Cakap pasal Ikhlas ni bukan senang nak tahu
whether seseorang itu ikhlas tu ataupun tidak. Bila seseorang itu kata, “Aku
ikhlas ni,” tak bermaksud hati dia pun turut sama ikhlas. Yeelah… hati dan
mulut jarang nak bergerak sekata bukan?
![]() |
| ikhLas kah mereka? |
Aku pun tak tahu macam mana dikatakan
ikhlas. Ada juga orang cakap kat aku yang ikhlas tak mengharapkan ganjaran.
Yaa… betul. Kalau terima ganjaran tue namanya tak ikhlas la? Eh… betul ke?
Dah kalau orang nak bagi nak buat macam
mana? Kita tolak macam mana pun, dia paksa jugak kita terima ganjaran tu. Bak
kata orang tua rezeki tu jangan ditolak. Ye dak?
![]() |
| adakah keikhlasan itu? |
Tapi bila melibatkan soal perhubungan? Soal
cinta? Soal persahabatan? Macam orang cakap, “Saya ikhlas nak berkawan dengan
awak,” tak pun, “Saya ikhlas mencintai awak,” atau pun, “saya ikhlas
terima diri awak seadanya,” macam mana nak detect keikhlasan dari ayat yang diucapkan? Orang cakap "Actions speak louder than words"
Yeela… sebab3 last-last persahabatan tu
akan terputus juga. Atau pun, last-last percintaan itu akan berakhir juga,
tambah-tambah lagi bila berakhir dengan cara yang paling sakit. Ataupun, bila
cakap, “saya ikhlas terima diri awak seadanya”, tapi still mengunkit kelemahan
yang ada pada diri seseorang itu? Adakah itu dikatakan ikhlas at the beginning
only? Entah…
![]() |
| kadang-kadang kena berhati-hati dengan sweet talker.. |
Susah nak lihat keikhlasan seseorang.
Mungkin kena pandang mata dia dalam-dalam baru tahu ikhlas atau tak… haha. Oh,
aku bukan jenis yang suka tatap orang lama-lama… hehe
Oh… setakat itulah nak update. Selamat
ber-ikhlas semua.. (^-^)
![]() |
| kadang-kadang mereka akan lukakan hati kita dengan keikhlasan itu.. |




5 comments:
ikhlas tak perlu diungkap,cukup melalui tindakan.=)
ikhlas xpyh ckp pon xpe
tnjukkn dgn pbuatan
Aku iklas nak komen sini. reenaple tak balas kunjungan pun aku tak kisah.. sebab aku memang suka apa yg ditulis kat sini...(jgn percaya 100%- tu bodek je tu!)hehehe...
*keiklasan boleh dilihat setelah sekian lama.. tapi ada juga yg keiklasan boleh di kesan lebih cepat. yang pnting iklas lah berblog.. er betul ke? hee.....
betul tuh keiklasan susah nak ditebak.. n fara pun tak suka n takboleh tengok orang bile bercakap.. mata apatah lagi..so mata takleh menunjukkan keiklasan.. hoho
Layyinul Harir---yeah.. betul tu.. huhu.
************
Iffah Afeefah--- perbuatan menunjukkan keikhlasan kan? hehe..=)
************
Nong ANdy----ahaa... membodek. Nasib baik aku tak makan bodek.. kikiki. aku makan nasi..=)
*ihklas berblog? eh.. betul betul.. huhu.
*************
Nur Farah Hani---ohooo.. macam ni susah la nak detect keikhlasan.. heheh
Post a Comment