Setibanya Ain di parking tempat kerjanya,
dia lihat seorang perempuan sedang bersandar di keretanya sambil memeluk tubuh.
Hari itu Ain pulang lewat. Lewat 1 jam dari biasa. Dan kawasan parking
lenggang. Mungkin sudah ramai yang pulang kerja. Gelagat perempuan itu yang
asyik memandang jam di pergelangan tangannya buatkan ia tidak menyedari
ketibaan Ain.
“Sarah,” Ain bersuara setelah yakin siapa
perempuan yang sedang menantinya. Sarah berdiri tegak. Dia memandang Ain.
Menarik nafas sedalam-dalamnya. Menahan rasa kebengangan di dada diatas
kelewatan Ain. Ah… bukan salah Ain pun. Dia yang membuat keputusan mahu
berjumpa dengan Ain sekali lagi. Mahu meluahkan rasa marah yang disimpan di
hati. Semuanya disebabkan Ain. Sudah 2 bulan lebih, Hazwan tidak
menghubunginya. Ditelefonnya Hazwan tapi tidak berjawab. Dihantar SMS tapi
tiada balasan. Yaa… Sarah tahu Hazwan mungkin sudah tahu tentang penipuannya.
“Apa yang kau buat kat sini?” Ain bertanya
setelah Sarah hanya mendiamkan diri. Ain rasa dia tahu tujuan Sarah berjumpa
dengannya sekali lagi. Mungkin mahu membicarakan tentang apa yang ditulis di
blognya. Yaa… Ain tahu mungkin tindakannya telah mendatangkan masalah kepada
Sarah tapi itu blognya bukan bukan blog Sarah dan dia hanya menggunakan haknya
sebagai pemilik blog tersebut.
“Datang jumpa kau,” Sarah berkata dengan
angkuh. Ain tersenyum sinis. “Kau datang jumpa aku? Untuk apa?” Ain menyoal
tujuan Sarah walaupun dia mungkin sudah tahu tujuan Sarah. “Hairan aku, bukan
ke kau yang cakap tak nak jumpa aku lagi?” Ain memulangkan balik kata-kata
Sarah pada hari itu.
Sarah menarik nafas sedalam-dalamnya.
Bengang dengan ayat Ain. Yaa… dia tahu dia pernah berkata sedemikian ketika dia
memutuskan persahabatan dengan Ain. “Boleh tak kau jangan nak tambah bara kat
hati aku ni?” Sarah berkata dengan nada marah. Ain pandang Sarah dengan reaksi
kosong. Malas mahu melayan Sarah. “Ok, fine,” Ain membalas pendek.
“Aku nak tanya, asal kau tulis macam tu?”
Sarah bertanya dengan rasa marah sedang melingkari di hatinya. Ain hanya
pandang Sarah dengan reaksi kosong lagi. “Tulis apa?” Ain buat-buat tidak
mengerti. Sarah semakin bengang. Ah… Ain nak berlagak tidak tahu dengannya.
“Oh, tolonglah. Berhenti berlakon. Kau tahu
apa yang aku maksudkan. Blog kau!” Sarah semakin meninggikan suaranya. “Kenapa
dengan blog aku?” Ain bertanya lagi. Masih lagi berlagak tidak mengetahui
apa-apa yang dimaksudkan oleh Sarah.
“Boleh tak kau jangan nak permainkan aku?”
Sarah sudah makin tidak sabar dengan sikap Ain yang berlagak bodoh. “Fine, if
that what you ask, Cik Sarah Huda,” Ain akhirnya mengikut rentak Sarah. Malas
mahu memanjangkan perbualan tersebut.
“Asal kau tulis macam tu? Kau tahu kau dah
rumitkan keadaan!” Sarah berkata. Segala-galanya harus diluahkan. Rasa amarah
pada Ain yang disimpan sejak entri yang ditulis di blognya pada hari itu.
“Tulis yang macam mana? Aku ada banyak benda yang aku tulis di blog. Aku tak
tahu yang mana dah buatkan kau berada dalam situasi rumit,” Ain berkata malas.
Dia pandang muka Sarah yang hampir tegang.
“Yang kau cakap kau dah bertunang,” Sarah
menjawab pendek. Ain tersenyum sinis. “So, betullah. Apa yang buat kau
rumitnya?” Ain berkata dengan nada tenang. Sarah terdiam. Ah… jadi betullah Ain
dah bertunang? Jadi Ain bukan dengan Hazwan. Hatinya kembali tenang seketika.
Selama ini dia sangkakan Ain telah merampas Hazwan darinya memandangkan Hazwan
tiada reaksi bila dia menghubungi Hazwan.
“Dengan siapa?” Sarah bertanya. “Itu bukan
urusan kau,” kata Ain dengan malas. Sarah tersentap. “So, apa sebenarnya yang
kau nak cakap?” kata Ain sambil berjalan ke pintu keretanya. Dia penat. Mahu
balik dan tidur awal malam itu. Adam sudah menghubunginya pada hari ini,
mengatakan dia akan outstation keesokan harinya.
“Aku… aku…” Sarah cuba menyusun ayat untuk
meluahkan rasa di hatinya. “Kau tahu Hazwan tak hubungi aku langsung selepas
kau tulis entri macam tu,” akhirnya Sarah menceritakan hal sebenar. Ain hanya
pandang Sarah. Dia pun sudah lama tidak bersua dengan Hazwan. Yang last dia
tahu tentang Hazwan dari Kamal ialah Hazwan ada urusan kerja di luar daerah.
“Apa kaitan dengan aku? Aku pun dah lama
tak jumpa Hazwan,” Ain berkata benar. Sarah terdiam lagi. Dia tidak tahu apa
yang harus dikatakannya. Mahu mempercayai atau tidak dengan ayat yang keluar
dari mulut Ain.
“Kau tipu kan?” Sarah memilih untuk tidak
mempercayai kata-kata Ain. “Suka hati kau la nak percaya ke tak. Aku cakap
betul pun kau cakap tipu. Aku cakap tipu lagilah kau tak percaya,” Ain berkata
malas sambil membuka pintu keretanya. Tiba-tiba Sarah menariknya. Ain terkejut
dengan tindakan Sarah. Sarah sudah gila. Desis hati Ain.
“Kau gila ke apa?” Ain berkata dengan nada
tinggi selepas terkejut dengan tindakan Sarah yang menarik lenganya secara
tiba-tiba. “Macam mana kau boleh relax lepas apa yang kau dah buat pada aku?”
Sarah bersuara tinggi. Boleh dibayangkan satu kawasan parking itu bergema
dengan suaranya. Ain menarik nafas sedalam-dalamnya. Ah… apa lagi yang Sarah
mahu. Sarah yang memutuskan persahabatan mereka bukan Ain. Ain Cuma melakukan
haknya sebagai pemilik blog. Mungkin Ain pentingkan diri sendiri. Tapi itu blog
Ain bukan blog Sarah dan Ain tidak pernah meminta Sarah menyamar sebagai Miss
Dark.
“Apa yang kau nak sebenarnya? Kalau Hazwan
tak contact kau, aku tak ada kaitan dengan apa yang terjadi antara kau dengan
dia,” Ain berkata dengan nada tegas. Sarah tersenyum sinis. “Kau cakap kau tak
ada kaitan dengan apa yang berlaku?” Sarah makin meninggikan suaranya. “Sebab
entri kau yang hari tu, dia ignore panggilan dari aku. Dia senyap. Kau tahu
tak!”
“Mungkin dia sibuk,” Ain cuba menenangkan
hati Sarah. “Sibuk?” Sarah berkata. Keadaannya sudah seperti orang yang tidak
waras. “Kau tak tahu ke yang Hazwan kena bekerja luar daerah untuk sementara
waktu?” Ain cuba memberitahu Sarah apa yang dia tahu tentang Hazwan. Sarah
terdiam. Dia teringatkan yang Hazwan pernah memberitahunya tentang dia terpaksa
bekerja di luar daerah untuk sementara waktu. Sarah pandang Ain yang sedang
memeluk tubuh.
“Whatever la. Tapi kalau Hazwan tinggalkan
aku, sampai mati pun aku takkan maafkan kau,” Sarah mengeluarkan ugutan. Tidak
mahu mengaku dia yang bersalah pada permulaanya.
Ain hanya tersenyum sinis. Dia tidak dapat
menahan sabar lagi. “Kau nak salahkan aku kalau Hazwan tinggalkan kau?” Ain
menyoal dengan rasa menyampah. Sarah hanya mengangguk sambil berkata, “Yup. Ni
semua salah kau. Kalau kau bagi aku blog tu, semua ni takkan terjadi,” Sarah
berkata dengan nada yang angkuh.
“Ohooo… so ni salah aku la from the
beginning? Kalau aku tak create blog tu, so tak adalah kisah kau jadi macam
ni?” Ain cuba lagi menahan rasa marahnya dari terkeluar. “Ah… pandai juga kau
berfikir. Betul. Kalau kau tak create blog tu,Hazwan takkan treat aku macam
ni,”Sarah menjawab kata Ain.
Ain tersenyum sinis. “Tapi tak ada sesiapa
pun yang mintak kau menyamar,” Ain tidak mahu mengalah. Sarah tersentap. Dia
panas hati dengan kata-kata Ain. “Kalau kau tak menyamar, benda ni takkan
terjadi. Kau yang beria-ia nak menyamar. Aku tak cakap apa-apa pun pada Hazwan.
Dan lagi pun, tu blog aku, bukan blog kau. So, aku ada hak atas apa yang aku
nak tulis dalam blog tu,”Ain berkata dengan nada sinis. Malas lagi mahu
bersabar dengan Sarah. Selama ini dia hanya mendiamkan diri bila tahu Sarah
menuduhnya. Mendiamkan diri bila Sarah menyamar menjadi dirinya semata-mata mahu
meraih cinta Hazwan.
Sarah mengigit bibirnya. Geram dengan ayat
Ain yang menempelak dirinya. “Kau memang takkan mengaku salah kan?” Sarah
berkata lagi. Tidak mahu mengalah. Cuba memikirkan cara untuk membidas balik
kata-kata Ain terhadap dirinya.
“Tak, aku takkan mengaku salah. Sebab tu
bukan salah aku,”Ain berkeras. Masih dengan keputusannya. “Kau nak cakap ni
salah aku?” Sarah bersuara tinggi. Hatinya dah makin panas dengan kata-kata
Ain.
“Yup,” Ain menjawab pendek. “Sebab kalau
kau tak menyamar, semua ni takkan terjadi. Tak ada sesiapa yang mintak kau
menyamar pun,” Ain menambah lagi. Mengulang balik apa yang dikatakan kepada
Sarah.
Sarah sudah hilang sabar. Tangannya
dinaikkan mahu menampar Ain tapi dihalang oleh satu tangan lelaki. Sarah
terkejut. Dia memandang lelaki yang cuba menghalang tindakannya. Dia tidak
pernah melihat lelaki itu.
Ain memandang Adam yang sedang menghalang
Sarah dari menamparnya. Dia hairan bagaimana Adam sekali lagi tahu dia berada
di situ. Ain hanya mendiamkan diri sambil silih berganti memandang Adam dan
Sarah.
“Kau Sarah kan?” Adam bersuara sambil
memandang Sarah dengan tajam. Sarah kembali merenung Adam dengan pandangan
tajam. Sarah diam. Malas menjawab pertanyaan lelaki itu. Sarah pandang lelaki
itu yang berada di sebelah Ain dari atas sampai bawah. Cuba untuk melepaskan
pergelangan tangannya dari genggaman lelaki itu. Lelaki yang sedang
memandangnya dengan perasaan marah.
“Kau Sarah yang menyamar sebagai Miss Dark
tu kan?” Adam kembali menyoal lagi perempuan itu. Nasib baik dia mengikut gerak
hati mahu berjumpa Ain sebelum outstation keesokan harinya. Ingat mahu membuat
kejutan kepada Ain tetapi pengawal keselamatan berkata Ain baru turun ke tempat
parking jadi dia mencari Ain di tempat parking dan dia mendapati Ain sedang bertengkar
dengan seorang perempuan. Dia hanya mendengar pertengkaran itu berlaku di
sebalik tiang, di sebalik belakang Ain. Mungkin dia tidak faham dengan jelas
apa yang digaduhkan oleh perempuan itu, tapi yang pasti ia tentang blog Ain.
Ingat mahu biarkan sahaja pertengkaran itu sehingga perempuan itu beredar namun
bila dilihat tangan perempuan itu diangkat, dia cepat bertindak. Tak mahu
sesiapa pun lukakan Ain.
Ain memandang Adam. Bagaimana Adam tahu
tentang Miss Dark. Bagaimana Adam tahu Miss Dark itu bukan Sarah. Dalam hatinya
berdebar. Tak mungkin rahsia dia yang itu Adam tahu.Tak mungkin. Hati Ain
berbisik.
“Kau siapa?” Sarah bersuara sambil berusaha
untuk melepaskan lengannya dari genggaman lelaki itu. Adam tersenyum sinis
dengan soalan perempuan itu. Dia melepaskan lengan Sarah. “Kau memang tak tahu
malu kan? Dahlah menyamar and then nak tuduh pula,” Adam tidak menjawab soalan
Adam. Sarah menarik nafas. Bengang dengan kehadiran lelaki itu dan kemudian
mahu memarahinya pula.
“Kalau kau tak de kaitan, jangan masuk
campur,” Sarah berkata angkuh. Matanya memandang Adam dengan keras. Kemudian
dipandangnya Ain yang hanya mendiamkan diri. “Sebab ada kaitan la aku masuk
campur,” Adam berkata dengan marah. Sarah tersenyum sinis. Dia pandang lagi
lelaki itu dari atas sampai bawah. Boleh tahan rupanya walaupun sedang marah.
“Jauhkan diri kau dari Ain,” Adam
menyambung lagi. Sarah tersentap. Bagaimana lelaki tersebut kenal Ain? “Bukan
hal kau la,” Sarah berkata sinis. “Apa yang berkaitan dengan Ain, berkaitan dengan
aku. Kalau kau nak menyamar Miss Dark pun, teruskan tapi jauhkan diri kau dari
dia,” Adam berkata dengan nada keras.
“Gila,” Sarah berkata. Adam tersenyum sinis
memandang Sarah di hadapannya. “Kau menyamar sebagai Miss Dark yang kita berdua
tahu itu adalah Ain, aku diamkan je sebab Ain tak cakap apa-apa. Tapi bila dah
sampai tahap ni penipuan kau, aku dah tak boleh nak bertolak ansur even Ain
masih lagi boleh nak bertolak ansur dengan kau,” Adam berkata sambil memandang
Ain di sebelahnya. Diam dan kaku.
![]() |
| Ah... rahsia sudah terbongkar |
“Kau…” Sarah tidak tahu apa yang harus
dikatakannya. Nampaknya lelaki di hadapannya tahu secara jelas apa yang dia
buat. “So, sama ada kau blah sekarang atau aku panggilkan security guard,” Adam
memberi pilihan kepada Sarah. Sarah mendengus sebelum mengambil keputusan beredar.
Adam memandang Ain. Dia tahu Ain terkejut
dengan apa yang dia tahu tentang Miss Dark. “Adam…” Adam cuba menyusun kata
untuk menceritakan hal sebenar.
“Kita…” ada gugup dalam suara Ain. “Kita…
sambung lepas Adam balik,” Ain berkata sebelum berjalan ke keretanya,
menghidupkan enjin dan beredar dari situ tanpa mempendulikan Adam. Adam hanya
memerhatikan kereta milik Ain meninggalkan kawasan parking itu.








8 comments:
sabarnya Ain.... kalau aku, dah lama Sarah tu aku cepuk!
Nong Andy--- kan kan kan.. aku pun.. hehehe
Adam memang ensem- nak order satu lelaki mcm adam utk cerpen aku boleh? heeee....
Nong Andy--- hehehe. sudah semestinya boleh.. huhuhu.. cerpen bagaimanakah mahu letak watak Adam? aku harap bukan cerepn seram..heheh
alahaaii sweet je syg
best sgt
hehe
Iffah afeefah--- sweet? thank you.. =)
ahaks..adam nie dh mcm power ranger..sumpah suka..err
si Ngaok-Ngek--- heheh. ada pulak samakan Adam dengan power rangers... agak3 yg warn apa eh?? =P
Post a Comment