Adam hanya memandang gadis yang bertudung
putih di hadapannya. Membiarkan gadis itu bertenang selepas insiden tadi. Kalau
nak diikutkan hati Adam, mahu saja dia memarahi Ain. Tapi disebabkan Adam tahu,
Ain tidak boleh berfikir dengan tenang buat masa sekarang. Adam tahu Ain masih
terkejut dengan kehadirannya beberapa hari yang lepas. Dan nasib baik, Ana,
kawan baik Ain menghubunginya, menjelaskan apa yang Ain akan lakukan petang
itu. Ah… nasib baik dia activated balik facebook. 1 private message yang
diterima dari Ana 2 hari lepas, yang meminta nombor telefonnya untuk
memaklumkan sesuatu.
Yaa… Adam tahu Ana, kawan baik Ain yang paling rapat. Yang
tiada rahsia diantara mereka. Dan Adam pasti Ain telah menceritakan tentangnya
kepada Ana. Masakan tidak Ana sanggup menerima friend request dari Adam di
facebook beberapa tahun lepas. Dan dari Ana juga, banyak yang Adam tahu tentang
Ain.
Dan Ain hanya memandang Adam di hadapannya
dengan perasaan marah sambil memeluk tubuh. Rasa terkejut dengan tindakan Adam
tadi masih belum hilang. Ah, macam mana Adam tahu tentang itu. Mesti Ana yang
memberitahu Adam. Tiada lagi pihak lain yang tahu tentang rancangannya untuk
jumpa Fikri petang itu melainkan Ana. Kawan Ain yang paling baik. Yang tiada
rahsia diantara mereka. Minuman yang dipesan telah tiba. Minuman yang dipesan
oleh Adam. Ain hanya mendiamkan diri tika pelayan datang mengambil pesanan.
“Ain dah okey?” tanya Adam sejurus pelayan
beredar dari meja mereka. Ain menarik nafas sedalam-dalamnya. Adam tahu Ain
sedang menyusun kata-kata. Dengan senyuman sinis, Ain bersuara, “Sejak bila
guna nama ni? Asal tak guna ‘aku’, ‘kau’?” Ain bertanya dengan penuh kawalan.
Tak mahu melempiaskan kemarahannya di tempat awam. Ah… Adam tahu mengawal
situasi. Adam masih tersenyum. Adam tahu
Ain sedang mengawal kemarahannya. Pandai jugak tempat yang dipilihnya.
“Kalau Ain nak guna ‘aku’, ‘kau’ dengan
Adam, silakan. Tapi Adam takkan guna dengan Ain,” Adam memberi kata putus. Ain
hanya mendiamkan diri mendengar jawapan Adam. Ah… apa pulak rancangan Adam. Ain
keliru. “So, mari kita bercakap tentang hal tadi,” Adam kembali bersuara
setelah melihat Ain mendiamkan diri. Adam tahu Ain akan mengelak untuk
berbincang tentang hal tadi. Hal dia dengan Fikri. Tapi Adam tahu, di sudut
hati Ain, dia mahu berbincang dengan seseorang tentang itu. Mungkin dengan Ana.
Tapi Adam mahu Ain berbincang dengannya. Ain menghembus nafas sebelum
menghirup minuman sejuk di hadapannya.
“Nak cakap tentang apa?” Ain kembali
bersuara. Ain tidak tahu dari mana harus dimulakan. Dia tidak boleh berfikir
dengan tenang. “Mulakan je dari mana-mana. Kenapa nak jumpa Fikri lagi? AIn tak
tahu risikonya?” Adam berkata dengan penuh tenang sambil memberi senyuman
kepada Ain. Ain hanya memandang Adam sebelum berkata, “Aku
tak tahu. Aku tahu risikonya. It’s just aku rasa perlu selesaikannya,” Ain
mengambil keputusan menggunakan ‘aku’, ‘kau’ dengan Adam setelah berfikir sama
ada patut atau tidak membahasakan nama dengan Adam.
“Yaa… tapi at least, you should ask someone
accompany you. Memanglah bagus nak selesaikan semuanya but still bahaya,” Adam
menegur Ain. “ Aku tahu Fikri takkan berani buat apa-apa,” Ain menjawab pendek.
Adam memandang Ain. Dia tahu Ain ada ilmu pertahankan diri tapi kekuatan
seorang perempuan tak sama dengan kekuatan seorang lelaki. “Ah… biarkan je la.
Lagipun, aku dah cakap apa yang aku nak cakap dengan jantan tu. It’s over ok!”
Ain muktamad dengan ayatnya. Adam hanya tersenyum. Ain tahu apa yang dibuat
even pada permulaanya dia was-was. Salah satu sikap Ain yang Adam tahu.
“Ok, if you said so, but at least ajak
someone bila nak face dengan ex-boyfriend again. Ok?” Adam memberi cadangan.
Ain menahan rasa tersentap di dalam hatinya dengan ayat Adam. “Dah tu, nak ajak
siapa tadi? Ana? Ana ada hal tadi,” Ain memperlahankan suaranya ibarat sedang
merajuk. Adam memandang Ain dengan tersenyum. “Ajak Adam kan okey jugak?” Adam
berkata. Ain menunjukkan reaksi annoying. Adam tergelak kecil dengan kelakuan
Ain.
“Ah… whatever la. Tapi kau tak patut cakap
macam tu tadi,” Ain kembali bersuara tanpa mempendulikan gelak kecil Adam.
“Cakap apa? Yang Adam akan jadi seseorang dalam hidup AIn? Is that sentences
that you mean?” Adam bertanya. Adam tahu itu yang dimaksudkan oleh Ain. Tapi
dia buat-buat tidak mengerti. “ Yaa.. that what’s I mean,” Ain menjawab pendek.
“Asal lak? Benda yang betul kan?” Adam berkata dengan penuh senyuman. Ain
memandang Adam dengan renungan yang tajam. “ Well.. Adam takkan tarik balik
kata-kata tu. Adam bagitahu awal-awal,” Adam kembali berkata menghiraukan
renungan Ain yang tajam diiringi dengan sebuah senyuman. “Oh… please,” Ain
berkata sambil menghirup lagi minuman di hadapannya.
Dan tiba-tiba telefon Adam berbunyi.
“Hello,” Adam menjawab panggilan tersebut. “Adam dengan kawan ni, nanti Adam
call balik?” Adam berkata. Ain hanya memerhatikan Adam. “Yaaa… Adam
tahu, nanti kita bincang balik,” mata Adam memandang Ain. “Yaa… nanti bincang
la dengan umi. Okey, Waalaikumussalam,” Adam berkata sebelum menamatkan
panggilan. Dia memandang Ain yang sedang menghirup minuman.
“Wife eh?” Ain bertanya dengan penuh
senyuman. Even dalam hatinya Tuhan saja yang tahu. “Pergilah balik, kesian kat
dia sorang-sorang kat rumah,” Ain berkata lagi. Adam memandang Ain dengan
senyuman. Mahu saja dia gelak mendengar ayat Ain itu. “Wife apa pulak ni?” Adam
bertanya dengan rasa keliru. “Sejak bila Adam ada wife? As far as I know, I’m
gonna have a wife soon not already have,” Adam memberitahu perkara sebenar. Ain hanya tersenyum mendengar ayat Adam. Ah… Adam masih lagi mahu menipunya. Sudah terang lagi bersuluh.
“Eleh… yeela tu. Makan nasi minyak tak
ajak. Kahwin tak jemput,” Ain merajuk. Adam masih memandang AIn dengan muka
yang keliru. “Ah… dahlah tunjuk muka cam tu. Ingat aku tak tahu ke?” Ain
menambah lagi. “ So, apa yang Ain tahu?” Adam bertanya kepada Ain dengan sikunya diletakkan ke meja. Kedua belah tangannya dieratkan dan memandang Ain dengan penuh perhatian. “Yang kat
airport aku nampak tu? Tak yah la nak sorok. Takpe aku simpan je bila kau dah
ready nak cerita semua tu,” Ain menyembunyikan rasa gelora di hati. Di saat itu
Adam mengeluarkan gelak tawanya. Ain memandang Adam dengan rasa jengkel. “Uit…
agak-agak la nak gelak pun, orang tengah pandang kau kot,” Ain menegur Adam
selepas pasangan di meja hadapan mereka, memandang mereka.
Adam menarik nafas sebelum berkata, “
Okey.. okey,” kata Adam sambil memegang perutnya, menahan diri dari terus ketawa.
“So, Ain mengaku la yang kita pernah terserempak di airport? Asal tak tegur?
You know right, I look at you too,” Adam berkata sambil memandang Ain. Ah…
kantoi. Ain tidak tahu di mana harus disorokkan mukanya tika itu. Yaa.. dia
tahu itu Adam yang dia nampak di airport hari tu. “Ala… kau kan dengan wife
dengan anak kau. Macam sweet gila ah. Aku malas nak kacau daun. Besides, aku
takut aku salah orang je. Yeela… 3 tahun lepas kau cakap …” Ain tidak sempat
menghabiskan ayatnya bila dia menyedari ayat yang ingin diucapkannya.
![]() |
| malu |
“Dan perempuan yang Ain nampak dengan Adam
berserta budak perempuan yang kecil tu,
adalah kakak Adam dengan anak saudara Adam,” Adam berkata lagi. Ain yang
mendengar jawapan Adam hanya kembali memandang Adam dengan rasa terkejut. “Adam
tahu yang Ain akan cakap Adam tipu. Tapi tu yang sebenarnya.,” Adam menjelaskan
kepada Ain.
“Oh, okey,” Ain hanya mampu menyebut ayat
itu. “So, dah clear? Then boleh stop conclude yang Adam dah kahwin or conclude
Adam tak pegang pada janji. Janji 3 tahun yang lepas,” Adam kembali berkata.
Ain hanya mendiamkan diri. “Aku tak tahu nak cakap apa,” Ain kembali bersuara.
Dalam hatinya, ada 1 perasaan yang tidak diketahui sedang menghurunginya.
“Tak payah cakap apa-apa. Just Adam nak Ain tahu, Janji 3 tahun lepas masih ada. Adam masih pegang pada janji yang Adam
buat pada Ain. Dan tak ada apa-apa yang berubah selama 3 tahun itu. Adam masih
macam dulu. Itu Adam nak Ain tahu,” Adam mengeluarkan apa yang terbuku
dihatinya. Menunggu masa untuk bercakap tentang itu dengan Ain. Dan Ain hanya
terkedu mendengar ayat Adam. Yaa… tentang itu yang Ain mahu dengar dari Adam.
Selepas membayar harga minuman, Ain
menghulurkan duit kepada Adam. “Tak payah, anggap je Adam belanja Ain,” kata Adam dengan senyuman. Ain hanya terdiam sambil memasukkan kembali wangnya ke
dalam beg. “Nak Adam hantar?” Adam mempelawakan diri untuk menghantar Ain. “Eh…
tak apalah, kereta dekat ni je,” Ain menolak pelawaan Adam. “Okey, Adam teman Ain ke kereta,” Adam terus menghulurkan
pertolongan. “Eh… tak apa lah, boleh pergi sendiri. Dekat je pun,” Ain cuba
menolak sambil menunjuk arah keretanya
berada.
Adam terus bergerak sebelum berhenti dan
memandang Ain, “Jom lah,” Adam menghulurkan tangan. Ain hanya memandang Adam.
“Ain?” Adam kembali bertanya. “Adam gurau je la,” sambil memasukkan tangannya
ke dalam poket.
![]() |
| Ada 1 harapan baru dalam diri Ain. |
Ain mengucapkan terima kasih apabila mereka
tiba di keretanya. Adam hanya tersenyum sebelum berkata, “Jumpa lagi, awak. Kita akan jumpa lagi untuk bincang apa yang berlaku dalam 3 tahun tu.” Sejurus berkata ayat itu, Adam beredar. Ain hanya memandang
belakang Adam yang berlalu pergi. Dan ada 1 perasaan gembira di hati Adam dan
Ain.








5 comments:
bkn hati dorg je
hati aku turut gembire oke
menanti smbungannye
hehe.. kan dah ckp. memang dia sangka :)
Ifah Afeefah: hee... aku pun gembira juga.. huhu..
******
NOng Andy: memang pandai teka.. heheh..=)
alar excited betol lar janji 3 tahun,tak sabar dah nie..wehahaa
si ngok-ngek: heee... mekasih sebab sudi baca..=)
Post a Comment