"Adam dah balik Malaysia." Kata Kamal pada Ain masa mereka berdua melepak di satu restoran pada hujung minggu. Actually sedang menyelesaikan perselisihan faham diantara Ain dengan Hazwan. Namun, usaha Kamal itu sia-sia sahaja bila Hazwan lantas bangun meninggalkan Ain dan Kamal dengan perasaan marah pada Ain. Dan Ain kekal di situ, bersama Kamal menunggu makanan yang dipesan sampai ke meja mereka.
Hazwan mengamuk apa entah kat parking tempat kerja Ain tentang Ain merahsiakan identity seseorang yang Hazwan fall in love di alam maya. Tapi Ain Cuma diamkan diri saja ketika sesi rundingan dijalankan. Cuma meminta maaf pada Hazwan yang tengah bengang pada kawan sendiri yang merahsiakan identity seseorang yang dia kenal di alam maya. Actually bukan kenal pun, tiada interaksi diantara Hazwan dengan Miss Dark. Hazwan cuma selalu membaca blog Miss Dark je. Dan suddenly Hazwan realize dia mungkin jatuh cinta pada Miss Dark. Aneh bukan? jatuh cinta pada seseorang yang tidak diketahui asal-usulnya, yang tidak diketahui namanya, rupanya dan sebagainya.
Dan perasaan itu, diceritakan pada Ain. Yaa.. Ain seorang pendengar yang setia. Seseorang yang boleh dibawa berunding, dibawa berbincang tentang soal-soal perasaan ni. Ain tahu tentang perasaan Hazwan pada Miss Dark tu, dan entah berapa kali Ain mengatakan jangan mudah jatuh cinta pada seseorang di alam maya. Ia mungkin penipuan identity. Tapi Hazwan, mana pernah dengar apa yang Ain katakan. Yang dia tahu cuma perasaan pada Miss Dark je.
Ain selalu mengutuk Miss Dark tu, mengatakan Miss Dark mungkin seorang lelaki instead seorang perempuan, Miss Dark mungkin seorang yang bukan seperti yang Hazwan thought melalui penulisan Miss Dark, baik dan sebagainya. Selalu Ain mengutuk Miss Dark tu didepan Hazwan. But still Hazwan akan defense Miss Dark tu ibarat Hazwan tahu semuanya tentang Miss Dark. Dan bila Hazwan tak sanggup mendengar kutukan dan perkara-perkara negative tentang Miss Dark dari mulut Ain, dia akan marah Ain sebelum bangun dan meninggalkan tempat mereka selalu melepak. Ain, Kamal dan kawan-kawan yang lain hanya memandang saja kelibat Hazwan beredar dengan perasaan marah kepada Ain. Namun keesokannya, Ain dan Hazwan akan berkawan seperti biasa, ibarat Hazwan tak pernah berkecil hati dengan kutukan Ain terhadap Miss Dark yang tidak diketahui asal-usulnya
Dan sehinggalah pada 1 hari tu, bila Ain dan housematenya, Nadia pulang dari kerja. Actually baru saja tiba di tempat parking di office. Dan Nadia, walaupun tidak bekerja di tempat kerja yang sama dengan Ain, entah mengapa hari itu dia cakap dia nak singgah kat tempat kerja Ain dan balik sama-sama.
Oh lupa.. Hazwan dan Ain bukan bekerja di tempat yang sama, mereka berkenalan di zaman U lagi. Mereka, Nadia, Kamal , Adam dan banyak lagi. Yaa.. Ain cuba mengekalkan persahabatan yang terjalin semasa di U. Dan sehingga ke hari ini, Ain selalu melepak dengan Kamal, kawan baik Adam dan juga Hazwan. Dan Nadia, even dia tidak mengenali rakan-rakan coursemate Ain di U dulu, tapi dia tahu kisah tentang mereka-mereka even tak kesemua di ceritakan oleh Ain. Yaa.. Ain seorang perahsia. Terlalu banyak kisah yang Ain rahsiakan.
Hazwan menanti Ain di kereta Ain. Entah macam mana Hazwan tahu Ain balik awal pada hari itu. Dan Nadia cuma pandang je Hazwan. Selepas Ain memasukkan semua fail ke dalam keretanya. Hazwan memulakan bicaranya.
"Asal kau tipu aku?” Ayat pertama yang keluar dari mulut Hazwan. Dan Ain Cuma pandang je Hazwan dengan perasaan kosong sebelum bertanya “Tipu kau apa?”. Hazwan membuat mimic muka berasa jengkel di hadapan Ain sebelum menarik nafas dalam-dalam. “Kau tahu apa yang kau tipu. Kau tahu tentang Miss Dark tu kan? Kau tahu sebelum aku beritahu kau kan? Oh, dahla. Stop pretending yang kau tak tahu apa-apa. Lakonan kau dah tamat. Just stop pretending!” Hazwan mula meninggikan suara.
Ain menarik nafas dalam-dalam. Cuba mencari kekuatan untuk meneruskan perbualan yang mungkin akan bertukar menjadi perbalahan dalam beberapa minit lagi. Dengan kepenatan yang teramat sangat pada hari itu memandangkan bulan itu adalah bulan Disember di mana akaun-akaun syarikat harus dikumpulkan untuk diserahkan kepada pihak yang berkenaan. “So, kau dah tahu siapa Miss Dark tu? Wow. Tahniah la.” Ain menjawab dengan nada yang mengjengkelkan setelah berasa terkilan dengan sikap Hazwan yang meninggikan suara. Nasib baik tak ada orang di tempat parking ketika itu.
"Yaa... aku tahu. Aku dah tahu. Sampai hati kau buat aku macam ni. Aku ingatkan kita kawan. Tapi serius, kau terlalu selfish.” Hazwan menyambung lagi. "Apa yang kau nak merepek ni? Selfish? Kau baru tahu ke apa? Dan apa kaitan dengan Miss Dark tu?” Ain cuba menahan rasa marah.
“Miss Dark tu seseorang yang dekat dengan kau kan? Kau tahu tentang tu kan?” Nada Hazwan kembali kepada asal. Ain tersentap. Dia terfikir, adakah Hazwan tahu kebenaran tentang Miss Dark tu. Ain tertanya-tanya. “ Okey, kau nak cakap aku tipu kau tentang Miss Dark tu? Seseorang yang dekat dengan aku? Siapa?” Ain cuba menyembunyikan rasa risau tu.
"Weh, dahla nak menipu!” Nada Hazwan kembali meninggi. “Kau tahu yang Miss Dark tu Sarah! Tak payah nak menipu lagi. Sarah dah ceritakan semuanya pada aku. Dia mengaku pada aku.”
“Sarah?” Ain dan Nadia berpandangan sesama mereka. Ain tersenyum sinis. “Yaa.. Sarah. Kawan kau. Kawan kat tempat kerja lama kau. Dan kau daa tahu selama ni kan? Even masa aku cerita kat kau perasaan aku kat Miss Dark, kau dah tahu siapa Miss Dark tu." Hazwan menjawab pertanyaan Ain yang masih terpinga-pinga.
Dan Hazwan menyambung lagi, “Sarah dah ceritakan semuanya. Dia cakap kau ada perasaan pada aku. That's why kau keep pretending kau tak kenal Miss Dark tu. Sampai hati kau kan? Kau pentingkan diri sendiri. Kawan sendiri pun kau sanggup kutuk. Apa jenis kawan kau ni?”. Di saat tu, tangan kanan Ain dah digenggam erat-erat mendengar penipuan yang disumbatkan ke dalam otak Hazwan oleh Sarah. Nadia mahu membukak mulut tapi ditahan oleh Ain.
"So, kau dah tahu Miss Dark tu Sarah la?” Ain cuba menyembunyikan rasa marah, kecewa dalam hati dia. Nadia memegang tangan Ain. Sejuk. “Tahniah la. Even aku rasa macam what the hell la aku nak ada perasaan kat kau. Tahniah la, sebab kau daa discover yang Sarah tu Miss Dark even aku rasa macam full of lies.” Ain bercakap dengan penuh sinis, menyembunyikan rasa marah, bengang dan kecewa dalam hati dia.
“Full of lies?” Hazwan tersenyum sinis memandang muka Ain yang agak kemerahan. “Kau tak rasa yang kau adalah full of lies? Hipokrit betul kau. Kau tak rasa diri kau hipokrit?” Hazwan cuba menimbulkan rasa membara di hati Ain. “ Aku tahu aku hipokrit. Aku tahu aku ego. So apa kaitan dengan kau?" Ain menyampuk dengan rasa marah sebelum Hazwan menghabiskan kata-katanya.
"Masalahnya? Aku tak tahu macam mana Adam boleh suka pada perempuan macam kau? Dahla bukannya cantik sangat pun. Ego lagi. Kadang-kadang kasar. Serius, kau bukannya jenis perempuan yang lelaki termasuk Adam akan suka. Kau tak layak langsung dengan Adam. Dan aku rasa bagusla Adam menyembunyikan diri dari kau. It's really great he did that. Dan aku rasa kau tak layak langsung untuk mencintai seseorang." Hazwan beredar dari tempat itu meninggalkan Ain yang penuh dengan rasa marah.
![]() |
| we all get hurt. |
Tangan Ain dikepal sekemas-kemasnya ibarat mahu melontarkan 1 tumbukan tepat ke muka Hazwan. Atau mungkin 1 sepakan yang kuat ke kaki Hazwan. Tapi Ain biarkan. Biarkan Hazwan berlalu pergi dengan meninggalkan rasa marah di hati Ain , rasa marah di hati dia. “Oh.. nanti jangan lupa kirim salam pada Miss Dark tu!” Ain melaungkan ayat terakhir kepada Hazwan yang sedang berjalan pergi. Nadia memandang muka Ain yang kemerahan menahan perasaan marah. Tangannya yang memegang tangan Ain dilepaskan. Terlalu sejuk. Ain memandang Nadia yang ingin menenangkan perasaannya., "Jom makan ice cream?" ajak Ain dengan tersenyum kepada Nadia ibarat tak ada apa-apa yang berlaku sebentar tadi. Nadia tersenyum kepada Ain, mengikut rentak Ain. Dan diantara Ain dan Nadia je yang tahu siapa sebenarnya Miss Dark itu.
![]() |
| ice cream? |
p/s- oh maaf la kalau cerita nie tak best.. haha. Panjang dan tak best. 3 muka surat kot.. hehe. Aku sebenarnya nak cerita pasal Ain dengan Adam tapi melepas ke kisah pergaduhan Ain dengan Hazwan.. hehe. Nantilah aku buat cerita tu..if aku rasa nak la... huhu. terima kasih sudi membaca sehingga ke akhir perkataan..=)









ajar gua buat cerpen buleh ? hihi
ReplyDeleteaku tunggu cerita seterusnya. ;)
ReplyDeletenice story...pjg2 xpe jnji bez..
ReplyDeleteErrkk .. Ni kisah benar ke? Kalau kisah benar dan Ain tu sebenarnya tak bersalah, kesiannye kat dia .. =(
ReplyDeleteJantan ni memang kebanyakannya macamtu ke? Lebih percayakan GF@pompuan yg dia suka dari kwn yg dia dah lama kenal???? Dasar gila bayang ! Bau kentot yang cam longkang pun dikatakan wangi .. Heh ...
kim heerul: erk.. aku pun tak expert jugak.. haha
ReplyDeletehanaahmad: =).. tahu2 je ada kisah seterusnya..
ezad amir: terma kasih..=)
AdiaLuze: hanya penceritaan sahaja... tidak berkait dengan yang hidup mahupun mati.. =)
betul jugak.. majoriti lelaki yg dikenali memang macam tu, ala.. pompuan pun sama jugak..=)
cerita yang menarik untuk terus dibaca...
ReplyDeleteErm ade sebut2 tajuk entry dedulu kn
ReplyDeletebg sy best da cte ni.
Ain tu missdark kn?
Nk tau sal adam lak
n ain tu ske x hazwan
lelaki semalam| terima kasih..=)
ReplyDeleteiffah afeefah| ha'ah,.. entry yg salah post.. huuuu
mekasih... err... yang tu kena tunggu kisah yg seterusnya.. =)
p/s=Ain tak suka Hazwan..
aaarghhh... kalau saja akak rasa sara tu penipu dan miss dark itu ain... arghhhh... mungkin akak kena baca lagi sekali. btw... akak suka entry ni.... erk... cerpen ni menarik... smbung nnti inform akak tau....
ReplyDeleteps: :P ingat tauuuuu.. inform.... nk tahu
Betul jugak kan .. pompuan pun sama la jugak camtu .. ahakss ..
ReplyDeleteP/S : Pagi2 ni tengok eskrim cam bes jee .. Nyuummmm :P
bidadari syurga: heee... betul la tu..=). Insyaalah.. =)
ReplyDeleteAdiaLuze: ha'ah.. macam best lak icecream.. heee
Akak rasa kan, citer ni leh wat novel. Untung2 leh difilemkan .. Kayooo tau .. ahakss
ReplyDeletebukan senang nak mereka cerita buat org tertarik utk baca...trus kn usaha...xlame lg boleh jd sastrawan negara...hehe
ReplyDeletenice job.keep it ya!
ReplyDeleteaiskrim?hehee~
AdiaLUze: yeke??? tapi tak berminat.. huhu.. ('~')
ReplyDeleteJasman: mekasih... harap tak sampai ke tahap itu... =)
Layyinul Harrir: thanks... punya seribu kisah di sebalik ice cream.. ('~')
Akak bz gila semenjak dua mnjak ni. Mlm ni baru rasa lapang sikit nak Bw :)
ReplyDeleteKomen:
Nice.. interesting sgt. aku pon mcm iffah nak teka juga. Ain is Miss Dark?
Dia tak suka Hazwan? Tapi hazwan suka Mis dark (Ain) ahahaha..
Ye!Adam? her bf? ex bf?
nak tahu kisah ibi seterusnya- mean it interesting lah :)
*gud job my dear :)
Nong Andy: Yaa.. tue sila tunggu kisah3 seterusnya.. =)
ReplyDeleteMekasih..