“Awak sudi tak luangkan masa untuk nikmati
ice cream dengan saya?” Adam bertanya pada gadis di hadapannya. Gadis itu hanya
memandangnya dengan rasa terkeliru. Adam mengukir sebuah senyuman pada gadis
itu.
![]() |
| scene ini di sebuah library |
“Kau kenapa?” Gadis itu bersuara. Ain
memandang Adam dengan rasa terkeliru. Adam masih lagi tersenyum. “Haish, kau
ni. Aku baru nak buat scene romantic dengan kau,” Adam berkata sambil
meregangkan urat-urat tangannya. Ain mengemas buku-buku di hadapan mereka. “Geez…
tak payah. Kau simpan je scene romantic kau tu dengan awek kau or someone yang
bakal jadi awek kau,” Ain berkata tanpa memandang Adam. Asyik menaip sesuatu di
laptop Dellnya.
“Ala… awek? Apa kata dengan wife? At least
aku tahu wife aku nanti boleh spend lifenya dengan aku sampai ke akhir hayat
aku,”Adam berkata sambil masih memandang Ain. Mengharapkan Ain akan menerima
ajakannya. “Err… yeela. Kau buat la scene romantic kau dengan wife kau. Mesti
bertuah kan siapa yang jadi wife kau kan,” Ain berhenti menaip dan memandang
Adam di hadapannya. “Ha’ah… aku akan make sure she will be the most luckiest
person in the world,” Adam berkata dengan penuh senyuman. Ain hanya tersenyum.
![]() |
| jom makan ice cream. |
Ain tahu Adam seorang yang baik. Kawan
lelaki yang paling baik yang pernah dia kenal. “Untunglah dia,” Ain berkata
lagi. Kali ni dia sedang membelek buku di hadapannya. Adam tersenyum mendengar
ayat Ain. “So macam mana? Kau setuju tak nak pergi makan ice cream dengan aku?”
Adam kembali bertanya kepada Ain. Ain pandang Adam sebelum berkata, “La, kau
tanya aku ke? Ingat kan kau tanya budak perempuan kat sana tu,” AIn berkata
sambil menunjukkan seorang budak perempuan yang duduk tidak jauh dari mereka.
Dari tadi lagi Ain perasan budak perempuan itu asyik memandang ke arah sini, ke
tempat dia dan Adam. Mungkin suka melihat raut wajah Adam. Yaa… Ain akui Adam
punya satu rupa yang mana-mana perempuan akan berkali-kali pandang.
Adam berpaling ke kanan, memandang budak
perempuan yang dimaksudkan oleh Ain. Budak perempuan itu terus menundukkan
mukanya bila melihat Adam berpaling ke arahnya. Ain hanya tersenyum memandang
situasi itu. “Kau tahu dia dari tadi lagi duk usha kau. Start dari kita masuk
library. Mata dia tak berkelip pandang kau masa kau tengah usha buku,”Ain
berkata kepada Adam. Adam hanya tersenyum.
“Kau jeles eh?” Adam menyoal. “Aku? Untuk apa?
Aku fine je,” Ain berkata benar. Adam kecewa dengan jawapan Ain. Dia harap Ain
akan mengiyakannya tapi dia tahu Ain tak menipunya. “Hurm… so nak pergi makan
ice cream tak?” Adam bertanya untuk kali ketiga. “Asal kau tetiba ajak aku?”
Ain menyoal Adam kembali. “Tak adalah. Kau kan suka makan ice cream. Kan aku
janji dengan kau nak belanja kau makan ice cream bila assignment kita dah siap,”
Adam berkata dengan penuh dengan senyuman kepada Ain.
“Okey je. Tapi next time la. Aku ada lagi
assingment lain yang nak disiapkan ni,” Ain berkata sambil memandang Adam. “Oh,
okey je. Asalkan aku tunaikan janji aku nak belanja kau ice cream,” Adam
tersenyum. Ain turut tersenyum. “Kau tahu, aku tak kisah sangat kau nak belanja
aku ice cream. Kalau kau tak ingat pun, aku ok je,”Ain berkata. “Ish, mana
boleh. Aku dah janji. Seorang lelaki kena berpegang pada janjinya,”Adam
berkata. “Begitu juga dengan perempuan. Semua kena pegang pada janji,” AIn
menyampuk. Adam tersenyum.
“Boleh aku tanya sesuatu?” Adam pandang
Ain. “Tanya apa?” Ain menyoal kembali tanpa memandang Adam. Khusyuk membelek
buku di hadapannya. Assingment itu harus disiapkan pada hari ini juga. Kata hati
kecilnya. “Diantara keluarga, kawan dan boyfriend mana yang kau akan utamakan
dahulu?” Adam melontarkan soalan. Ain pandang Adam. Hairan dihulurkan soalan
sebegitu.
![]() |
| sweet. |
“Kalau kau tanya aku, yang first tentulah
family aku dan second kawan aku,”Ain memberi jawapan. “Boyfriend?” Adam
bertanya lagi. “Entah… mungkin yang ketiga atau lagi bawah dari itu. Kenapa?”
giliran Ain bertanya pada Adam. “Tak ada papelah. Saja tanya. Kalau macam tu,
aku nak jadi sebahagian dari keluarga kau lah,”Adam berkata sambil tersenyum. “Kau
nak usha kakak aku ke? Maaf la. Aku tak ada kakak. Aku ramai sepupu perempuan. Boleh
aku perkenalkan kalau kau nak,”Ain berkata. Adam hanya tersenyum. Dia tahu Ain
anak tunggal.
“Awak,” Nadia menegur. Kebelakangan ini Ain
asyik mengelamun. Ain pandang Nadia dan Ana yang baru tiba sambil membawakan
ice cream sundae McD kegemarannya. Ain tersenyum. Itu yang dia mampu lakukan.
Dia asyik teringatkan kisah-kisah dahulu tentang Adam. Saat dia luangkan masa
dengan Adam di library. Saat dia dan Adam dalam kelas. Saat dia dan Adam…. Ah semua
itu asyik diulangi oleh otaknya. Dia asyik teringatkan memori-memori yang
berlaku di zaman U.
“Yeay… ice cream dah datang,”Ain berkata
dengan penuh keriangan. Ana dan Nadia hanya tersenyum. “Kenapa awak suka ice
cream sangat eh?”Nadia bertanya. Ain memandang Nadia, kemudian dia pandang Ana..
“Entah… ice cream beri saya satu kebahagian,”Ain menjawab pendek. Ana tersenyum.
“Ke ada kisah di sebalik ice cream?” Nadia
menguji Ain. Ana tersenyum mendengar. “Eh, mana ada. Saya memang suka makan ice
cream sejak kecil lagi,” Ain berkata benar. “Oh, saya ingatkan ada kisah di
sebalik ice cream tu,” Nadia berkata. “Ada je kisah di sebalik ice cream itu,
kan Ain?” Ana bersuara. Dia tahu kisah di sebalik ice cream itu. Ain terdiam.
Ana tahu tentang kisah itu. Kisah dia dan Adam. Hanya Ana yang tahu tentang
kisah dia dan Adam. Hanya pada Ana sahaja Ain ceritakan tentang Adam.
![]() |
| maybe he's supposed there. in your heart in your mind. |
Ah… Ain teringatkan tentang Adam lagi.
Semenjak Kamal memberitahunya tentang kepulangan Adam. Hatinya tidak tenang.
Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dan salah satu cara tenangkan
hatinya ialah ice cream. Tapi ia membuatkan ia makin teringatkan tentang
kisah bersama Adam di waktu dahulu. Ah..
3 tahun itu hampir berlalu. Hampir menamatkan penantian 3 tahun itu.
p/s- aku taip kisah ni tika dengar lagu "You are my Spring-Sung Si Kyung".. hehe.
Untuk lebih menghayati kisah ni..=)





6 comments:
lagu korea ke? :)
ice cream memang sedap :) terutamanya ice cream vedablue
ah.. teringinnya!
Nong Andy: ha'ah.. lagu korea-OST secret garden.. hehe
ice cream memang best.. aku memang kaki makan ice cream.. hehe. harap jumpa future suami yang selalu belnja makan ice creamm..hehe
omg suke mkn aiskrim
bile cte sal adam tringt ex plak
errrr lariiii
makan ice-cream teringat adam.keh keh keh.
Iffah Afeefah: heheh.. lari lari.. =)
KIm heerul:=).. no komen la. haha
oh ye ke secret garden? aku ada dvd secret garden tak perasan pula hehehe.. aku ada suka lagu boy over flower tapi tak tau tajuk dia!
Post a Comment