Perjumpaan yang tidak dijangka pagi tadi benar-benar membuatkan Ain resah. Tidak boleh tidur. Kerja yang sepatutnya dilunaskan pada hari itu hanya dibiarkan sahaja. Berjanji pada diri akan melakukannya pada keesokan hari. Nadia, Su, Ana dan Farah, diajaknya Ain housematesnya keluar jalan-jalan petang itu. Namun hanya Nadia, Ana dan Farah yang turut serta. Su ke mana entah. "Awak kenapa?" Nadia bertanya kepada Ain bila melihat Ain masih di ruang tamu pada pukul 2 pagi. Ain tersentak dari lamunanya.
![]() |
| resah |
"Eh.. tak ada pape la. Tak boleh tidur,” Ain menipu Nadia. "Oh, kalau awak tak boleh tidur, biar saya buatkan susu panas untuk awak?" Nadia memberi cadangan. "Eh… tak apa la awak, saya baru je buat segelas Milo tadi,” kata Ain sambil menunjukkan segelas milo di atas meja di depan mereka. Nadia hanya tersenyum. "Awak masih fikir tentang hal hari tu ke?" Nadia bertanya mengenai pergaduhan Hazwan dan Ain pada hari itu. "Eh, taklah. Kitaorang dah berbaik. Salah faham je tu. Lagipun saya okey je,"Ain masih menipu Nadia. Menunjukkan dia tidak berkecil hati dengan ayat Hazwan pada hari itu. Yaa... perempuan mana yang tidak berkecil hati bila diberi ayat sekeras itu. Perempuan mana yang tidak berasa seperti mahu menangis bila dilemparkan ayat sebegitu. Walaupun Ain nampak cool, tapi hati dia, hanya Tuhan saja yang tahu. Sama seperti bila Adam memunculkan dirinya di hadapannya pada perjumpaan pagi tadi.
Dia banyak mendiamkan diri pagi tadi. Hanya menjawab soalan yang ditanya. Lidah dia kelu untuk berborak rancak dengan Adam. Beberapa kali Kamal mengusiknya. Dan seperti biasa, Adam akan menyebelahinya. Dia tidak berani pandang muka Adam walaupun sebenarnya wajah itu yang dia tunggu selama ni. Walaupun dia sebenarnya punya banyak soalan untuk ditanya pada Adam. Walaupun sebenarnya itu mungkin wajah yang dia rindu selama ni. Ah... mungkin dia hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Mungkin dia sahaja yang ada perasaan itu. Mungkin dia sahaja yang bodoh menunggu 3 tahun. Ah... alangkah bodohnya dia, percaya dengan kata-kata Adam 3 tahun yang lepas. Bodohkan dia?
![]() |
| ah bodohnya... |
Yaa... Ain pernah terserempak dengan Adam di lapangan terbang sewaktu menghantar Emma, kawan Sarawaknya ke airport. Seminggu sebelum Kamal memberitahu tentang kepulangan Adam. Yaa… Ain akhirnya pasti dengan siapa yang dia terserempak tika itu. Namun perkara itu dirahsiakan dari Kamal. Ain risau jika andaian dia salah. Melihat Adam mendukung seorang budak perempuan kecil yang comel sekitar usia 2 tahun dan ada seseorang perempuan cantik, berbaju blaus dan jeans dan bertudung putih berjalan di sisinya. Ah.. mungkin itu isteri dan anaknya. Dan entah bagaimana, Adam seolah-olah tahu Ain sedang memerhatikan gerak-gerinya dan mereka bertentang mata. Tapi tiada sebarang sapaan yang terkeluar dari mulut mereka. Dan selepas 10 saat bertentang mata, Ain melarikan pandangannya terhadap Adam selepas telefon bimbitnya mengeluarkan lagu. Ain terus mengankat panggilan tersebut dan terus beredar dari situ tanpa memikirkan apa yang Adam akan fikir.
Ah... Adam sudah berkahwin. Yaa... itu yang hati kecilnya menjerit pada dirinya. Mahu saja Ain menangis seusai balik dari perjumpaan yang tidak dijangka pagi tadi. Ah... lelaki. Tak pernah berpegang pada kata-katanya. Yaa... seribu penyesalan menghurungi dirinya. Betapa banyak luahan hati dari lelaki yang Ain telah tolak hanya disebabkan Adam. Dan entah... saat itu Ain merasakan dialah perempuan yang paling bodoh dalam dunia ni. Membiarkan hatinya dikecewakan lagi oleh lelaki.
![]() |
| Need to cry |
"Awak," Nadia memanggil Ain lagi apabila melihat air mata Ain jatuh. Sepanjang perkenalan dengan Ain, belum pernah dia melihat Ain menitiskan air mata. Walaupun Ain pernah alami hari yang suram, mood yang kosong, Nadia tidak pernah melihat Ain menitiskan air mata. Kadang-kadang Nadia yang mudah menitiskan air mata bila mengalami hari yang suram. Betapa dia mengagumi ketabahan Ain.
Ain tersentak dari berfikir. Air mata yang jatuh di pipinya cepat-cepat dilap. Ain kembali senyum memandang Nadia. "Awak kenapa? Kalau ada masalah, cerita la. Saya tolong mana yang patut," Nadia menghulurkan pertolongan. "Eh, takde pape la. Mungkin nak period, tu yang sensitive ni. Tak ada pape. Jangan risau. Saya okey je. Mungkin tambah dengan beban kerja kot. Awak faham-faham la, bulan ni, macam-macam kena fikir," Ain masih lagi merahsiakan perkara yang sebenar. Ah.. lagipun alasan yang diberi oleh Ain masih logik dek akal. Nadia hanya memandang Ain. Memikirkan ada betul jugak dengan jawapan yang diberi oleh Ain.
![]() |
| i will be ok just not today |
"Dahlah,jom masuk tidur. Kan esok terlambat bangun," Ain menyuruh Nadia masuk tidur sambil menguap. Memikirkan esok, mereka berlima akan keluar ke mana entah. Ain dan Farah hanya menjadi pemandu. Ini semua idea Su. Meminta mereka menyiapkan bekalan makanan untuk esok. Apa entah rancangannya. Ain mengharap hari esok akan lebih memberi ketenangan padanya.




oh.. macam tu. Mesti Ain salah sangka je. :)
ReplyDeleteoh.. mungkin...hehe. nantilah bila tahap dia dah jumpa Adam.. huhu
ReplyDeletesedih plak part ni
ReplyDeletesedih ke??? tak perasan pulak.. huhu.
ReplyDelete