“Kau
kenapa, Ain?” tanya Ana pabila melihatkan Ain yang dari tadi kelihatan gelisah.
Ain memandang Ana dengan perasaan yang berbagai. Ah… mana mungkin harus
dirahsiakan dari Ana. Yaa… hanya Ana yang tahu tentang kisah hidupnya, dari
kisah keluarganya sehinggalah kisah Fikri. Dia lebih senang membicarakan
masalahnya pada Ana. Yaa… Ana tahu tentangnya sepertimana Ain tahu tentang
kisah Ana. Antara mereka berdua tiada rahsia. Ana dan Ain bukan belajar di U
yang sama. Tapi disebabkan mereka berkawan baik sejak dari zaman matrikulasi
lagi, menjadikan hubungan mereka rapat sehingga ke hari ini.
![]() |
| gelisah |
Ana tahu tentang Adam. Ah… Ain belum
membincangkan dengan Ana tentang kejadian hari itu, kejadian seminggu yang
lepas, kejadian dia berjumpa dengan Fikri. Kejadian di mana Adam tetiba muncul.
Ana ada bertanyakan, tapi dia malas mahu bercerita tentang itu. Dan Ana biarkan
Ain dengan harapan Ain akan menceritakan kepadanya.
Ain
membetulkan kedudukannya sambil memandang Ana. Ana memandang Ain yang kelihatan
mahu menangis. “ Emak
aku call tadi. Dia cakap dia dah terima pinangan orang untuk aku,” Ain berkata dengan suara
yang tenang tapi dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu. Ana memandang Ain
dengan rasa terkejut. Ana terdiam. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakannya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. “Biar betul?” Ana meminta kepastian. “Habis bagaimana dengan Adam?” Ana terfikir bagaimana dengan Adam.
Adam yang punya perasaan pada Ain semenjak dari sem 1 di U. Yaa… Ana tahu
tentang perasaan Adam pada Ain. Ain menceritakan padanya masa sem akhir mereka.
Ain
mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa yang akan terjadi. Mungkin dia tidak mahu
ambil tahu apa yang akan terjadi. Yaa… Adam. Dia terfikir juga. 3 tahun dia
menanti janji Adam. Ah… rasa sekarang seperti semuanya sia-sia sahaja.
Betullah, kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan. Di saat itu, mahu saja dia
menelefon Adam, memberitahu hal itu. Tapi Ain tidak tahu nombor Adam. Adam dah
bertukar nombor. Ain tahu dia boleh meminta dari Kamal tapi Ain ego untuk
bertindak sedemikian. Fikirannya ligat berputar mengingatkan insiden pagi tadi.
Ain
menjawab telefonnya selepas 10 saat berbunyi. “Assalamualaikum,?” satu suara perempuan kedengaran di
hujung talian. “Waalaikumussalam,” Ain menjawab. “Nie mesti baru bangun tidur ni,” Ibunya berkata. “Eh,
mana ada mak. Baru lepas jemur kain tadi. Telefon kat dalam bilik, tu yang
lambat angkat, hehe,” Ain memberi alasan walaupun sebenarnya dia baru lepas
mandi setelah bangun dari tidur yang disambung yang dilakukan setelah selesai menjemur kain di ampaian. “
Yeela…,”Ibunya menjawab pendek. “Kenapa mak? Rindu eh?” Ain mengusik ibunya.
“Rindulah jugak. Nak tanya khabar, sihat ke tidak, dah makan ke belum. Lama
kamu tak telefon mak,” Ibunya berkata dengan nada merajuk. “Ala… bukan macam tu, bulan ni sibuk sikit. Tu yang tak sempat
nak telefon. Balik kerja pun terus tidur. Takpe hujung bulan ni Ain balik la,”
Ain memujuk ibunya. Dan mereka berborak sehinggalah ibunya kembali bertanya,
“Haa… mak lupa nak tanya, kamu dah ada calon ke?” Ain keliru dengan soalan
ibunya.
“Calon
apa?” Ain bertanya. “Aii… calon nak buat menantu mak lah,” Ibunya menjawab
dengan selamba. Ain gelak kecil sebelum berkata, “ Haish… mana ada lagi. Mak
kan tahu mana ada orang nak anak mak yang tak cantik ni.” “ Haish… kamu yang cerewet.
Sibuk dengan kerja, mana ada masa nak cari,” Ibunya berkata. “Alaa… dah benda
betul. Nanti adalah tu jodohnya,” Ain memberi alasan. “Kalau mak nak tolong
carikan, boleh jugak,” Ain mengusik ibunya.
“Haa…
ni yang mak nak cakap, mak dah terima pinangan untuk kamu,”Ibunya menjawab
lagi. “Hah? Mak biar betul. Tak baik tipu, berdosa,” Ain berkata dengan gurauan,. “Aiii… tipu apa lak. Mak cakap
benda yang betul. 2 hari lepas, ada orang datang merisik kamu. Mak tengok baik
je orangnya. Keluarga pun dari orang baik,” Ibunya berkata. “Err… mak ni biar
betul. Tak nak la percaya,” Ain cuba untuk tidak percayakan kata-kata ibunya.
“Masalahnya kamu kena percaya. Dia cakap dia kenal kamu masa zaman U lagi. Mak tengok orangnya hensem jugak. Tinggi. Cakap sopan-santun. Abah kamu pun berkenan. Mak cik-mak cik lamu lagi la berkenan,” ibunya menjawab panjang lebar. “Mak ni, kok ye pun, tanyalah Ain dulu,” Ain mengeluarkan rasa tidak puas hati tidak diajak berbincang dengan perkara-perkara sebegitu. “Mak nak tanya jugak kamu, tapi budak lelaki tu cakap, tak payah. Dia cakap kamu akan ok,”ibunya memberi alasan.
“Masalahnya kamu kena percaya. Dia cakap dia kenal kamu masa zaman U lagi. Mak tengok orangnya hensem jugak. Tinggi. Cakap sopan-santun. Abah kamu pun berkenan. Mak cik-mak cik lamu lagi la berkenan,” ibunya menjawab panjang lebar. “Mak ni, kok ye pun, tanyalah Ain dulu,” Ain mengeluarkan rasa tidak puas hati tidak diajak berbincang dengan perkara-perkara sebegitu. “Mak nak tanya jugak kamu, tapi budak lelaki tu cakap, tak payah. Dia cakap kamu akan ok,”ibunya memberi alasan.
Ah…
lelaki sengal mana yang pandai-pandai membuat keputusan ke atas dirinya. Mahu
saja dia mencari lelaki itu. “Hurm… siapa namanya?” Ain bertanya dengan nada
merajuk. Otaknya ligat memikirkan kawan-kawan lelaki di zaman U. Ah… tak ada
lah ramai sangat. “Dia cakap nama dia Fahmi. Asal mana entah, mak dah lupa.
Tapi hensem dan baik,” Ibunya masih memuji lelaki itu. Ain merasa jengkel
dengan hal itu. Kalau hensem dan baik tapi kalau Ain tak suka memang takkan
diterima lelaki itu. Dan tetiba otaknya ligat memikir kawan lelaki yang bernama
Fahmi. Ah… tak mungkin Fahmi itu. Fahmi yang Ain tak suka teramat. Bukan
disebabkan dia jahat apa ke. Cuma Ain memang tidak suka dari mula mereka
berkenalan. Yaa… Fahmi itu ada juga rupa tapi Ain tidak suka kepadanya. Ditambah
lagi Fahmi itu perasan bagus. Sikap yang Ain tidak senangi. Takkanlah Fahmi
itu. Ah… Ain sudah pasti mesti Fahmi itu. Argh… tidak mungkin.
“Ah…
tak mungkin Fahmi tu,” Ain berkata dengan nada merajuk kepada ibunya. “Kenapa?
Kamu dah ingat Fahmi itu?” ibunya bertanya. “Alaa… takkan Fahmi itu. Mak ni. Ain tak nak. Walau macam mana sekali pun,
AIn tak nak. Biar Ain cari sendiri je la,” Ain merajuk. “Aik, tadi nak suruh
mak cari. Nie nak cari sendiri lak. Mana satu yang betul kamu ni?” ibunya
bersoal kembali. “Takkan mak nak tolak balik. Mak dah terima. Mana boleh tarik
balik. Cincin pun mereka dah bagi,” ibunya kembali berkata. “Tapi mak…” Ain
tidak sempat menghabiskan kata-katanya.
“Ke
kamu dah ada orang? Kenapa tak bagitahu awal-awal?” Ibunya kembali menyoal anak
gadisnya. Ain terdiam. Takkan nak beritahu ibunya tentang Adam. Tentang janji
Adam. Ah… Adam pun belum beri kata putus lagi. Antara dia dengan Adam masih berkawan
buat masa sekarang. Takkan dia nak terhegeh-hegeh bertanyakan Adam tentang itu.
Yaa… Adam telah memberi kepastian yang janji 3 tahun lepas masih ada. Tapi, Ah… dia
tak nak dikatakan perigi mencari timba lagi. “Tak ada,” Ain menipu ibunya
sedangkan hatinya hanya menyebut Adam saja
“Kalau
macam tu, bagusla,” Ibunya berkata. “Tak apa, kenal dulu. Dia cakap 6 bulan
cukup untuk kamu kenal dia,” ibunya
menambah lagi. “6 bulan apa?” AIn kembali bertanya. Dia tidak faham bahagian
itu. “6 bulan kamu bertunang sebelum kahwin,”ibunya menjawab dengan nada
selamba. “Mak ni biar betul? Tak boleh ke tarik balik?” Ain masih berunding
dengan ibunya. “ISh kamu ni, mana boleh. Mereka dah bagi cincin. Lagipun mak
tengok budak Fahmi tu baik je. Tak apa, kenal dulu. 6 bulan tu lebih dari
cukup,” Ibunya masih muktamad dengan keputusannya. "6 bulan mana cukup. Mak ni, sekurang-kurangnya 1 tahun ke, 2 tahun ke," Ain membantah. "Haish kamu ni, 6 bulan tu dah cukup. Lagipun dia cakap kamu dah kenal dia. Tak payah lama-lama. Bertunang lama-lama ni tak elok. Umi nya pun dah bersetuju," ibunya berkata.
“Mak
ni, entah-entah luaran je baik. Depan mak je baik. Orang zaman sekarang mana
boleh percaya,” Ain masih tidak mahu mengalah. “Kamu ni, tak baik cakap macam
tu. Kenal dulu,” ibunya menegur. “Macam mana nak hubungi dia?” Ain menukar
topic. Dalam hatinya, Sejurus mendapat nombor lelaki itu, akan ditelefonnya dan
meminta dia memutuskan pertunangan yang tidak rasmi itu. “Mak lupa nak mintak
nombor dia. Mak cuma ada nombor Umi dia je.Tak pe, mak dah bagi nombor kamu kat
dia,” Ibunya menjawab.
“Ah…
mak ni,” Ain berkata sambil mengusutkan rambutnya. Macam mana dia mahu meminta
pertunangan itu diputuskan kalau tiada nombor lelaki itu. Rumitnya. “Ala… nanti
dia cakap dia akan hubungi kamu,” Ibunya berkata. “Kamu cakap nak balik kan? Nantilah
kita bincang lagi hal ni dengan mak cik-mak cik kamu,”Ibunya berkata lagi
setelah Ain tidak berkata apa-apa. “Hurm..” Ain menjawab pendek. “Ingat tu,
kamu sekarang dah jadi tunang orang. Jaga perilaku tu. Mak tahu kamu pandai jaga
diri. Tapi ingat-ingat la sikit,” Ibunya memberi nasihat. Dan panggilan
ditamatkan setelah pujuk rayu Ain sekali lagi tidak berhasil. Ibunya
memberitahu akan membincangkan lagi hal itu kemudian.
“Ain?”
Ana bersuara kembali setelah melihat Ain mendiamkan diri. “Aku tak tahu la Ana.
Kepala otak memang dah berserabut”. Ain menceritakan semuanya pada Ana tentang
panggilan dari ibunya pagi tadi. Ain tidak tahu apakah harus dilakukannya.
Harus atau tidak diberitahu Adam tentang itu. Ah… 3 tahun itu berlalu dengan
sia-sia. “Mungkin harus bincangkan dengan Adam?” Ana memberi cadangan. Ain
memandang Ana sambil berkata, “Tak payah la. Aku ikhtiarkan sendiri. Kau jangan
bagitahu dia. Tolong,” Ain berkata kepada Ana. Ana terdiam. Ain seperti
tahu-tahu dia mungkin akan hubungi Adam untuk beritahu tentang itu. “Baiklah,
kalau kau cakap macam tu. Aku janji takkan beritahu Adam,” Ana memberi janji.
“Rumitnya,”
Ain berkata. Ana hanya tersenyum. “Everything happens for reasons,” Ana
berkata. Ain tersenyum mendengar ayat Ana. Tak apalah, dia menanti Fahmi,
tunang tak rasminya menghubunginya. Banyak gila perkara yang harus dibincangkan
dengan Fahmi itu. Dan yang pertama sekali dia nak Fahmi tahu, tentang Adam. Dia
masih berpegang dan mengharap dengan janji Adam 3 tahun yang lepas.







8 comments:
alamak........
Adam.. tulah ko lambat! hehe..
Nong Andy: ahahaha.. tue la. Lambat sangat.. takpe masih ada peluang lagi.. mungkin? =)
orang baru sudah muncul..fahmi or adam yang dia pilih ?
oh man!! penyelamat penyelamat..
pleasee
fahmi tak perlu amik masa selama 6 bulan rasanya untuk kenal ain,sebab selama dari U lagi dia dah cukup kenal ain.melihat dalam senyap.belajar mengenali dalam diam.kalau mungkin ada sesuatu yang dia rasa tak bagus tentang ain,dah tentu dia takkan teruskan hajatnya.
ain masih berada dalam dunia kelabu agaknya.terikat dengan janji2 adam 3 tahun yg lepas..3 tahun yg lepas?apa yg dibuatnya selama 3 tahun tuh utk realisasikan janji tuh?percuma..
Nama Adam sebenar ialah adam Fahmi ehehehehehe.. jadi dia tunang Ain!
memandai kan? :p
alaaa tak nk faahmi
kot2 nme adam tu adam fahmi kan
erk
kim heerul--- ahaa... sila nantikan cerita seterusnya.. huhu.=)
*****
si ngok ngek--- akan tiba suatu hari nanti..=)
*****
ghost writer--- errr... bukan ke orang biasanya bertunang selama 6 bulan?
entah... sila tunggu cerita seterusnya..=)
****
Nong Andy--- heee... tak leh nak bagitahu sangat.. huhu. tunggulah ye..=)
****
Iffah Afeefah---- erk.. sila tunggu kisah yang seterusnya..=)
Post a Comment