nuffnang

Wednesday, January 25, 2012

3 tahun~kisah 11~

kisah sebelum ini di sini
“Ah… aku sedang cuba tenangkan hati aku yang kecewa lagi. Sudah berpuluh-puluh kali ia kecewa, ia retak, ia pecah tapi ia masih berfungsi lagi. Mungkin tidak sebaik waktu dulu. Mungkin aku yang bersalah, tidak menjaga hati aku dengan sebaiknya. Salahkah aku bila masa aku harap ia akan bertahan sampai ke penghujung waktu, namun ia tetap akan berkecai lagi? Adakah ia salah aku?
Smile because it happened
Entah mengapa di saat ini terlalu banyak beban yang aku terima. Bertahun-tahun aku tidak mengalirkan air mata dan dengan lantasnya aku mudah mengalirkan air mata. Bukan sekali banyak kali. Kawan-kawan aku bertanyakan namun aku sorokkan dari mereka. Tidak mahu mereka turut terbeban dengan masalah aku yang tidak seberapa.

3 tahun aku menunggu dia dan semuanya harus ditamatkan dengan begitu sahaja. Masih ingat lagi aku di saat itu, saat dia meluahkan rasanya pada aku. Rasa lebih dari seorang kawan. 4 tahun dia pendam hal itu. Betapa terkejutnya aku. Gembira, terkejut dan berbagai-bagai perasaan lagi muncul di hati aku tika itu. Gembira bilamasa ada seseorang yang luahkan perasaanya pada aku yang tidak cantik, yang tidak pandai bergaya seperti kawan-kawan sekuliah aku yang lain, terkejut sebab dia cakap 4 tahun dia pendam perasaan itu. Betapanya hairan aku sedangkan aku hanya mengenalinya ketika aku berada semester 5 di university. Dan bagaimana dia mengenali aku pada semester 1?
I'm dreaming with a broken heart
Yaa… dia menceritakan kesemuanya. Pertama kali dia nampak aku di fakulti, hatinya sudah terpaut. Setiap hari dia nampak aku berlegar-legar di fakulti. Ingin dia menegur aku di saat itu tapi memandangkan aku berjalan tidak pernah memandang orang, mana mungkin aku akan menyambut perkenalannya. Itu yang dia cakap. Aku tersenyum mendengar cerita dia tentang aku.

Dia cakap lagi, semester 5 baru dia dan aku ada jodoh punya kelas yang sama. Jikalau sebelum ini, dia hanya memandang aku di sebalik kelasnya yang bersebelahan dengan aku, ataupun memerhatikan aku dari tingkat atas. Dia juga ceritakan semula saat aku menyelamatkan seekor anak kucing yang kesejukan dari longkang yang dipenuhi air. Dia menceritakan insiden di mana aku sanggup turun dari tingkat empat ke tingkat bawah hanya semata-mata mahu menyelamatkan anak kucing itu. Ah… dia tahu kisah itu.
Just Love. No lies
Dan dia ceritakan lagi, mengatakan aku telah berubah dari semester 1 sehinggalah aku berada semester 5. Kuat, tabah, matang. Yaa… itu yang dia beritahu aku. Mungkin. Aku sendiri tidak mengetahui akan perubahan aku. Dia cakap semester 1,2, 3 aku banyak muram. Jarang tersenyum. Ah… dia tahu tentang perubahan aku. Yaa… aku berubah tika semester 4. Tiada lagi aku yang mudah mengalirkan air mata dengan mudah. Situasi di semester 2 dan 3 telah mengubah aku. Pendirian aku.

Usia dia dan aku berbeza 2 tahun, dia tua 2 tahun dari aku. Dan sepanjang persahabatan aku dengan dia yang bermula dari semester 5 sehingga semester 8, dia melayan aku dengan baik, dengan cara seorang gentleman. Ramai yang mengatakan kami adalah couple sedangkan sebenarnya tidak. Cuma cara dia melayan aku menyebabkan mereka-mereka itu berfikir sedemikian. Pernah juga sekali aku berfikir yang dia mungkin ada perasaan pada aku, tapi cepat-cepat aku hapuskan naluri itu. Tak mahu dikatakan perasan seorang diri. Mungkin dia melayan semua perempuan dengan sebegitu. Mungkin aku sahaja yang salah faham.

Dan di saat dia luahkan perasaannya pada aku, pada semester 8.  Semester akhir kami berada di U. Dia meminta untuk berjumpa aku setelah aku selesai menghantar report praktikal. Yaa… tika itu dia berjumpa aku. Meluahkan perasaannya pada aku. Aku terdiam. Dia mengatakan bukan “in a relationship” yang dia minta untuk aku dan dia. Tapi satu hubungan yang sah. Dia mahu menjadi sebahagian dari hidup aku. Sebahagian dari keluarga aku. Dan di saat itu, aku teringat kata-katanya yang mahu menjadi sebahagian dari keluarga. Sangkaan aku, dia mahu berkenalan dengan sepupu ku.
Love
Dan dia menyebut tentang 3 tahun. Memberi masa selama 3 tahun pada aku dan dirinya. Dia kata lagi, kita cuma merancang, Tuhan yang tentukan. Dia kata juga, jikalau aku dan dia masih belum punya seseorang dalam hidup kami dalam masa 3 tahun itu, mahu dia menyunting aku menjadi suri hidupnya yang sah. Aku terdiam mendengar ayat dia. Dan dia berjanji dengan aku, dia takkan cuba mengubah perasaan itu. Dan 3 tahun kami akan berjumpa lagi jika punya jodoh.

Dan sekarang mungkin janji 3 tahun itu, aku harus lupakan. Dengan secara tidak rasminya aku sah bergelar tunangan orang. Tunangan kepada siapa entah yang aku tidak kenalinya begitu rapat. Oh, jangan risau “tunang” aku tidak tahu aku punya blog untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Betapa aku memujuk keluarga untuk putuskan pertunangan itu, namun keluarga aku tetap dengan keputusan mereka. Kata mereka, tak kenal maka tak cinta. Mungkin aku terpaksa menerima hakikat jodoh aku bukan dengan dia, dia yang pernah menyentuh hati aku 3 tahun lepas. Dia yang tidak tahu aku punya sebuah blog untuk mencoret rasa di hati.

Maaf kepada si dia  kerana aku tidak mampu lagi untuk berpegang pada janji 3 tahun itu. Kita tamatkan ia di sini sahaja. Mungkin sudah termaktub antara kau dan aku hanya persahabatan yang mengekalkan kita. Maaf.

Ah… aku menceritakannya terlalu detail bukan? Maaf. Terpaksa meluahkan apa yang terbuku di hati. Aku tidak hiraukan apa lagi yang orang akan fikir tentang entry ini. Sekian.

~Miss Dark~
keep smiling
Adam tersenyum membaca entri dari Miss Dark. Dia hanya tersenyum. Akhirnya Ain mengakui apa yang hatinya mahu selama ini. Dalam hatinya satu perasaan gembira berlegar-legar. “Kamu ni kenapa dari tadi tersenyum?” Uminya bertanya melihatkan anak bongsunya asyik tersenyum sambil menghadap laptop dari tadi lagi. “Eh, tak ada apa-apa lah umi. Saja nak senyum. Senyum kan satu sedekah,” Adam berkata pada uminya sambil tersenyum. “Yeela sangat. Dah kamu sedekah senyum dekat computer kamu pun bukannya dia tahu pun,”Uminya berkata lagi. Adam hanya tersenyum memandang uminya. 

Haa… kamu ni bila nak bawak dia jumpa umi?” uminya bertanya. “Jumpa dia? Umi nak jumpa dia ke?” Adam menguji uminya. “Ish, kamu ni. Tentulah nak jumpa dia. Tengok dalam gambar memang tak puas umi,”Umi berkata sambil tersenyum kepada anak bongsunya. “Haa… kantoi Umi asyik tengok gambar dia. Lawakan dia?”Adam berkata kepada uminya. “Dia manis. Dia mungkin tak secantik perempuan-perempuan yang pernah minat kat kamu dulu, tapi dia manis. Sedap mata memandang. Hati umi sejuk je bila tengok mukanya dalam gambarNi belum jumpa tuannya lagi,” Umi berkata sambil tersenyum.

Pandai kan Adam pilih. ,” Adam membanggakan dirinya. "Bukan rupa yang Adam pandang pada dia. Hati dia," Adam berkata lagi. Yeela… tapi kamu tak patut buat macam tu kat dia, Uminya menegur. “Ala… nanti Adam bagitau lah perkara yang sebenar,” Adam berkata sambil membetulkan urat tengkuknya. Uminya hanya tersenyum.
we all have secrets.
Dan di satu tempat lain, di rumah Hazwan. Hazwan berkali-kali membaca entri dari Miss Dark. Dalam hatinya satu perasaan yang tidak diketahui sedang berpusing. “Apakah ini?” Hazwan berkata setelah dia selesai membaca ayat terakhir entri Miss Dark. Tangannya dikepal. Siapa Miss Dark sebenarnya? Dia menyoal dirinya sendiri.

Dan di kediaman Sarah. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Mengharapkan Hazwan tidak menghubunginya. Ah, dia tidak tahu apa yang harus dikatakan. Apa alasan yang harus diberi. Dia tahu Hazwan akan mengamuk. Dia tahu Hazwan akan mengamuk bila dia tahu ada orang menipunya. Dia takut Hazwan akan tinggalkannya. “Ah… Ain, kau rumitkan lagi keadaan. Kenapa  kau perlu tulis macam tu,” Sarah berkata dalam hatinya. Di saat itu mahu saja dia menelefon Ain tapi dia lupa dia sudah delete nombor Ain dari telefonnya. Dia memikirkan apa alasan yang harus diberikan pada Hazwan. Adakah Hazwan akan mempercayainya? Dia tertanya-tanya. Dia gelisah.

p/s- tetiba aku rasa macam cerita ni real. 
tetiba je aku rasa watak Ain Umairah benar-benar hidup 
dan Adam Fahmi juga? 
akukah yang berangan?

6 comments:

si ngokngek said...

ceit!! drama betol adam dan fahmi orang yg sama kan..lalala

padan muka sarah..bluerksss:P

Iffah Afeefah said...

oke mmg da agak

adam fahmi y pinang

hazwan akan sembur si sarah secukupnya

aku suka

aku suka

aku suka

kim heeruul said...

cerpen yg gua creat pon rsa mcm real

reenapple said...

si Ngok-ngek----ehehehe.. saje je nak buat drama.. huhu

****
Iffah Afeefah--- hahaha... tau3 je... bersabarlah menanti kisah seterusnya..=)

*****
kim heerul--- kan? mungkin kita penceritanya??huhu

Nong Andy said...

“Yeela sangat. Dah kamu sedekah senyum dekat computer kamu pun bukannya dia tahu pun," muahahaha..

terima kasih buat aku ketawa sorang-sorang depan komputer :)

reenapple said...

Nong Andy--- ahahahaha... sama-sama kasih..=)