nuffnang

Tuesday, January 24, 2012

3 tahun~kisah 10~

"Tolonglah Ain, aku mintak sangat. Tolong tunaikan permintaan aku ni,” Sarah memujuk Ain. Demi meneruskan pembohongannya, Sarah sanggup berjumpa Ain di Kuala Lumpur. Dia tidak tahu apa lagi alasan yang harus diberi kepada Hazwan. Hazwan asyik bertanya itu ini tentang blog Miss Dark. Mengapa tiada entri terbaru. Mengapa itu, mengapa ini. Ah… dia tidak tahu bagaimana harus diteruskan pembohongannya itu. Dia tidak sanggup kehilangan Hazwan. Berbulan-bulan dipujuk Hazwan agar menerima cintanya. Namun Hazwan masih menolak. Lebih baik berkawan sahaja, katanya Hazwan. Dan mereka berkawan, selalu berSMS, berchatting namun perasaan Sarah pada Hazwan tidak berubah. Dia tahu  Hazwan Cuma menganggapnya sebagai seorang kawan sahaja. Tidak lebih dari itu.

Entah mengapa Sarah tertarik pada Hazwan pada pertama kali mereka diperkenalkan, ketika Sarah datang berjumpa Ain di tempat kerja barunya. Dan Ain membawa Sarah melawat sekitar Kuala Lumpur yang banyak berubah sebelum membawanya melepak bersama-sama kawan-kawan Ain yang pernah belajar di U yang sama. Dari situ, Sarah mengenali Hazwan, Kamal, Mira. Sarah juga mengenali Ana, kawan baik Ain dan Nadia kenalan Ain sejak di U. Dan Sarah membuat kesimpulan, Ain mempunyai ramai kawan lelaki yang punya rupa tapi entah mengapa Sarah berasa hairan tidak ada antara mereka yang berkenan di hati Ain.

Dan pertemuan pertama kali dengan Hazwan membuatkan dia tertarik dengan lelaki itu. Rupa yang menarik ditambah pandai berjenaka membuatkan Sarah menyenanginya. Dan mereka bertukar nombor pada kali pertama pertemuan itu. Ain tahu perasaan Sarah pada Hazwan. Dan Ain tahu tentang confession yang dilakukan oleh Sarah. Ain tahu tentang rejection dari Hazwan. Yaa… Sarah ceritakan semuanya pada Ain. Dan kata Ain, biarlah mereka berkawan sahaja. Mungkin itu lebih baik. Dan Sarah menuruti kata Ain, sehinggalah Hazwan menceritakan kepadanya tentang Miss Dark. Perasaan Hazwan pada Miss Dark.  Dan entah bagaimana Sarah mengaku pada Hazwan dialah Miss Dark.

Sarah tahu siapa sebenarnya Miss Dark itu. Yaa… dia tahu. Bahkan dia pernah melihat Miss Dark menaip entry di waktu malam. Mungkin dia tidak membaca keseluruhan blog itu, tapi dia tahu siapa Miss Dark. Miss Dark yang pernah menolongnya di waktu susah. Berkongsi rasa sedih, gembira bersama-sama satu tika dahulu, sebelum Ain dipindahkan ke ibu pejabat di Kuala Lumpur. Yaaa… Ain lah Miss Dark itu. Sarah tahu rahsia Ain yang satu itu. Ain mungkin punya banyak rahsia tapi rahsia itu Sarah tahu. Rahsia Miss Dark.



Dan Sarah rasa bersalah bila dia terpaksa menipu Hazwan dan meletakkan Ain di situasi yang tidak menyenangkan. Di saat dia membuat pengakuan pada Hazwan bahawasanya dialah Miss Dark, pelbagai soalan dilemparkan oleh Hazwan kepadanya. Mungkin tidak dipercayainya. Dan nasib baiklah dia pernah membaca serba sedikit tentang blog Miss Dark ditambah dengan apa yang Ain pernah cerita. Yaa… dia gunakan apa yang ada untuk mendapatkan hati Hazwan. Dan bila Hazwan yakin dengan dirinya sebagai Miss Dark, Hazwan kembali bertanya tentang Ain. Adakah Ain tahu Miss Dark itu Sarah.  Dan Sarah risau tembelangnya akan terbongkar lantas direka lagi satu penipuan. Mengatakan Ain tahu tentang Miss Dark dan Ain rahsiakan dari Hazwan disebabkan Ain punya perasaan pada Hazwan. Penipuan Sarah pada Hazwan tentang Ain. Dan Sarah tahu Ain dan Hazwan telah bergaduh besar tentang perkara itu,namun tiada kata maaf dari Sarah kepada Ain. Dia tahu Ain mungkin akan okey selepas itu dan sangkaannya benar bila sekarang Hazwan dan Ain telah berbaik.

Pergi kalau kau nak pergi.
Dan sekarang, bagi meneruskan penipuannya, menutup lubang-lubang pembohongannya, Sarah sanggup meminta Ain memberikan blog Miss Dark kepadanya. Sarah sanggup membeli blog itu dari Ain. Namun Ain menolak. Kali pertama Sarah menelefon Ain, pada mulanya Ain bercakap seperti biasa dengan Sarah, namun bila dibicarakan tentang keinginan Sarah ingin mengambil alih blog Miss Dark itu, Ain menggunakan nada yang keras dan menamatkan panggilan sebelum Sarah sempat menghabiskan ayatnya.

Dan Ain memandang Sarah di hadapannya dengan penuh perasaan marah. Mana mungkin dia akan meyerahkan blog itu kepada Sarah yang telah mengkhianatinya. Yaa… Ain mungkin sanggup melupakan apa yang Sarah pernah buat kepadanya tapi meminta Ain melepaskan benda yang sudah menjadi sebahagian dari jiwanya, mana mungkin."Maaflah, kau rayulah macam mana sekalipun, aku takkan turuti kemahuan kau. Dahlah kau fitnah aku dan kau sekarang senang-senang nak mintak benda yang aku sayang. Kau ingat aku senang-senang nak bagi kat kau ke lepas apa yang kau dah buat?” Ain berkata dengan nada sinis.
sad.
Sarah hanya tunduk mendengar ayat Ain. Dia tahu dia bersalah tapi dia tak sanggup kehilangan Hazwan. Susah payah meraih cinta Hazwan dan dia sanggup korbankan apa saja asalkan Hazwan ada dengannya. “Tolonglah Ain, aku merayu,” Sarah masih merayu. Ah… Ain sukar untuk diajak berbincang bila kata putus telah diambil. Yaa… Sarah tahu tentang itu. Ain degil.

Ain menarik nafas sedalam-dalamnya sambil memejamkan matanya. Terlalu banyak perkara yang berlaku padanya kebelakangan ini. Yaa… AIn tahu itu ujian dari Tuhan. Tapi dia merasakan ujian itu terlalu berat baginya. Di saat dia tersenyum mengingatkan ayat Adam bahawasanya janji 3 tahun lepas masih ada, ibunya meminangkan dia dengan si Fahmi yang tidak disukainya. Dan sekarang Sarah datang menambahkan lagi masalah. Ah… ujian. Sila kuat Ain Umairah. Ain berkata pada hatinya.

Kau tahu aku takkan bagi blog tu pada kau. Ia ibarat nyawa aku,” Ain berkata dengan nada lemah. Malas meninggikan suara di hadapan orang ramai. Memikirkan Sarah itu kawannya baru dituruti kemahuan Sarah untuk berjumpa dengannya. Walaupun dia tahu perkara yang akan Sarah bincangkan. “Asal kau tak beritahu je HAzwan perkara sebenar? Aku rasa dia mungkin akan faham,” Ain menyambung lagi.


Dan biarkan HAzwan tinggalkan aku? Supaya dia boleh pergi kepada kau? Supaya kau dan dia boleh live happily ever after sambil gelakkan penipuan aku? Sarah berkata dengan nada sinis. “Astaga, aku tak pernah fikir pun hal tu. Aku dengan dia cuma kawan saja. Dan kau pun tahu aku bukannya taste dia pun. Dan dia bukan taste aku,” Ain menjawab. Sarah terdiam. Yaa… dia tahu persahabatan Ain dan Hazwan. Dia tahu Ain takkan pernah jatuh cinta pada sahabat sendiri. Dia tahu perasaan Hazwan pada Ain hanya sebagai seorang kawan. Hazwan pernah menceritakan tentang Adam, kawan mereka. Sarah lupa apakah kisah yang ada diantara Adam dengan Ain. Ah… dia tidak berminat mendengar tentang itu dari mulut Hazwan tika itu. Hanya tentang Hazwan sahaja yang dia mahu tahu.

“Aku tahu, just aku rasa tercabar bila dia asyik cakap pasal Miss Dark je. Dia asyik tanya asal aku tak update entri, asal aku itu ini. Aku dah tak tahu nak beritahu apa. Tapi aku nak kau tahu, aku takkan beritahu hal yang sebenar kepada Hazwan. Aku takkan walaupun itu cuma cara yang tinggal,” Sarah menegaskan.

Aku tak tahu nak kata apa lagi. Kau dengan keputusan kau. Aku dengan keputusan aku,”Ain muktamad dengan keputusannya. Sarah memandang Ain dengan rasa tidak puas hati. Dia sudah mula hilang kesabaran. “Aku tak tahu apa yang kau nak. Berapa yang kau nak? Aku sanggup bayar. Tapi tolonglah beri aku blog itu. Kalau kau tak nak beri aku blog itu sekalipun, then sila bersara. Just quit from blogging,” Sarah berkata dengan nada marah.


Ain tersenyum sinis sebelum menarik nafas sedalam-dalamnya. Merasa terhina diperlakukan sebegitu, “Wah… kau ingat aku materialistic ke apa? Just sebab aku bukan orang berada macam kau, doesn’t mean that kau boleh umpan aku dengan wang ringgit,” Ain menempelak.

Sarah memandang Ain. Dia tahu dia bersalah. Tapi Ain terlalu degil. “Dah kau degil sangat. Aku tak tahu apa bestnya blog kau sampaikan Hazwan boleh jatuh cinta. Aku baca pun tak lalu kau tahu,” Sarah menipu. Dia akui menariknya blog Ain. Dia penah baca beberapa kali. Dan cuma menjadi silent reader. “Aku just tak sanggup nak teruskan pembohongan ni. Kau faham tak?” Sarah cuba meninggikan suara.

Ain hanya memandang Sarah yang sedang marah. “Asal kau diam? Fine kau tak nak beri aku blog itu. So sila bersara. Dan aku boleh hidup dengan tenang. After that aku takkan kacau kau lagi. Serius, dan kita boleh jadi kawan macam biasa. Aku takkan lupakan jasa kau,” Sarah kembali berkata. Ain masih terdiam. Dia penat. Terlalu penat. Otaknya dah tak sanggup memikirkan kata-kata yang harus dikeluarkan.
and then she leaved.
Aku takkan ubah keputusan aku. Maaf,” Ain berkata dengan nada lemah. Sarah mulai bengang dengan sikap Ain. “Kau tahu, kau selfish. Kawan mintak tolong pun kau tak nak tolong. Dan sampai bebila aku takkan beritahu Hazwan yang aku bukannya Miss Dark dan Miss Dark itu adalah kau,” Sarah berkata dengan nada marah. “Fine, aku pun tak harap dia akan tahu Miss Dark tu aku. Aku lagi rela kau teruskan penipuan kau pada dia,” Ain berkata dengan nada lemah. Dia malas bergaduh dengan Sarah. “Dan aku tak nak terlibat dalam penipuan kau. Apa-apa hal kau tanggung sendiri. Jangan salahkan aku kalau aku update sesuatu yang menimbulkan syak wasangka pada Hazwan,”Ain mengaskan. Dia muktamad dengan keputusannya. Dia sudah penat melayan Sarah.
I
Fine, kau cakap macam tu. Dan mulai hari ni aku anggap aku tak kenal kau dan kau jangan nak berlagak kau kenal aku.,” Sarah berkata dengan nada marah sebelum bangun dan meninggalkan Ain bersendirian di restoran itu. Ah… Sarah sudah tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Mungkin terpaksa mencipta satu lagi pembohongan jika Ain benar-benar melakukan apa yang dikatakannya. Sarah berpaling belakang memandang Ain yang masih duduk di situ. Rasa menyesal memutuskan persahabatan mereka tapi dia terlanjur berkata. Ah… tiada apa-apa yang boleh diubah lagi. Ain tidak mahu menolongnya. Buat apa mahu lagi mengekalkan persahabatan dengan orang yang tidak mahu menolongnya. Ah… sudah banyak kawan yang Sarah putuskan persahabatan hanya kerana mereka tidak mahu mengikut kemahuannya.

 AIn menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia penat. Menghirup minuman di hadapannya sebelum mencapai telefonnya di dalam beg dan terus mendelete nombor Sarah. “Fine, kalau itu yang kau nak. Aku tak rugi apa-apa pun,” Ain cuba menenangkan hatinya. Di saat itu mahu saja dia menangis kerana persahabatannya dengan Sarah tidak lagi wujud.

Ain,” satu suara menyapa dari belakang. Ain pandang belakang. Kamal dan Mira sedang tersenyum padanya. “Korang baru sampai ke?” Ain bertanya menutup rasa kecewa dihatinya sedangkan sudah terang menunjukkan matanya dipenuhi dengan air mata. “Aku dan Mira kat belakang ni je,” Kata Kamal sambil menujukkan meja belakang. Ain tidak tahu apa yang harus dikata lagi. Matanya sudah bergenang dengan air mata. “It’s okey. Aku rahsiakan,” Kamal berkata sambil memandang Mira yang memegang bahu Ain. “It’s okey dear, Kitaorang ada,” Mira pula berkata sambil mengambil tempat di sebelah Ain. Ain cuba tersenyum sambil mengesat air matanya yang jatuh.
I keep that secret.
p/s- sedang menghabiskan beberapa
 kisah dalam draft sebelum sambungannya... ah.. 

12 comments:

Nong Andy said...

1st.. besar gila teddy bear tu.. rasa nak gi peluk teddy bear tu hehehe..

2nd.."menutup lubang-lubang pembohongannya" aku rasa ayat ni cool!

3rd.. yeah! kan betul miss dark adalah Ain :)

4th.. menci la watak sarah tu hehe..

* sedang buat sambungan ye..hehehe

reenapple said...

Nong Andy--- yeah.. pandai teka.. huhu. sila tunggu.. hehe.

ghost writer said...

penipuan yang akhirnya memakan diri sendiri.

eh,aku rasa memakan hatinya(sarah)sendiri..

ghost writer said...

...dan ya seperti sinetron,pasti ada airmata bagi seorang perempuan.

...dan dijawab oleh perempuan: "ya,apalagi yg mampu kami lakukan selain dari itu."

:)

Nur Farah Hani said...

i ingat ni story bebetull.. ovel rupenya.. tak penah perasan lak before this awak ader tulis citer,, heee,, tapi best,, rase macam realiti.... :D

Iffah Afeefah said...

aku pon da agak

sarah y selfish sbnrnye

aku nk tau pasal adam n fahmi

ko tak nk ke wat turutan cm kat blog aku

sng org len nk klik

ps: Nak aku ley inbox codenye=)

EZAD AMIR said...

pndai ko menulis..aq cdg kan ko htr karya ni ke karangkraf or alaf 21..xtualy alaf 21 under karangkraf gak..ekekeke..try la htr manuskrip kt sna..aq rasa ko leh pegi jaoh lg ni...mne taw kot2 ada rezki jd penulis...

reenapple said...

ghost writer--- yup..penipuan yang memakan diri sendiri..

yaa.. itu sahaja yang seorang perempuan mampu buat , menangis..=)

****
Nur Farah Hani--- heheh. Meacih..=)

****
Iffah Afeefah--- erk... macam mana tu? daa lama nak cari yang macam kamu punya tapi tak tahu.. t send eh.. huhu.

yg adam dan fahmi tu.. aku rasa nanti kau tahu kot kisah seterusnya.. =)

****
Ezad Amir--- urgh... tak apalah. aku publish kat sini je la.. huhu.

besides, jadi penulis blog, boleh la.. but a real one, tak kot.. aku tak de kepakaran sangat.. aku nak jadi accountant.. hehe.

by the way.. thanks for the suggestion..=)

AdiaLuze said...

Eeeiiii .. Jahatnya Sarah tu .. Akk jarang2 dapat baca citer awak ni, tapi very-very interesting. Lain dari yang lain. Kalau dibikin drama mesti TOP kan .. Hehehehe

reenapple said...

AdiaLuze--- huhu. mekasih.. takpe. Okey je..=)

err.. tak pelah.. buat drama kat sini je..hehe

si ngokngek said...

ain umaira,letih betol hidup diakan,watak ain nie hidup,aku boleh rasa..tambah dpt kawan mcm sarah..herghh..mcm nk tembak ja rasa


::aku perempuan lar jgn lar buat konfius

reenapple said...

si Ngok-ngek--- yaa.. aku yang create watak Ain pun rasa penat.. huhu. nasib baik watak citer je.. =)

p/s-baru tahu perempuan..=P