Kadang-kadang saya rasa awak suka saya. Sebab
awak layan saya dengan baik. Awak dengar luahan hati saya yang tak seberapa. Awak
layan saya tengah-tengah malam. Awak bagi kata-kata semangat pada saya. Tapi mungkin
saya yang salah tafsir. Tiada apa-apa sebenarnya. Awak memang layan semua macam
itu.. Sebab mak awak pesan layan semua orang dengan baik. Ya… saya tahu awak
seorang yang baik.
![]() |
| MungKin saya terlepas pandang awak |
Kadang-kadang saya rasa awak pernah suka
pada saya. Sebab sekarang awak dah dingin dengan saya. Awak dah tak layan saya
sebagaimana awak layan saya macam dulu. Penuh dengan gelak ketawa. Akan bantu
saya setiap kali saya luahkan masalah saya pada awak. Tapi mungkin saya salah
tafsir. Mungkin sebab sekarang awak dah ada ‘si dia’. Sebab tu awak dah tak
boleh layan saya macam dulu. Awak harus jaga hati ‘si dia’ yang bakal awak
jadikan dia sebahagian dalam hidup awak.. Tak apa. Saya tumpang bahagia.
Kadang-kadang saya rasa awak suka saya, sebab itu saya layan awak sebegitu. Dingin, dan sekarang awak dah dingin dengan saya. Saya tak nak diri jatuh hati pada kawan sendiri. Saya cuba elakkan. Saya tak nak persahabatan kita musnah sebab ada satu perasaan lebih dari kawan ada di antara kita. Dan mungkin saya rasa perasaan itu dah muncul dalam diri awak. Mungkin. Mungkin andaian saya salah. Tapi saya anggap awak sebagai kawan sahaja.
![]() |
| mungkIn salAh saya. |
Kadang-kadang saya rasa awak pernah ada hati pada saya. Awak tenangkan hati saya bila hati saya terluka sebab percintaan saya yang hancur satu tika dahulu. Awak ada di saat saya perlukan kata-kata semangat. Even tidak seberapa, saya hargainya. Sungguh, saya rindu saat kita berdua masih single.
Mungkin saya terlepas pandang awak. Mungkin
tafsiran saya tidak tepat. Mungkin saya yang salah sebab selama ni tak pernah pandang
berlian depan saya selama ni. Betullah, bila orang dah kehilangan, barulah tahu
erti rindu. Yaa.. saya rindu suasana kita bersahabat dahulu. Mungkin saya
selalu sakitkan hati awak dengan sikap saya yang ego. Tapi saya bertuah ada
awak sebagai kawan saya. Yaa… saya tahu awak hargai semua kawan awak.
Mungkin saya terlepas pandang awak. Tapi tak
apa sekurang-kurangnya saya tahu awak telah jumpa orang yang lagi baik dari
saya. Yaa… saya gembira mendengar tentang itu. Mungkin antara awak dan saya
hanya termaktub untuk menjadi sahabat untuk selamanya.
![]() |
| tak apa. Hati saya tetap bertahan,. |
p/s-tiada kaitan dengan diri penulis. =)



10 comments:
nice entri..mungkin kadang2 kita tak sedar sebenarnya dia ada perasaan kat kita. sehingga dia mula berubah..mula tak beri lagi perhatian..:) doakan yang terbaik
P/s : entrisaya
Si dia?hehe xd la... lagu tu best.. xd kaitan pun ngan perasaan or else..keke..:)
Sungguh, saya rindu saat kita berdua masih single.
ps: ok enough... tak tahu nak cakap apa. mcm betulpun ya. tapi dah kamu kata bukan kamu ya dak.
pendamba mawar: err.. betul3.. hehe.
******
Bidadari Syurga: mmmm... tak betul pun, just entry suka-suka. dan bukan saya... heheh. =)
mcm ade kaitan je
nway kalau aku ditempat tu
aku sebat je bf tu
caring
#suke
Sib baik ada tulis "Tiada kaitan dengan penulis" .. Kalau tak, mesti akak dah buat spekulasi .. thehehehe .. Tapi kenapa tulisan awak slalu berbaur sedey .. ? Takmo sedey2 kay! Awak muda lagi .. Keep smiling and really,really be happy ^^
P/S : Entri yg akak buat untuk suami tu, sebelum publish lagi akak dah suh dia baca .. Ahaksss
Iffah Afeefah: heheh.. tak de kaitan pun. huhu... untung la Bf dia caring.. huhu.
*******
AdiaLuze: Ahaaa.. tak baik spekulasi tau.. hehe.
errr... sedey ke? haish tak de la bunyi sangat sedey tu.. huhu. Normal je.. heheh. sedang happy sekarang ni.. huhu. =)
p/s-untunglah laki akak... nak wat macam tu jugak la.. eh.. hehe. bila kawin la.. huhu..=P
saya dapat rasa yang saya boleh wujud dalam cerita awak ini..T__T
Layyinul Harir: eh.. kenapa? tiada siapa2 yg dimaksudkan. Tetiba terlintas nk tulis macam ni..
tadi di opis dah baca. tapi x komen sebab bz kononnnya ahahaa..
Menyentuh perasaan :)
bukan kamu? tapi pernah mengalami? hehehe.. ngada!
mesti lelaki tu pernah suka dgn si 'aku' tu. tak byk sikit pun mesti ada. tapi hurm.. persahabatan mungkin akan musnah kalau ia di tukar menjadi percintaan. kalau break.. mungkin dah tak boleh jadi kawan lagi pun!
eh.. tgk! pjg lagi.. mcm tulis dlm blog sendiri pula ahaha.
Nong Andy: ahaaa.. bukan aku dan aku tak pernah mengalaminya.. hehe.
betul3.. kadang3 persahabatan itu perlu dikekalkan.. =)
Post a Comment