nuffnang

Sunday, January 29, 2012

3 tahun~kisah 13~part 1~

kisah sebelum ini di sini


Telefon Adam berbunyi. Melihat nama yang terpapar di skrin, Adam tersenyum lantas dijawabnya. “Assalamualaikum,” suara di hujung talian memberi salam. “Waalaikumusalam,”Adam menjawab. “Biar Adam yang call,” Adam berkata lagi. Lantas panggilan ditamatkan sebelum Adam menghubungi si pemanggil.
cute
Hello,” Ain bersuara. Adam tidak pernah berubah. Tidak pernah sesekali membiarkan dirinya yang menelefon. Dan jika dia menelefon, Adam pasti menyuruh dia menamatkan panggilan supaya Adam yang menelefonnya. Entah, dia tidak pernah mempersoalkannya. Mungkin itu cara Adam.

Ada apa Ain?” Adam bertanya di hujung talian. Ain menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum berkata, “Ain minta maaf.” Adam tersenyum mendengat ayat Ain. “Untuk apa?” Adam bertanya. Adam tahu sebab Ain meminta maaf. Adam tahu tujuan Ain minta maaf untuk apa yang berlaku 3 minggu yang  lepas. “Untuk apa yang Ain buat hari tu. Ain tahu Ain tak patut buat macam tu. It’s just Ain…” Ain tidak sempat menghabiskan ayatnya. “ Need time for that. Am I right?” Adam menyambung ayat Ain. Ain menarik nafas sebelum mengiyakannya.



It’s okey. Adam tak kisah pun. Mungkin salah Adam juga sebab tak bincangkan hal ni dengan Ain,” Adam berkata dengan tenang. Ain terdiam. Dia tidak tahu apa lagi yang harus difikirkan mengenai pertunangan itu. Marah pun ada. Gembira pun ada. Dia tidak tahu apa perasaannya tika itu. Tika Adam mengakui dirinya sebagai tunangnya.

Ain minta maaf,” Ain meminta maaf lagi. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakannya lagi. “It’s okey. Adam faham. Kita nak bincang di sini or kita nak jumpa?” Adam memberi cadangan. “Entah,” Ain menjawab pendek. “Kita jumpa la, Adam busy sekarang, tak boleh berbual lama-lama. Kita jumpa after office hours, di tempat yang biasa eh?” Adam membuat cadangan. “Oh, okey,”Ain bersetuju.

***************

Adam Fahmi memandang Ain Umairah yang baru tiba dengan penuh senyuman. “Sorry lambat. Ada urgent meeting tadi,” Ain menjelaskan kelewatannya. Adam hanya tersenyum menunjukkan dia tidak kisah. Ain memandang Adam. Dia mendiamkan diri sementara otaknya ligat berfikir bagaimana harus dimulakan perbualan di antara mereka berdua.

dan perasaan cinta itu mula berputik..=)
So?” Adam bersuara sambil tersenyum kepada Ain. “Apa yang Ain nak bincangkan? Or apa yang Ain nak tanya?” Adam bersuara lagi. Ain hanya tersenyum memandang Adam. Ah… Adam tahu-tahu saja dia punya banyak persoalan yang bermain di fikirannya. “Tahu-tahu saja ada soalan yang Ain nak tanya?”Ain berkata dengan senyuman. Mungkin dia sudah dapat terima hakikatnya yang Adam itu adalah tunangnya.

Sebab Ain yang call Adam. Saying Sorry. Then Ain must be have something to talk about,”Adam pandang Ain dengan tersenyum. Ain tunduk. Dia tidak tahu dimana harus dia mulakan topic perbualan itu. Dia punya banyak soalan yang harus ditanyakan kepada Adam. Tentang apa yang berlaku 3 tahun yang lepas. Kenapa. Mengapa. Dia harus menanyakan kesemua-kesemua soalan yang disimpan dalam hati selama 3 tahun itu.

Tak tahu macam mana nak mulakan?” Adam berkata lagi melihatkan Ain masih tunduk diam membisu. Ain pandang Adam sambil tersenyum. Ah… Adam tahu-tahu je yang dia tidak tahu bagaimana nak mulakan tujuan perjumpaan mereka itu. “Ain tak tahu macam mana nak mulakan,” Ain bersuara dengan nada perlahan. Entah mengapa, tiba-tiba dia rasa malu berhadapan dengan Adam. Dia dapat rasakan mukanya panas.


sweet conversation

Adam tersenyum memandang Ain. “Then mulakan dengan soalan yang Ain nak tanya. I’m willing to answer all the questions,” Adam berkata dengan tenang. Dan tentunya dengan senyuman yang masih terukir. Entah mengapa tiba-tiba jantung Ain berdegup dengan pantas bila melihat Adam tersenyum memandangnya. Apakah perasaan ini? Ain menghembuskan nafasnya.

Ain?”Adam kembali bertanya. “Makan dulu boleh tak? Ain lapar,” Ain berkata setelah merasakan perutnya berbunyi meminta diisi makanan. Ah… bukan itu yang Ain ingin katakan. Adam tergelak kecil dengan perlakuan Ain. “Laa… tak makan lagi ke?”Adam bertanya sambil mengankat tangan memanggil pelayan. Ain menggelengkan kepala.

Pelayan tiba dengan menu. “Ain nak makan apa?”Adam bertanya. “Mmmmm…char kuey teow special la,”Ain berkata sambil membelek menu di hadapannya. “Buatkan 2 eh,”Adam berkata kepada pelayan. “Minum kak?” Pelayan itu bertanya. “Neslo Ais,” Adam berkata lagi sambil memandang Ain. Ain pandang Adam. “Ada pape lagi?” pelayan itu bertanya. Ain menggelengkan kepalanya.

saya jaga awak.
 “Neslo Ais huh?” Ain bersuara setelah pelayan itu beredar. Adam tersenyum. “Your favourite right?” Ain terdiam. Ah… Adam tahu apa yang dia suka. “Macam mana tahu?” Ain bertanya. Adam tersenyum sambil berkata, “Setiap kali kita makan together, Ain akan order Neslo Ais. Tak pun Milo atau Horlicks Ais. Am I right?” Adam berkata sambil pandang Ain dengan senyuman. Ain hanya tersenyum. “Right. Tapi tak ada hadiah untuk tu,”Ain berkata pendek. Adam hanya tersenyum.

Tak apa. Adam dah dapat hadiahnya. Hope hadiah itu kekal sampai ke akhir hayat,”Adam berkata. Ain pandang Adam. Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Adam. “So, apa yang Ain nak tanya?” Adam kembali menyoal Ain. “Dari tadi lagi Adam rasa Ain nak tanya….” Belum sempat Adam menghabiskan ayatnya Ain telah menyampuk, “Kenapa Ain?” Akhirnya soalan itu telah keluar dari mulutnya. Soalan pertama yang dijanjikan pada diri Ain yang akan ditanya pada Adam bila mereka kembali bertemu selepas 3 tahun itu.

Adam tersenyum. “Kenapa Ain?” Adam mengulang kembali soalan Ain. Ain mengangguk. “Mungkin apa yang Adam bagitau Ain 3 tahun lepas tak clear sangat kan?”Adam berkata sambil pandang Ain. “Errr… mungkinlah. Or maybe Ain dalam ingat tak ingat macam tu,”Ain menjawab soalan Adam. Adam tersenyum.

Kenapa Ain? Entah… first time Adam nampak Ain, hati dah berkenan. Mungkin masa tu Ain selekeh, tak pandai bergaya, berjalan pun tak pandang orang. Bila pandang, tak de senyuman langsung,”Adam berkata dengan senyuman. Dia mengimbau kembali kali pertama dia melihat Ain. Ada sesuatu tentang Ain yang harus dia ketahui.

Haish… ni nak kutuk ke bagi jawapan?” Ain memarahi Adam. “Betullah. Muka Ain masa tu memang innocent gila,” Adam berkata. Ain memeluk tubuhnya. Geram dengan jawapan Adam. "Entah lah. Pernah dengar love at first sight?” Adam menyambung.

Ain mengangguk. “Pernah. Ain pernah alami,” Ain berkata dengan senyuman. “Tahu,”Adam berkata pendek. “Eh?” Ain hairan dengan kata Adam. “Nama dia Rizal kan?” Adam berkata lagi. Ain terkejut. Adam tahu dengan siapa dia pernah simpan perasaan. “Errr… macam mana Adam tahu?” Ain menyoal.

Macam mana?” Adam berkata sambil memegang dagunya. “Well.. kalau Ain tiba-tiba senyum bila nampak seseorang dari jauh. Pandang pun dengan senyuman yang paling paling ikhlas pernah Ain pernah buat, macam mana boleh Adam tak sedar,” Adam menjawab soalan Ain. Yaa… Adam selalu hairan bagaimana Ain boleh tersenyum secara tiba-tiba. Ain akan berhenti melakukan kerjanya dan pandang sesuatu dan kemudian sebuah senyuman akan terukir di bibirnya. Yaa… Adam perhati gelagat Ain dari dulu lagi.

Obvious sangat ke?” Ain bertanya. Dalam hatinya, perasaan malu sudah setinggi gunung. Hairan bagaimana Adam mengetahui dia pernah simpan perasaan terhadap Rizal. “Well.. tak de la sangat. Tapi mungkin sebab Adam selalu perhatikan Ain. Dari sem 1 sehinggalah kita kenal,”Adam memberi penjelasan.
remembeer, I Love you

Geez… stalker,” Ain berkata. Adam tersenyum. “I have feeling for you right? Of course la everything pasal Ain, Adam nak tahu. Ain pun pernah buat benda yang sama kan?” Kata Adam dengan selamba. Ain terdiam. Yaa… dia selalu stalk FB Rizal. Selalu ambil tahu tentang Rizal. “Tapi macam mana Adam tahu Rizal yang Ain pernah simpan perasaan?” Ain menyoal Adam lagi. Hairan dengan pengetahuan Adam tentang itu.

Kan dah cakap Adam perhatikan Ain. So dalam ramai-ramai orang yang Ain boleh tetiba senyum tanpa sebab, Adam selalu perasan Rizal mesti ada. Sama ada 1 meter dari Ain atau 1 kilometer, Ain akan tersenyum nampak dia walaupun dia tak pernah perasan kehadiran Ain,” Adam memberi jawapan. “Oh, then?” Ain menyoal lagi. Cuba menguji Adam.

Then, nak dijadikan al-kisahnya, Adam dan Rizal join 1 program yang sama masa kat U. So dari situ Adam kenal dia. Tahu tentang dia. Dia satu matrikulasi dengan Ain dulu kan? So, Adam guess Ain mesti dah simpan perasaan dia sejak matrikulasi lagi kan?” Adam berkata sambil tersenyum kepada Ain. Ain hanya tersenyum. Rahsia dia yang itu Adam juga tahu.

“Hurmm… banyak juga Adam tahu,” Ain berkata. Adam tersenyum. “Tapi feeling tu dah hilang masa sem 4,”Ain berkata lagi. “Adam tahu. Tapi still Ain akan tersenyum bila nampak dia dari jauh,” Adam berkata. Ain hanya tersenyum. “Mesti Adam sakit kan? Bila tahu perempuan yang Adam suka ada perasaan pada orang lain,” Ain bersuara.

Agak la. Harap sangat Adam sebab Ain tersenyum masa tu. Tapi masa tu kita tak kenal lagi kan?” Adam berkata benar. Yaa… hatinya sakit bila tahu Ain punya perasaan pada Rizal suatu ketika dahulu. “Oh, maaf,” Ain meminta maaf. “Tak ada apa-apa yang nak dimaafkan. Bukan salah Ain pun bila Ain simpan perasaan pada Rizal,” Adam berkata dengan senyuman.

Tapi kan, Ain hairan macam mana Adam tahu yang Rizal tu adalah Ain punya love at first sight?” Ain menyuarakan kehairanannya. Adam kaget. Dia tidak tahu bagaimana dia harus menjawab soalan itu. Takkan dia harus beritahu Ain, dia baca dari blog Ain. Dari sebuah entri di blog Ain yang berkisarkan tentang Ain punya love at first sight, yang kemudian dia andaikan lelaki itu adalah Rizal. Mesti Ain akan mengamuk habis.
he has my heart for now and forever

Mesti Ana yang bagitau kan?” Ain bersuara lagi setelah melihat Adam mendiamkan diri. “Errr…” Adam tidak tahu bagaimana harus dijawabnya. Dia tidak mahu melibatkan Ana. “Tak apa. Ain okey je. Ain tak marah Ana pun,” Ain berkata dengan senyuman. Adam lega mendengar ayat Ain. Ah… satu hari nanti Ain akan dedahkan tentang Miss Dark juga suatu hari nanti. Adam berkata dalam hati.

Baguslah. So macam mana dengan Rizal,” Adam berkata. Ain tersenyum sambil berkata, “Last yang Ain tahu tentang dia, dia dah kahwin 2 bulan yang lepas.” Adam tersenyum. “Baguslah. Risau juga kalau Adam terpaksa bertanding dengan Rizal nak dapatkan Ain,” Adam berkata. “Sengal,” Ain berkata dengan senyuman. Adam hanya tergelak kecil

 “So apa lagi yang Ain nak tanya?” Adam menyoal lagi. Ain terdiam. Dia tidak tahu apa lagi yang harus ditanya. Pada permulaanya dia punya banyak soalan yang ingin dilontarkan. Dia hanya tersenyum sambil memikirkan soalan-soalan yang harus ditanya lagi. Adam hanya pandang Ain. Menunggu dengan sabar soalan yang seterusnya yang akan keluar dari mulut Ain.

3 comments:

Nong Andy said...

memula.. slow sikit. lambat warm up.. jln lagi sikit.. part hampir habis.. rentak citer kian menarik :)

ada few part ttg perasaan Adam dgn Ain, rasa mcm pernah 'ada' dlm cerpen aku hehehe.. cinta perlu alasan? hehe.. aku ingat lagi ko pun ada komen kat situ.. patutlah ko paham feel tu..

pernah ada tapi tentulah tak serupa sebab jalan citer kita berbeza.. tapi rasa tu? oh.. hampir sama.. Cinta dalam diam. Cinta sebelah pihak :)

makin menarik. tertanya2 apa pula lepas ni :)

Iffah Afeefah said...

nak laki cm adam

eh tadi taip rizal lak

apekah

mujur smpat padam

adam penyabar

ai loike

reenapple said...

Nong Andy--- wah..ingat lagi. aku pun dah tak ingat apa yang aku komen.. kena p jenguk balik.. huuhu.

hehehe.. aku pom tak tahu macam mana create citer ni lagi.. keh keh..=)

******

Iffah Afeefah---hehehe.. aku pun nak jugak lelaki macam Adam.. huhuhuhu. =)