nuffnang

Tuesday, January 31, 2012

gigi bongsu


Ah… gigi aku sakit tetiba. Entah… gigi bongsu pun belum tumbuh lagi. Umur dah menginjak 20 something. Tapi belum alami lagi. Kawan aku cakap.. bila gigi bongsu tumbuh, memang teramat sakit.. sakit gila-gila sampai kau rasa kepala nak pecah.
gigi bongsu, sila buat baik ya..=)

Cakap pasal ketumbuhan gigi bongsu, teringat bila ex-roomate aku nangis 2 tahun lepas sebab gigi bongsu dia tumbuh… dia nangis gegila ah. Memula aku ingat dia gaduh dengan boyfriend dia, rupa-rupanya dia punya gigi bongsu nak tumbuh. Oh… sakit siot.

Baru aku tahu… aku ingatkan rasa sakit tu macam kena gigit pacat.. hehhe. Rupa-rupanya agak bahaya bila gigi bongsu tumbuh. Eh… aku kan anak bongsu, so harap gigi bongsu yang akan tumbuh nanti buat baik lah. Kita kan sama-sama bongsu, kata aku pada gigi bongsu.. huhuh.

Tapi aku tahu gigi aku sakit bukan sebab gigi bongsu nak tumbuh… ni sebab aku balun 1 bekas ice cream Walls Very Rocky Road semalam.. heheh. Kan dah cakap aku ni kaki makan aiskrim.. hahah. Sebab tu setiap cerita aku, aku letak watak heroin dia suka makan ice cream.. huhuhu.

sedap kan?

Oh… okeylah. Mahu beredar. Aku ada siapkan cerita lain pula. Tapi rasanya tak publish kot. Nak buat kenangan… huhu. Yang 3tahun pun tak habis lagi. Tak tahu macam mana nak create lagi jalan ceritanya.. heheh.

2 comments:

Nong Andy said...

cakap pasal ice cream.. aku teringin makan ice cream vedablu

betapa nikmatnya oh... teringin sangat!

reenaple.. apasal ko sebut pasal ice cream ha? hehehe..

rasanya tak semua org sakit masa gg bungsu kuar kot. aku tak ingat pun bila gg tu kuar :)

reenapple said...

Nong Andy---hehhe.. saje nak buat kau jeles,, huhuh

yeker?? hopefully tak sakit..=)