Monday, January 23, 2012

3 tahun~kisah 9~

kisah sebelum ini di sini


Kau kenapa, Ain?” tanya Ana pabila melihatkan Ain yang dari tadi kelihatan gelisah. Ain memandang Ana dengan perasaan yang berbagai. Ah… mana mungkin harus dirahsiakan dari Ana. Yaa… hanya Ana yang tahu tentang kisah hidupnya, dari kisah keluarganya sehinggalah kisah Fikri. Dia lebih senang membicarakan masalahnya pada Ana. Yaa… Ana tahu tentangnya sepertimana Ain tahu tentang kisah Ana. Antara mereka berdua tiada rahsia. Ana dan Ain bukan belajar di U yang sama. Tapi disebabkan mereka berkawan baik sejak dari zaman matrikulasi lagi, menjadikan hubungan mereka rapat sehingga ke hari ini.

gelisah
 Ana tahu tentang Adam. Ah… Ain belum membincangkan dengan Ana tentang kejadian hari itu, kejadian seminggu yang lepas, kejadian dia berjumpa dengan Fikri. Kejadian di mana Adam tetiba muncul. Ana ada bertanyakan, tapi dia malas mahu bercerita tentang itu. Dan Ana biarkan Ain dengan harapan Ain akan menceritakan kepadanya.

Ain membetulkan kedudukannya sambil memandang Ana. Ana memandang Ain yang kelihatan mahu menangis. “ Emak aku call tadi. Dia cakap dia dah terima pinangan orang untuk aku,” Ain berkata dengan suara yang tenang tapi dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu. Ana memandang Ain dengan rasa terkejut. Ana terdiam. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakannya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. “Biar betul?” Ana meminta kepastian. “Habis bagaimana dengan Adam?” Ana terfikir bagaimana dengan Adam. Adam yang punya perasaan pada Ain semenjak dari sem 1 di U. Yaa… Ana tahu tentang perasaan Adam pada Ain. Ain menceritakan padanya masa sem akhir mereka.

Ain mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa yang akan terjadi. Mungkin dia tidak mahu ambil tahu apa yang akan terjadi. Yaa… Adam. Dia terfikir juga. 3 tahun dia menanti janji Adam. Ah… rasa sekarang seperti semuanya sia-sia sahaja. Betullah, kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan. Di saat itu, mahu saja dia menelefon Adam, memberitahu hal itu. Tapi Ain tidak tahu nombor Adam. Adam dah bertukar nombor. Ain tahu dia boleh meminta dari Kamal tapi Ain ego untuk bertindak sedemikian. Fikirannya ligat berputar mengingatkan insiden pagi tadi.


mungkin Ain harus terima takdirnya
bukan dengan Adam.
Ain menjawab telefonnya selepas 10 saat berbunyi. “Assalamualaikum,?” satu suara perempuan kedengaran di hujung talian. “Waalaikumussalam,” Ain menjawab. “Nie mesti baru bangun tidur ni,” Ibunya berkata. “Eh, mana ada mak. Baru lepas jemur kain tadi. Telefon kat dalam bilik, tu yang lambat angkat, hehe,” Ain memberi alasan walaupun sebenarnya dia baru lepas mandi setelah bangun dari tidur yang disambung yang dilakukan setelah selesai menjemur kain di ampaian. “ Yeela…,”Ibunya menjawab pendek. “Kenapa mak? Rindu eh?” Ain mengusik ibunya. “Rindulah jugak. Nak tanya khabar, sihat ke tidak, dah makan ke belum. Lama kamu tak telefon mak,” Ibunya berkata dengan nada merajuk. “Ala… bukan macam  tu, bulan ni sibuk sikit. Tu yang tak sempat nak telefon. Balik kerja pun terus tidur. Takpe hujung bulan ni Ain balik la,”Ain memujuk ibunya. Dan mereka berborak sehinggalah ibunya kembali bertanya, “Haa… mak lupa nak tanya, kamu dah ada calon ke?” Ain keliru dengan soalan ibunya.

Calon apa?” Ain bertanya. “Aii… calon nak buat menantu mak lah,” Ibunya menjawab dengan selamba. Ain gelak kecil sebelum berkata, “ Haish… mana ada lagi. Mak kan tahu mana ada orang nak anak mak yang tak cantik ni.”Haish… kamu yang cerewet. Sibuk dengan kerja, mana ada masa nak cari,” Ibunya berkata. “Alaa… dah benda betul. Nanti adalah tu jodohnya,” Ain memberi alasan. “Kalau mak nak tolong carikan, boleh jugak,” Ain mengusik ibunya.

tetiba bertunang tanpa menghadiri
majlis pertunangan itu.
Haa… ni yang mak nak cakap, mak dah terima pinangan untuk kamu,”Ibunya menjawab lagi. “Hah? Mak biar betul. Tak baik tipu, berdosa,” Ain berkata dengan  gurauan,. “Aiii… tipu apa lak. Mak cakap benda yang betul. 2 hari lepas, ada orang datang merisik kamu. Mak tengok baik je orangnya. Keluarga pun dari orang baik,” Ibunya berkata. “Err… mak ni biar betul. Tak nak la percaya,” Ain cuba untuk tidak percayakan kata-kata ibunya. 


Masalahnya kamu kena percaya. Dia cakap dia kenal kamu masa zaman U lagi. Mak tengok orangnya hensem jugak. Tinggi. Cakap sopan-santun. Abah kamu pun berkenan. Mak cik-mak cik lamu lagi la berkenan,” ibunya menjawab panjang lebar. “Mak ni, kok ye pun, tanyalah Ain dulu,” Ain mengeluarkan rasa tidak puas hati tidak diajak berbincang dengan perkara-perkara sebegitu. “Mak nak tanya jugak kamu, tapi budak lelaki tu cakap, tak payah. Dia cakap kamu akan ok,”ibunya memberi alasan.

Ah… lelaki sengal mana yang pandai-pandai membuat keputusan ke atas dirinya. Mahu saja dia mencari lelaki itu. “Hurm… siapa namanya?” Ain bertanya dengan nada merajuk. Otaknya ligat memikirkan kawan-kawan lelaki di zaman U. Ah… tak ada lah ramai sangat. “Dia cakap nama dia Fahmi. Asal mana entah, mak dah lupa. Tapi hensem dan baik,” Ibunya masih memuji lelaki itu. Ain merasa jengkel dengan hal itu. Kalau hensem dan baik tapi kalau Ain tak suka memang takkan diterima lelaki itu. Dan tetiba otaknya ligat memikir kawan lelaki yang bernama Fahmi. Ah… tak mungkin Fahmi itu. Fahmi yang Ain tak suka teramat. Bukan disebabkan dia jahat apa ke. Cuma Ain memang tidak suka dari mula mereka berkenalan. Yaa… Fahmi itu ada juga rupa tapi Ain tidak suka kepadanya. Ditambah lagi Fahmi itu perasan bagus. Sikap yang Ain tidak senangi. Takkanlah Fahmi itu. Ah… Ain sudah pasti mesti Fahmi itu. Argh… tidak mungkin.

takdir Ain bukan dengan Adam?
Ah… tak mungkin Fahmi tu,” Ain berkata dengan nada merajuk kepada ibunya. “Kenapa? Kamu dah ingat Fahmi itu?” ibunya bertanya. “Alaa… takkan Fahmi itu. Mak  ni. Ain tak nak. Walau macam mana sekali pun, AIn tak nak. Biar Ain cari sendiri je la,” Ain merajuk. “Aik, tadi nak suruh mak cari. Nie nak cari sendiri lak. Mana satu yang betul kamu ni?” ibunya bersoal kembali. “Takkan mak nak tolak balik. Mak dah terima. Mana boleh tarik balik. Cincin pun mereka dah bagi,” ibunya kembali berkata. “Tapi mak…” Ain tidak sempat menghabiskan kata-katanya.

Ke kamu dah ada orang? Kenapa tak bagitahu awal-awal?” Ibunya kembali menyoal anak gadisnya. Ain terdiam. Takkan nak beritahu ibunya tentang Adam. Tentang janji Adam. Ah… Adam pun belum beri kata putus lagi. Antara dia dengan Adam masih berkawan buat masa sekarang. Takkan dia nak terhegeh-hegeh bertanyakan Adam tentang itu. Yaa… Adam telah memberi kepastian yang janji 3 tahun lepas masih ada. Tapi, Ah… dia tak nak dikatakan perigi mencari timba lagi. “Tak ada,” Ain menipu ibunya sedangkan hatinya hanya menyebut Adam saja

sometimes we just plan it
Kalau macam tu, bagusla,” Ibunya berkata. “Tak apa, kenal dulu. Dia cakap 6 bulan cukup  untuk kamu kenal dia,” ibunya menambah lagi. “6 bulan apa?” AIn kembali bertanya. Dia tidak faham bahagian itu. “6 bulan kamu bertunang sebelum kahwin,”ibunya menjawab dengan nada selamba. “Mak ni biar betul? Tak boleh ke tarik balik?” Ain masih berunding dengan ibunya. “ISh kamu ni, mana boleh. Mereka dah bagi cincin. Lagipun mak tengok budak Fahmi tu baik je. Tak apa, kenal dulu. 6 bulan tu lebih dari cukup,” Ibunya masih muktamad dengan keputusannya. "6 bulan mana cukup. Mak ni, sekurang-kurangnya 1 tahun ke, 2 tahun ke," Ain membantah. "Haish kamu ni, 6 bulan tu dah cukup. Lagipun dia cakap kamu dah kenal dia. Tak payah lama-lama. Bertunang lama-lama ni tak elok.  Umi nya pun dah bersetuju," ibunya berkata.

Mak ni, entah-entah luaran je baik. Depan mak je baik. Orang zaman sekarang mana boleh percaya,” Ain masih tidak mahu mengalah. “Kamu ni, tak baik cakap macam tu. Kenal dulu,” ibunya menegur. “Macam mana nak hubungi dia?” Ain menukar topic. Dalam hatinya, Sejurus mendapat nombor lelaki itu, akan ditelefonnya dan meminta dia memutuskan pertunangan yang tidak rasmi itu. “Mak lupa nak mintak nombor dia. Mak cuma ada nombor Umi dia je.Tak pe, mak dah bagi nombor kamu kat dia,” Ibunya menjawab.


Ain tidak mahu terima kenyataan
“Ah… mak ni,” Ain berkata sambil mengusutkan rambutnya. Macam mana dia mahu meminta pertunangan itu diputuskan kalau tiada nombor lelaki itu. Rumitnya. “Ala… nanti dia cakap dia akan hubungi kamu,” Ibunya berkata. “Kamu cakap nak balik kan? Nantilah kita bincang lagi hal ni dengan mak cik-mak cik kamu,”Ibunya berkata lagi setelah Ain tidak berkata apa-apa. “Hurm..” Ain menjawab pendek. “Ingat tu, kamu sekarang dah jadi tunang orang. Jaga perilaku tu. Mak tahu kamu pandai jaga diri. Tapi ingat-ingat la sikit,” Ibunya memberi nasihat. Dan panggilan ditamatkan setelah pujuk rayu Ain sekali lagi tidak berhasil. Ibunya memberitahu akan membincangkan lagi hal itu kemudian.

Ain?” Ana bersuara kembali setelah melihat Ain mendiamkan diri. “Aku tak tahu la Ana. Kepala otak memang dah berserabut”. Ain menceritakan semuanya pada Ana tentang panggilan dari ibunya pagi tadi. Ain tidak tahu apakah harus dilakukannya. Harus atau tidak diberitahu Adam tentang itu. Ah… 3 tahun itu berlalu dengan sia-sia. “Mungkin harus bincangkan dengan Adam?” Ana memberi cadangan. Ain memandang Ana sambil berkata, “Tak payah la. Aku ikhtiarkan sendiri. Kau jangan bagitahu dia. Tolong,” Ain berkata kepada Ana. Ana terdiam. Ain seperti tahu-tahu dia mungkin akan hubungi Adam untuk beritahu tentang itu. “Baiklah, kalau kau cakap macam tu. Aku janji takkan beritahu Adam,” Ana memberi janji.


everything happens for reasons
Rumitnya,” Ain berkata. Ana hanya tersenyum. “Everything happens for reasons,” Ana berkata. Ain tersenyum mendengar ayat Ana. Tak apalah, dia menanti Fahmi, tunang tak rasminya menghubunginya. Banyak gila perkara yang harus dibincangkan dengan Fahmi itu. Dan yang pertama sekali dia nak Fahmi tahu, tentang Adam. Dia masih berpegang dan mengharap dengan janji Adam 3 tahun yang lepas.

14 comments:

  1. alamak........

    Adam.. tulah ko lambat! hehe..

    ReplyDelete
  2. alamak........

    Adam.. tulah ko lambat! hehe..

    ReplyDelete
  3. Nong Andy: ahahaha.. tue la. Lambat sangat.. takpe masih ada peluang lagi.. mungkin? =)

    ReplyDelete
  4. orang baru sudah muncul..fahmi or adam yang dia pilih ?

    ReplyDelete
  5. oh man!! penyelamat penyelamat..

    pleasee

    ReplyDelete
  6. oh man!! penyelamat penyelamat..

    pleasee

    ReplyDelete
  7. fahmi tak perlu amik masa selama 6 bulan rasanya untuk kenal ain,sebab selama dari U lagi dia dah cukup kenal ain.melihat dalam senyap.belajar mengenali dalam diam.kalau mungkin ada sesuatu yang dia rasa tak bagus tentang ain,dah tentu dia takkan teruskan hajatnya.

    ain masih berada dalam dunia kelabu agaknya.terikat dengan janji2 adam 3 tahun yg lepas..3 tahun yg lepas?apa yg dibuatnya selama 3 tahun tuh utk realisasikan janji tuh?percuma..

    ReplyDelete
  8. fahmi tak perlu amik masa selama 6 bulan rasanya untuk kenal ain,sebab selama dari U lagi dia dah cukup kenal ain.melihat dalam senyap.belajar mengenali dalam diam.kalau mungkin ada sesuatu yang dia rasa tak bagus tentang ain,dah tentu dia takkan teruskan hajatnya.

    ain masih berada dalam dunia kelabu agaknya.terikat dengan janji2 adam 3 tahun yg lepas..3 tahun yg lepas?apa yg dibuatnya selama 3 tahun tuh utk realisasikan janji tuh?percuma..

    ReplyDelete
  9. Nama Adam sebenar ialah adam Fahmi ehehehehehe.. jadi dia tunang Ain!

    memandai kan? :p

    ReplyDelete
  10. Nama Adam sebenar ialah adam Fahmi ehehehehehe.. jadi dia tunang Ain!

    memandai kan? :p

    ReplyDelete
  11. alaaa tak nk faahmi

    kot2 nme adam tu adam fahmi kan

    erk

    ReplyDelete
  12. alaaa tak nk faahmi

    kot2 nme adam tu adam fahmi kan

    erk

    ReplyDelete
  13. kim heerul--- ahaa... sila nantikan cerita seterusnya.. huhu.=)

    *****
    si ngok ngek--- akan tiba suatu hari nanti..=)

    *****
    ghost writer--- errr... bukan ke orang biasanya bertunang selama 6 bulan?

    entah... sila tunggu cerita seterusnya..=)

    ****
    Nong Andy--- heee... tak leh nak bagitahu sangat.. huhu. tunggulah ye..=)

    ****
    Iffah Afeefah---- erk.. sila tunggu kisah yang seterusnya..=)

    ReplyDelete
  14. kim heerul--- ahaa... sila nantikan cerita seterusnya.. huhu.=)

    *****
    si ngok ngek--- akan tiba suatu hari nanti..=)

    *****
    ghost writer--- errr... bukan ke orang biasanya bertunang selama 6 bulan?

    entah... sila tunggu cerita seterusnya..=)

    ****
    Nong Andy--- heee... tak leh nak bagitahu sangat.. huhu. tunggulah ye..=)

    ****
    Iffah Afeefah---- erk.. sila tunggu kisah yang seterusnya..=)

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.