan yang tidak
dapat dibendung lagi

Ika masuk ke bilik Haikal dengan perasaan marah, bengang dan kecewa di dalam hatinya. Haikal yang asyik membaca fail di tangannya terkejut dengan kehadiran Ika secara tiba-tiba. “Bukan ke kau cuti?” soal Haikal dengan tersenyum. Ika mendiamkan diri. Mengambil nafas untuk memulakan rasa marahnya.

Kau tahu hal itu kan?” tanya Ika dengan nada tegas. Haikal menghembuskan nafasnya. Ika sudah tahu tentang pertunangan mereka yang akan diadakan pada Ahad ini.

Tiba-tiba, pintu bilik Haikal terbuka, Kak Sal masuk dengan rasa takut. “Minta maaf Encik Haikal, saya tak sempat nak memberitahu Ika yang Encik Haikal tak mahu diganggu,” kata Kak Sal teragak-agak. Dia tahu bosnya bukan jenis yang mudah marah tapi dia rasa bersalah kerana tidak dapat melaksanakan permintaan bosnya yang tidak mahu diganggu. Haikal mengankat tangan kanannya menandakan dia tak apa-apa dan meminta setiausahanya beredar. Kak Sal mengangguk sambil menutup pintu.

Kalau kau nak cakap hal personal, bukan sekarang,” tegas Haikal. Dia tak mahu bercakap hal peribadi di pejabat.

So, kau memang expect yang aku akan datang jumpa kau dan tanya tentang hal peribadi?” Ika mengawal nada suaranya. Tak mahu menjerit.

Kau nak duduk?” pelawa Haikal kepada Ika. Dilihatnya wajah Ika tegang. Mungkin menahan rasa marah.

 “Tak nak,” balas Ika dingin. “Kau tahu hal itu kan?”ulang Ika lagi. Tangannya digenggam sekuat mungkin, menahan rasa marah, bengang di hati.
Ah... apa salah aku sehingga
diperlakukan sebegini

Kalau aku cakap ya?” Haikal berkata dengan tenang. Ika menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia sudah mengagak Haikal tahu hal pertunangan itu.

 “So, itu semua idea kau lah?” tanya Ika lagi. Haikal berdiri dan berjalan ke arah Ika. Ika mengundurkan diri ke belakang bila melihat Haikal cuba berjalan ke arahnya.

Mama aku,” balas Haikal pendek. Dia tidak tahu dari mana dia perlu mulakan penjelasannya.

Dan kau just accept Mama kau punya idea?” soal Ika lagi. Tiba-tiba Ika rasa suhu badannya sejuk. Bukan kerana aircond yang terpasang di bilik pejabat Haikal tetapi sebab dia sedang menahan rasa marah di hati.

Aku tak ada pilihan,” balas Haikal lagi.              

Tak ada pilihan?” Ika tersenyum sinis mendengar jawapan Haikal. “Kau ada pilihan untuk tolaknya kan? Tapi kau terima. Why? Kau tahu aku tak suka kau. Sampai mati pun aku takkan suka kau,” tambah Ika lagi dengan rasa benci terhadap Haikal yang mendalam. Di saat itu, Haikal lah lelaki yang paling dia benci.
Ah... benci teramat

Tapi aku suka kau!” Haikal meninggIkan suaranya. Ika terkejut.

Aku terima sebab aku suka kau. Kau tahu tu kan?” ada nada tegas dalam suara Haikal. Ika pandang Haikal dengan renungan yang tajam.

Tapi aku tak suka kau. Sampai mati pun aku takkan suka kau. Aku nak kau batalkan pertunangan itu. Tak mungkin aku nak habiskan hidup aku dengan kau yang tak pernah aku suka walau sedikit sekalipun,” Ika meluahkan rasa amarahnya.

Aku takkan batalkan pertunangan itu,” Haikal berkata dengan tenang sambil memandang Ika. Ika pandang Haikal dengan senyuman sinis. Haikal mengucap di dalam hatinya. Ika seperti orang tidak sedar diri.

Asal? Sebab kau suka aku? Sebab kau nak lunturkan keegoan dalam diri aku?” soal Ika lagi. Haikal memandang Ika. Begitu lama dia memandang Ika. Mereka memandang satu sama lain.

Yes, sebab tu. Sebab aku suka kau sebab aku nak lunturkan keegoan kau. Kau suka aku sejak zaman U lagi kan? Kau ego nak mengaku perasaan suka tu,” kata Haikal dengan tegas. Ika hanya mampu tersenyum. Ah… Haikal sudah gila agaknya. MengandaIkan dia turut punya perasaan yang sama dengan Haikal.

Gila. Aku tak pernah suka kau. Tak pernah,” Ika meninggIkan suaranya.

Really? And then asal hati kau perlu sakit setiap kali nampak aku dengan perempuan masa kat U? Asal hati kau perlu sakit bila aku dingin dengan kau? Kau tanya tak hati kau?” Haikal berkata dengan keras.

Ika terdiam. Yaa… memang betul. Hati dia akan sakit setiap kali ternampak Haikal dengan perempuan di U. Hati dia akan sakit setiap kali Haikal bersIkap dingin dengannya. Tapi dia ignorekan perasaan itu. Dia pujuk hatinya supaya bertahan. Dia pujuk hatinya jangan biarkan dirinya menangis sebab layanan dingin Haikal padanya ketIka di U.

Whatever. Aku nak kau batalkan pertunangan itu walau macam mana sekalipun,” Ika berkata tanpa mempendulIkan soalan-soalan Haikal.

Aku takkan,” Haikal tidak mahu mengalah.

Fine, kalau tak, aku akan…” Ika terdiam. Dia tidak tahu apa yang akan dilakukannya pada hari pertunangannya.

Kalau tak, apa? Kau nak lari masa majlis pertunangan tu? Kau sanggup ke mencontengkan arang di muka Umi dan Abah kau? Kau sanggup ke nak hancurkan perasaan Mama aku yang dah lama pasang impian nak kau menjadi menantunya?” Haikal bertubi-tubi menanya soalan kepada Ika. Ika terdiam.
Takkan sesekali menerima takdir aku dengan dia

Kalau kau jenis yang jaga nama baik keluarga, kau akan hadiri majlis pertunangan itu walau macam mana sekalipun,” Haikal menambah lagi. Dia tahu kelemahan Ika. Haikal memandang Ika. Menunggu jawapan dari Ika.

Damn it!” Ika bersuara dengan rasa marah. Ah… Haikal tahu kelemahannya. Dia menghembuskan nafasnya sebelum mengambil keputusan untuk keluar dari bilik pejabat Haikal. Tak ada gunanya membincangkan perkara ini dengan Haikal.

DUMM,” Ika menutup pintu pejabat Haikal dengan kuat. Staff-staff yang lalu-lalang di situ termasuk Kak Sal terkejut dengan tindakan Ika. Ada air yang bergenang di matanya. Dia berlari keluar tanpa memandang staff-staff yang memandangnya dengan rasa hairan.

Kenapa Ika tu?” tanya seorang pekerja kepada Kak Sal. Kak Sal mengankat bahu sambil tersenyum. Dia sibuk berbual dengan pekerja tersebut sebelum Ika keluar dari pejabat bosnya dengan marah. Kak sal terus memasuki bilik bosnya. Dia lihat Haikal sedang duduk di sofa dalam keadaan pasrah. Haikal memandang Kak Sal sambil menghembuskan nafas.

Encik Haikal tak apa-apa ke?” soal Kak Sal. Haikal hanya mengangguk. “Kenapa dengan Ika? Dia menangis tadi,” kata Kak Sal ragu-ragu.

Ah,... aku kecewa
Dia menangis?” soal Haikal lemah. Kak Sal hanya mengangguk. Mahu ditanya lebih tapi bosnya meminta untuk pulang awal. Kak Sal hanya menuruti arahan dari Haikal sambil menyusun fail yang bertaburan di atas meja. Dia tahu ada sesuatu yang berlaku diantara bosnya dengan Ika tapi dia tidak tahu kerana tirai bilik pejabat Haikal dilabuhkan, jadi dia tidak dapat melihat apa yang terjadi di dalam bilik pejabat bosnya.

Dan Haikal, walau macam mana sekalipun, dia tak akan batalkan pertunangan itu walaupun itu akan melukakan hati Ika.

p/s- ini cerita lain yang aku tengah karang.. Niat memang tak nak publish kat sini pun.. Nak jadikan kenangan. Hahaha... bak kata Kawan aku, dia nak tulis novel untuk bagi bakal suami dia baca. Hahah. So aku letakkan satu part yang aku tulis. disebabkan aku tak ada benda nak diupdatte\... selamat membaca ya. =)

*ha'ah... tajuk dia pun aku tak pasti.. so aku main letak je.. =)

Wednesday, February 15, 2012

Lelaki itu #2

kisah#1


Seorang gadis bertubuh gempal , sebenarnya tidaklah gempal sangat baru sahaja mendengar gossip tentang lelaki itu dari kawannya. Entah mengapa, hatinya kecewa. Merasakan tiada gunanya dia masih menyimpan perasaan pada lelaki itu. Bukannya lelaki itu sedar perasaan yang dia ada terhadap lelaki itu. Dan mungkin hanya dia sahaja yang bertepuk sebelah tangan. Yaa… dia tahu, dia Cuma bertepuk sebelah tangan sahaja.
Dia kecewa.

Kawannya menceritakan tentang di mana kawannya melihat lelaki itu sedang bergurau senda dengan seorang perempuan. Perempuan yang dia pasti bukan awek lelaki tersebut. Bergurau senda sambil menepuk-nepuk bahu, bergelak ketawa dengan gembira tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Mungkin dia berasa cemburu. Ah… tiada gunanya menyimpan perasaan pada orang yang tidak sudi.

Hari berlalu hari, waktu berlalu dengan begitu sahaja. Dia cuba menyembunyikan rasa kecewa itu, rasa kecewa terhadap lelaki itu yang dia pasti, telah menggunung. Yang tersemat di dalam dadanya untuk seberapa ketika yang dia rasakan terlalu lama. Ketika dia mula-mula mengenali lelaki itu lagi. Ah… kadang-kadang mahu saja dia luahkan pada lelaki itu, tapi dirasakan lagi baik dia biarkan sahaja. Mungkin perasaan itu akan hilang dengan sendirinya. Mungkin.

Dia cuba untuk kuat.

Dia sedang menanti seseorang di meja makan. Di ruang makan. Dan bagaimana entah, dia terlihatkan lelaki itu. Berdiri menghadapnya. Lelaki itu duduk tanpa dipelawa. Dia memandang kosong lelaki itu. Lelaki itu memandangnya sambil mengukirkan senyuman. Dia membalas senyuman. Suasana sepi menyelubungi mereka berdua.

Lelaki itu kemudian mengeluarkan sebuah buku dari begnya. Dia memerhatikan gelagat lelaki itu. Lelaki itu kemudian menyerahkan buku tersebut kepadanya. Dia memandang lelaki itu. Meminta diberi penjelasan yang lebih lanjut. Oh… rupa-rupanya dia tertinggal buku di dalam kelas. Lelaki itu tolong simpankan untuk sementara waktu. Dia mengambil buku itu dan meletakkan ke sebelah kanannya.

Dan kemudian, kawan lelakinya tiba. Kawan lelakinya terkejut melihat kehadiran lelaki itu. Lelaki itu hanya mengukirkan senyuman kepada kawan lelakinya. Kawan lelakinya membalas senyuman sambil mengambil tempat di sebelah lelaki itu. Kawannya memandangnya seolah-olah meminta penjelasan. Dia hanya mengukirkan senyuman kepada kawan lelakinya.

Hatinya kosong ketika memandang lelaki itu.

Akhirnya lelaki itu bangun, memberi alasan kelasnya akan bermula sebentar lagi. Dia hanya mengangguk sambil mengucapkan terima kasih. Dia memerhatikan lelaki itu beredar. Hatinya berasa kosong melihat lelaki itu. Dia akhirnya memulakan perbualan dengan kawan lelakinya.

Namun, tanpa dia sedari, lelaki itu memerhatikannya kembali. Memerhatikan dirinya bergelak ketawa bersama kawan lelakinya. Terbit rasa cemburu di hati lelaki itu. Ah… dia sudah mempunyai teman lelaki. Lelaki itu berkata di dalam hatinya. Akhirnya lelaki itu beredar dengan rasa kecewa.

Ah... hati lelaki itu kecewa.

p/s-  lelaki itu belum break up dengan gF dia.. =P

Tuesday, February 14, 2012

3 tahun~kisah 21~

kisah sebelum ini di sini
Ain tiba di kawasan parking. Dia melihat Adam sedang menantinya di sebelah keretanya. Ain mengeluh. Dia tahu Adam tentunya mahu membincangkan tentang hal itu. Hal yang berkaitan dengan Mila. Berkali-kali panggilan dari Adam tidak dijawabnya. Dia tidak tahu apa yang harus diucapkannya.

Adam Fahmi,” ucap Ain apabila tiba. Dia memandang Adam yang sedang memeluk tubuh. “Dah lama tunggu?” soal Ain. Adam hanya memandang Ain. Hatinya berasa geram dengan perangai Ain. Melarikan diri setiap kali masalah peribadi muncul.

Adam call kan tadi? Asal tak angkat?” Adam tidak mampu lagi menyembunyikan rasa marahnya.

Tengah meeting,” balas Ain pendek.

Really? Takkanlah meeting sampai 5 jam? Adam call dari tadi lagi. Satu pun Ain tak balas. Mesej, apatah lagi. Jangan haraplah,” Adam memarahi Ain. Dia tahu Ain sedang menipunya.

adam marah ain
Kenapa?” Ain menyoal lagi. Tidak mahu memberi penjelasan lanjut. Adam memandang Ain.

Kenapa apa? Ain tahu kenapa Adam datang jumpa Ain kan?” Adam makin bengang dengan Ain. Ain menghembuskan nafasnya. Ain memandang Adam dengan rasa kosong. Ya… dia tahu tujuan Adam menemuinya.

Sebab hal Mila kan?” balas Ain. Adam tersenyum sinis mendengar jawapan Ain. Ain tahu.

Ain tahu yang kita ada nak dibincangkan bukan? Asal nak avoid? Sampai bila nak bersikap ego?” nada suara Adam makin tinggi.

I’m not. Dah semua orang asyik cakap jangan fikirkan so Ain tak fikirkan,” Ain menjawab. “Dan Adam datang sini nak marah-marah Ain. Penting sangat ke hal Mila sampaikan perlu dibawa berbincang? Penting sangat ke?” Ain meninggikan suaranya. Dia tidak ambil penduli jika ada orang di kawasan itu.

Adam memandang Ain. Dia tahu, Ain sedang memendamkan masalahnya. Memendamkan rasa marahnya terhadap apa yang berlaku. “That’s what we called ego, Ain Umairah. Pretending yang Ain tak rasa apa-apa bila Mila buat sesuatu pada Ain. Ain sedang jadi hipokrit. Tak penting pun nak berbincang soal Mila but tapi ia menganggu Ain bukan? Menganggu Ain secara mental bukan?

Ain memejamkan matanya. Tidak tahu apa yang harus dikatakannya. Semuanya benar apa yang dikatakan oleh Adam. Dia sedang menjadi ego. Sedang menjadi hipokrit. Dia terpaksa. Dia menyangkakan dengan bertindak sedemikian, dapat melegakan hatinya tapi ia tidak berjaya. Dia makin memikirkan hal itu.

Fine. Let’s finish this thing. Apa kata Adam pergi semula pada Mila and then Ain tak perlu nak pretending everything is fine. Or being called hypocrite again and again. Adam just kena terima balik Mila and then Ain tak akan lagi terganggu dengan apa jua cara yang Mila gunakan. The end,” Ain berkata dengan nada jengkel. Dia tidak tahu apa yang dikatakannya.

harapan

Adam memandang Ain dengan rasa bengang. Bengang dengan ayat Ain. Ah… senang je Ain meluahkan kata-kata itu.

Dan biarkan Ain terluka? Is that what you want, Ain Umairah?” nada suara Adam mendatar.

Ain menelan air liurnya. Dia menarik nafas. Bukan itu yang dirinya mahukan. Tapi jika itu yang terbaik untuk dirinya, dia terpaksa terima.

Asal? Sebab Ain ada orang lain?” Adam kembali suara setelah Ain mendiamkan diri. Ain memandang Adam dengan rasa terkejut. Hairan dengan pertanyaan Adam.

Apa yang Adam merepek ni?” Ain makin bengang dengan Adam. Marah dengan tuduhan Adam yang membabi buta.

Yeela. Ain senang-senang je nak tamatkan semuanya. Semua usaha Adam. Kalau Ain dah ada orang lain, then bawa Adam pergi jumpa dia sekarang so that  Adam boleh tumbuk dia,” Adam berkata dengan kasar. Ain memandang Adam. Tiada lagi Adam yang akan bercakap lemah-lembut seperti dahulu. Ain mengeluh. Dia menyandarkan dirinya di kereta di belakangnya. Kereta siapa entah, Ain main balun je.

Kalau Ain ada orang lain pun, apa kaitan dengan Adam?” soal Ain dengan nada lemah. Adam tersenyum sinis.

So betullah. Siapa? Hazwan? Ain nak pergi pada Hazwan?” balas Adam. Kelakiannya mula tercabar.

Ain memandang Adam. Tekejut dengan ayat Adam. Mengapa Hazwan yang terlintas di fikiran Adam. Ah… dia bukannya ada sesiapa pun. Dia saja mengeluarkan soalan sebegitu. Dia marah dengan tuduhan Adam.

Okey. Fine. Ain tak ada sesiapa. Tak ada!” Ain menekankan perkataan terakhirnya. Dia menyerah kalah.

Adam tersenyum. Dia tahu Ain tidak curang di belakangnya. Dia saja mahu membangkitkan nama Hazwan kerana Hazwan pernah suka pada Ain suatu tika dulu dan mungkin masih menyimpan perasaan kepada tunangnya.

here she comes again.

Well… well, looks who we got here.” Terdengar suara seorang perempuan. Adam dan Ain menoleh ke arah gerangan suara tersebut. Kelihatan Mila sedang berjalan ke arah sini, ke arah Ain. Ain menelan air liurnya.

Mila. Apa yang you buat kat sini?” soal Adam dengan marah. Mila memandang Ain dengan sinis sebelum memandang Adam.

Well, I’m suppose to see her here. But I found out you with her too. What’s a really coincidence,” ucap Mila dengan nada jengkel. Ain menarik nafas.

Suppose to see her? You janji dengan dia ke apa?” Soal Adam kepada Mila sambil memandang Ain. Ada ketegangan di wajah Ain.

Tak adalah. I memang plan nak jumpa dia pun. But then, receptionist kata, dia dah turun ke parking, so I check kat sini,” balas Mila sambil merenung Ain di hadapannya. Dia memang berhajat mahu berjumpa Ain untuk meminta Ain memutuskan pertunangannya. Dia tak akan pernah menyerah kalah setelah keputusan diambil. Dia akan menyudahkan apa yang dimulakannya.

Apa yang you nak dari dia?” soal Adam lagi. Dia berkira-kira mahu menarik Ain ke arahnya tapi Mila memandangnya dengan sinis, seolah-olah tahu apa yang akan dilakukannya.

Well… macam biasalah. I tak kisah kalau you nak jadi saksi pun. At least you will know the truth yang I memang beria-ia nak kembali ke sisi you,” ujar Mila. Ain menarik nafas.

dan perasaan cinta itu dikekalkan

Aku takkan serahkan Adam pada kau,” akhirnya Ain bersuara. Mila terkejut dengan jawapan Ain. Dan Adam, memandang Ain dengan rasa terharu.Aku takkan serahkan dia pada kau. Dia pilih aku bukan pilih kau. Kau senang-senang nak mintak aku lepaskan benda yang aku sayang. Kau ni jenis tak ada perasaan ke?” Ain tidak boleh bersabar lagi.

Mila mengancingkan giginya. Dia merenung tajam perempuan di hadapannya. Dan Adam hanya memerhatikan gerak geri dua wanita di hadapannya. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya sekarang.

Kau kurang ajar! Kau perampas. Adam milik aku!” jerit Mila sedikit kuat.

Ain bersikap selamba. Dia tersenyum sinis. “Tapi kenapa dia tak pilih kau? Asal dia pilih aku? Kau yang buang dia and then, kau nak kutip balik dia? Asal? Sebab kau dah tahu siapa dia yang sebenarnya? Bukankah begitu?

Perempuan tak guna!” ujar Mila. Adam tersenyum.

anger is love dissapointed
Asal dengan kau ni Mila? Nak marah-marah aku ni kenapa? Kalau kau nak sangat Adam tu, kau ambiklah. Aku tak heran pun. Kau beritahu dia yang kau dah gilakan dia. Ajak dia kahwin dengan kau. Tu dia ada kat sana, ambiklah. Kau marah-marah aku pun, bukannya luak apa-apa pun. Menambahkan dosa lagi ada,” Ain berkata dalam nada marah.

Adam terkejut mendengar ayat Ain. Aih… tadi cakap tak nak serahkan aku. Ni bagi pulak aku pada si Mila. Mana satu yang betul ni. Adam berkata dalam hatinya.

Kau dah berani cakap besar sekarang ni hah. Sedar diri kau tu siapa, tak layak langsung Adam.” Mila menjerit kepada Ain. Ain hanya tersenyum sinis. Ah... ayat yang sama diulang oleh Mila.

Aku tahu. Tapi dia still pilih aku nak buat macam mana,” balas Ain selamba. Mila mengetapkan giginya. Hatinya makin membara dengan ayat yang keluar dari mulut Ain.

Kau! Jangan harap Adam akan jadi milik kau. Sejak kecik, setiap benda yang aku nak, aku pasti akan dapat. Aku tak suka share dengan orang lain. Aku takkan benarkan sesiapa pun dekati Adam. Dan itu termasuk kau!” Mila tidak mahu menyerah kalah. Dia menoleh ke arah Adam yang masih memerhatikan mereka berdua.

Dan macam mana kau pasti yang Adam akan jadi milik kau?” Ain tersenyum sinis. Mila menelan air liurnya. Tidak tahu apa jawapan yang harus diberikan.

kadang2 baik menyerah kalah

Aku takkan menyerah kalah. Aku pasti akan dapat apa yang aku nak.”Mila muktamad dengan keputusannya. Ain hanya tersenyum sinis. Sudah mengagak itu jawapan yang akan terkeluar dari mulut Mila.

Begitu juga aku. Aku still akan dapat apa yang boleh buatkan aku bahagia walaupun aku tak pernah memintanya. Dan aku takkan lepaskan ia dengan mudah.” Ain menoleh ke arah Adam. Adam tersenyum. Hatinya tersentuh dengan ayat Ain.

Mak ayah kau memang kasihan agaknya. Dapat anak macam kau,” Mila bersuara dengan nada jengkel. 

Ain mengankat tangannya, mahu menampar Mila. Hatinya makin membara bila keluarganya dilibatkan dalam perbalahan ini. Dia tidak kisah kalau dirinya dihina tapi bukan keluarganya. Namun, Ain tiba-tiba menjatuhkan tangannya. Dia tersenyum sinis. Dia memandang Mila di hadapannya. melihat muka Mila yang telah kemerahan.

Kau nak tampar aku kan? Asal berhenti. Tamparlah! Kau memang seorang yang penakut. Orang penakut macam kau tak layak nak marah aku,” jerit Mila. Adam memandang Mila dengan rasa marah. Berasa gerun jika Mila mengapa-apakan Ain.

Kau tahu, aku rasa aku tak marahkan kau tapi kesian dengan kau. Kau langsung tak tahu apa tu erti cinta. Kau tak pernah suka sesuatu dengan ikhlas,” Ain berkata dengan nada tenang. Adam memandang Ain. Mila menelan air liur. Dia terkesima dengan kata-kata Ain.

Yang kau fikir hanyalah untuk kepentingan diri kau sahaja. Kau tak pernah fikir tentang perasaan orang lain bukan?” Ain menambah lagi.

Kau!” Mila menjerit.

Aku rasa kau tak layak bercinta!” tambah Ain lagi tanpa menghiraukan kemarahan Mila. Ain menoleh ke arah Adam. Adam mengukirkan senyuman kepadanya. Ain membalas senyuman itu.

perit kata-katanya
Ain memandang Mila. Ada linangan air mata di kelopak matanya. Mila mengkakukan dirinya. Tidak tahu apa lagi yang harus dikatakannya. Mila memejamkan matanya. Hatinya perit dengan kata-kata Ain. Betullah, apa yang dikatakan oleh Ain. Selama ini, dia hanya memikirkan kepentingan dirinya, tidak pernah difikirkan tentang orang lain. Dia tersedar dari bayangan dirinya selama ini. Akhirnya Mila mengambil keputusan untuk beredar dari situ. Meninggalkan Adam dan Ain di situ tanpa menoleh langsung ke arah mereka berdua.

Ain menoleh kembali ke arah Adam setelah pemergian Mila. Adam berjalan ke arahnya. Ain mengukirkan sebuah senyuman ikhlas kepada Adam. Air mata telah bergenang di kelopak matanya. Dia mahu menangis. Adam menghulurkan sehelai sapu tangan dari poketnya. Ain tersenyum dengan tindakan Adam. Adam memegang bahu Ain, cuba memberi semangat kepada Ain Umairah.

sweet kan diorang?


p/s- aku rasa kisah seterusnya, ending dia..,=.=