Masing-masing ada cara. Yaa.. aku mungkin
tidak menyukai cara mereka. Tapi terpaksa aku hormatkan. Sebab itu cara mereka.
Dan mungkin mereka juga tidak menyukai cara aku sebagaimana aku tidak menyukai
cara mereka. Jangan pertikaikan.
![]() |
| cara kita tak sama |
Diakui aku bukan jenis yang suka
mendedahkan diri. Sama ada di sini. Mahupun di FB mahupun di dalam kelas atau
di mana-mana sahaja. Siapa yang kenal aku, tahulah mereka yang aku tlagi rela. menyorokkan diri di suatu sudut dari berhadapan dengan ramai orang. Komunikasi aku lemah. aku tak suka bercakap. Entah mengapa ada satu dark
side dalam diri aku terhadap diri sendiri. Yaa… ah. Penulisan aku sudah
berubah. Oh maaf. Sila kembali pada asal.
Aku sebenarnya tak de lah nak kisah sangat hal
orang. Aku bukan jenis yang suka jaga tepi kain orang. Bila orang nak share
dengan aku , aku turut mendengar dan cuba beri pandangan aku terhadap apa yang
orang ceritakan pada aku. Even sometimes, apa yang pernah aku lakukan pada
mereka tidak dibalas dengan jasa yang setimpalnya. Ah… aku bukan mengharapkan
balasan sangat. Tapi kadang-kadang kecil hati jugak bila aku perlukan
pertolongan mereka, tidak ada sesiapa yang boleh memberi pertolongan dan
akhirnya aku menolong diri aku sendiri dengan berdoa kepada ALLAH meminta jalan
penyelesain. Betullah, pertolongan yang paling baik adalah dari ALLAH.
![]() |
| yeah.. i have the dark side of me... wahahah |
Dan cara setiap orang adalah berbeza. Itu aku
akui. Entahlah, kebanyakan sekarang ada banyak cara manusia yang aku tidak
berpuas hati. Jadi aku pendamkan je. Tak mahu dikatakan biadap. Yeela… aku
bukan lah orang yang cukup pengalaman untuk melontarkan pandangan aku. Even
kadang-kadang macam annoying dengan cara mereka yang bajet bagus, Femes dan so
on la. Tapi aku pendamkan sahaja rasa annoying itu. Malas mahu masuk campur.
Ah… aku ni suka memendam. Entah kenapa.
Mungkin disebabkan beberapa pengalaman yang buatkan aku sukar percayai
orang. Pengalaman itu adalah guru yang
paling kejam tahu.
Aku tahu cara mereka tak sama dengan cara
aku. Setiap orang cara mereka berbeza. Kadang-kadang better jangan pertikaikan
macam kau pertikaikan asal blog tu macam tu, asal Fb dia asyik status emo je,
asal dia asyik pakai baju warna pink? Eww… pink yang tak pernah aku gemari.
![]() |
| oh... hentikan pertikaikan cara mereka. |
Masing-masing ada personality sendiri kan?
Aku pernah baca 1 blog yang selalu cakap pasal blog ni blog tu, maksud aku dia
akan komen setiap blog yang dia kunjungi. Menjadikan sebahagian dari entrinya. Menegur
apa yang patut dan tidak patut dalam berblog. Yaa… aku tahu mungkin ia untuk
kebaikan mereka tapi entahlah pandangan masing-masing. Yaa… aku annoying dengan
caranya. Bagi aku biarkan je lah, cara memassing.
So… jangan pertikaikan. Mereka tidak
pertikaikan cara kau so jangan pertikaikan. Mungkin mereka pun tidak mengemari
cara kau berblog. Ah… manusia bermacam-macam ragam.
p/s- aku tahu buatkan diri aku tersenyum
tanpa meminta seseorang
buatkan aku tersenyum.
Hobi aku, dengar lagu.



6 comments:
alah,betol.=)
masing2 punye cara tersendiri,terima adanya cara orang lain k.
komen itu,komen ini,itu x perlu dalam idop.=)
masuk otak jugalah benda ni sedikit sebanyak... mempertikaikan tu bagi akaklah..
kena berpada-pada. ada sesetengah kes kenalah di luahkan.. jgn pendam karang meletus mcm volcino hehe..
sestngh org bleh terima kritikan.. n some r not.
memang cara kita berfikir selalu berbeza.. dan tujuan kita berblog pun tak sama..
tapi adakalany baik juga ada org pertikaikan cara kita.. kita sentiasa anggap cara kita betul hinggalah ada org yg mengatakan sebaliknya- it for improvement.
Tapi kalau yg main kutuk-kutuk tu tak baiklah! tegur cara baik kalau berani.. jgn kutuk belakang ye tak?
ops! pjg suda..
mmg kite sume tak sama
cre mencintai juga xsme kan
Entry yang sangat sangat sangat matang :)
tapi jangan terlalu memencilkan diri yerrrrrrrr . Nanti susah nak hidup dekat tempat orang .
oh aku pernah kongsikan rasa sebegini di blog aku dulu. tiap dari kita ini memang punya sisi hidup yang pastinya berbeza dengan orang lain. seharusnya kita perlu tahu cara untuk hormati tiap dari kita kan. chill kawan. mari bersenyum-senyum. ;)
Layyinur Harir: yaa... ia tidak perlu dalam hidup kan.. =)
Nong Andy:yup.. perlu berpada-pada.. masing2 ada pendapat masing.. =)
tapi kadang2 aku rasa better cermin diri dulu sebelum kita pertikaikan seseorang itu..
mungkin ada kebaikan di sebalik itu.. =)
Iffah Afeefah: yup.. cara mencintai kita juga lain.. eh apa kaitan dengan cinta?..=P
wawa meiko: yaa... terima kasih. terima kasih dia tas nasihat..=)
hanaahmad:yaa.. betul itu. sila hormat cara masing-masing..=)
Post a Comment