Sunday, January 29, 2012

3 tahun~kisah 13~part 2~

sambungan dari sini
here comes the love

 Dan kenapa Adam ambil keputusan ni? Pertunangan? Jodoh bukan di tangan kita. You know that, right?” Ain mengeluarkan soalan seterusnya. Adam tersenyum. “Ain pernah dengar Istikharah?” Adam bertanya. Ain mengangguk. “Adam buat cara tu. Setiap 1 kali seminggu Adam buat solat tu. Actually starting masa kita kenal secara rasmi. Ain tahu Adam. Adam tahu nama penuh Ain,”Adam memberi jawapan. Tetiba rasa kagum terbit di hati Ain terhadap Adam.

Sem 5?”Ain menyoal lagi. Adam mengangguk. “Yup. Sem 5. Adam minta petunjuk dari ALLAH. Setiap kali Adam selesai solat Istikharah, Adam akan mimpi tentang Ain. Sebab itu Adam luahkan perasaan Adam pada Ain masa kita di sem last. 3 tahun Adam minta pada Ain. Ain buat perkara yang sama tak?” Adam bertanya Ain sama ada di turut membuat Solat Istikharah sepanjang 3 tahun itu.
always love you forever

Ain terdiam. Takkan mahu mengiyakannya. Dia malu. “Err… entahla. Setiap kali Ain solat tu, Adam akan muncul dalam mimpi Ain tapi Ain rasa mungkin tu hanya mainan tidur semata-mata,”Ain berkata benar. “Kenapa pula?” Adam bertanya. “Yeela… kalau kita mimpikan seseorang itu bermakna kita rindukan orang itu,” Ain berkata. Adam tersenyum. “So, Ain rindu Adam la 3 tahun tu?” Adam bertanya. Ain hanya mendiamkan diri. “Tak apa. Adam anggap diam itu jawapannya ya.Adam pun rindukan Ain juga,” Adam berkata dengan senyuman. Ain malu.

Tapi pertunangan?” Ain kembali menyuarakan soalan yang sama. “Adam dah fikir masak-masak. Umi Adam pun dah setuju. Family Ain pun dah bersetuju,” Adam berkata dengan senyuman. “Wah… Adam memang betul-betul jumpa dengan family Ain?” Ain bertanya.

Yup. Semua. Include your aunts. Betullah bila Ain cakap, kalau Ain nak kahwin nanti, boyfriend Ain kena jumpa dengan mak cik-mak cik Ain. Kena disoal siasat. Kaget juga bila masa Adam datang rumah Ain tu, Mak Ain call Mak Ngah Ain, Mak Lang Ain dan call Mak Su Ain. Semua datang,” Adam menceritakan peristiwa dia datang ke rumah Ain. “Kita orang ada strong relationship. Apa-apa mesti bincang dulu,”Ain berkata dengan senyuman.
to me you are perfect

Kaget tau bila kena soal macam-macam,”Adam menyambung lagi. “Tapi Adam lulus kan? Mereka terima Adam kan? Siap puji-puji lagi,” Ain berkata sambil mengingatkan ketika dia pulang ke kampung hari itu. Berbagai-bagai pujian yang terkeluar dari mulut mak cik-mak ciknya. Adam hanya tersenyum. “Yup. Even ada la jugak kak Adam tolong back-up kan untuk Adam.”

Nanti Adam bawa Ain jumpa dengan family Adam. Umi Adam dah lama nak jumpa Ain,” Adam menyuarakan hasratnya. Ain mengangguk dengan tersenyum. “So Umi Adam tahu la tentang Ain?”Ain bertanya. Adam mengangguk. “Yup, Adam cerita tentang Ain pada Umi sebelum Adam bertolak ke oversea 3 tahun lepas,”Adam berkata. “Dia setuju. Suka pada Ain,” Adam menyambung lagi. “Err… jangan cakap yang dia tahu semua tentang Ain?” Ain bertanya. Adam hanya mengangguk dengan tersenyum. “Malunya,”Ain menyuarakan perasaanya ketika itu.

Nak malu apa? Tak ada apa-apa lah. Umi Adam okey je. Tiap-tiap minggu dia call Adam tanya macam mana Ain, perangai Ain dan so on la,” Adam berkata lagi sambil memandang muka Ain yang hampir merah sebab malu. “Geez, anak mak betul,” Ain berkata. Cuba menutup rasa malu dalam dirinya. Adam tersenyum. “Dah, Ain anak manja,” Adam berkata. Ain pandang Adam.

Mana ada,” Ain membangkang ayat Adam. “Betulla. Ain hanya akan tunjuk manja Ain dengan orang yang rapat je. Mula-mula Adam ingat Ain ni independent. Memanglah sebab Ain asyik mengaku Ain ni anak sulung,” Adam berkata. “Dah memang anak sulung,” Ain menyampuk. “Dan juga anak bongsu,”Adam berkata dengan tersenyum.
you are my sunshine

 “Dahlah, jom makan. Lapar,” Ain bersuara setelah makanan yang dipesan tiba. Adam tersenyum mendengar ayat Ain. “Jap,” Adam berkata sambil mengambil pinggan Ain ke sebelahnya. Ain hanya memerhatikan tingkah laku Adam. “Nah,” Adam meletakkan kembali pinggan Ain di hadapannya.

Kenapa?” Ain menyoal. “Ain kan alah dengan seafood. So yang seafood tu bagi dekat Adam,” Adam menjawab soalan Ain. “Habis, Ain nak makan lauk apa kalau Adam ambil semua udang dalam Char Kuey Teow ni?” Ain berkata dengan bengang. “Laa… kan Adam bagi telur goreng Adam kat Ain?” kata Adam sambil menunjukkan 2 biji telur goreng dalam pinggan Ain. “Fine,” Ain mengalah. Tak mahu bertelingkah. Perutnya harus diisi. Adam hanya tersenyum melihat gelagat Ain.

Soalan seterusnya?” Adam bertanya ketika melihat Ain menyuapkan sesudu makanan ke dalam mulutnya. Ain tersedak. Dia menghirup minumannya. Adam tersenyum. Ain menelan makanannya sebelum berkata, “Err… entah. Dah tak ingat,” Ain menjawab dengan selamba sebelum menyuap lagi sesudu makanan ke dalam.
my happiness

Tak apa. Masih banyak lagi masa untuk bertanya. Mungkin 6 bulan lebih dari cukup,” Adam berkata dengan senyuman ke arah Ain. Ain pandang Adam. “Kenapa 6 bulan?” Ain bertanya. “Kan biasa orang bertunang 6 bulan.” Adam berkata. Masih tersenyum ke arah Ain. “Asal? Nak perawalkan? Adam okey je,” Adam bergurau.

Ain meletakkan sudunya sebelum berkata, “Yaish… gedik,” Ain berkata dengan nada jengkel. Adam tersenyum. “Gatal la. Gedik untuk perempuan. Gatal untuk lelaki. Tak pernah berubah,” Adam berkata sebelum ketawa. Ain hanya memandang Adam. Dan perjumpaan pada kali itu betul-betul mendamaikan perasaan Ain. Mungkin Adam yang terbaik untuknya.

8 comments:

Nong Andy said...

P/S; selalu ada ps hari ni takde pula :)

reenapple said...

Nong Andy---- sibuk tengok AJL tadi.. huhuhu. tapi memang tak de P/S pun.. hehe

Iffah Afeefah said...

hahaha lawak je

suke2

ai like

tatau nak kate pe

kim heeruul said...

eh,dia dah jumpa adam balik.

hanaahmad said...

ouh perlu masa untuk hadam semuanya. nanti saya komen semula ya. ;)

reenapple said...

iffah afeefa--- hehehe. takpe3... mekasih..=)

*****
kim heerul---- ha'ah.. jumpa adam balik..=)

****
hanahmad--- oh tak apa.. take your time..=)

Nur Farah Hani said...

sweet!! hanya itu ammpu dikate btw asal name ain emsti berjodoh dgn y namenya adam.. nak judak la boleh.. my name pun ain jugak.. hehe..

p/s: best kan bile dapat emnulis.. melakar impian dengan mencipta watak2 tersendiri.. dara dulu menulis jugak.. tapi da bhenti.. ;))

reenapple said...

nur farah hani--- yeker??? tak tahu pula ain mesti berjodoh dengan adam..huhu. terima kasih..=)

p/s--best3...alaa... asal berhenti..=)