![]() |
| Ain dengan raut wajah yang kosong. |
“Aku minta maaf.” Kata Ain dengan nada
bosan pada Hazwan di satu perjumpaan yang diaturkan oleh Kamal pada petang itu.
Perjumpaan yang bertujuan untuk meleraikan perbalahan di antara AIn dengan
Hazwan. Tapi Hazwan tak dapat menerima kemaafan Ain. Dia tak dapat menerima
penipuan Ain. Dan Ain, seperti biasa, dengan raut wajah kosong memandang Hazwan
yang mengeluarkan kata-kata amarah dengan nada perlahan memandangkan mereka
berada di kedai makan petang itu. Selepas melahirkan ketidakpuasan di hati,
Hazwan bangun dan beredar dari tempat itu meninggalkan Kamal yang cuba
mendamaikan mereka berdua.
Dan Ain, menarik nafas sedalam-dalamnya,
menahan rasa marah terhadap Hazwan yang mudah menunjukkan sifat panas barannya.
Dia memandang Hazwan bangun beredar tanpa mempendulikan panggilan Kamal. “Ah…
biarkan dia,” kata Ain pada Kamal yang cuba bangun untuk mendapatkan Hazwan
balik. Kamal memandang Ain. “Kenapa? Aku rasa kau orang kena selesaikan benda
ni,” Kamal berkata pada Ain.
Kamal tahu tentang perbalahan Ain dan
Hazwan. Yaa… Hazwan menceritakan semuanya pada Kamal selepas dia beredar dari
tempat kerja Ain. Dan malam tu, selepas balik dari berjumpa dengan Hazwan,
Kamal menghubungi Ain, meminta kesahihan cerita yang disampaikan oleh Hazwan.
Dan Ain, dengan rasa yang teramat penat dengan bebanan kerja ditambah lagi
dengan perbalahan yang berlaku sebentar tadi, hanya mengiyakan dan meminta
Kamal menghubungi semula.
Dan entah bagaimana, Kamal merancang untuk
mendamaikan Ain dan Hazwan, meminta untuk berjumpa mereka berdua di hujung
minggu tanpa memberitahu tentang kehadiran Ain kepada Hazwan dan kehadiran
Hazwan kepada Ain. Yaa… hujung minggu itu sahaja yang dapat dipilih disebabkan
kesibukan Ain hanya kosong pada waktu hujung minggu. Mengetahui kehadirang Ain
pada petang itu, Hazwan menunjukkan reaksi jengkel. Dan Ain hanya tersenyum
sinis sahaja memandang kelakuan Hazwan.
“Biarkan je Hazwan tu. Mungkin salah aku.
Mungkin salah dia yang tetiba emo. Tapi aku rasa aku yang bersalah dalam hal
ni. Ala… nanti dia okey la. Bukan sekali dia buat perangai macam tu. Macam la
kau tak tahu perangai dia,” Ain menjawab pertanyaan Kamal. “Tapi, kau mesti ada
sebab kan kenapa kau buat macam tu?” Kamal bertanya lagi.
![]() |
| Ain tahu menyembunyikan perasaan. Dia bukan hipokrit. Cuma itu saja pilihan yang ada untuk menjaga hati dari berkecai. |
“Ah… tukar topic la. Eh.. air dah sampai!,”
Ain mengelak dari menjawab pertanyaan Kamal. Kamal hanya mampu tersenyum
melihat perilaku Ain yang sedang menghirup Neslo ais kegemarannya. Dia tahu
Ain. Dia tahu tentang Ain dari Adam. Yaa… bagi Kamal, Adam tahu perangai Ain
lebih dari Ain tahu tentang dirinya sendiri. “So kau memang dah tahu yang Sarah tu Miss Dark la? Tapi kan Ain, aku still rasa
Sarah tu bukan Miss Dark.” Ain berhenti menghirup Neslo Aisnya. Dia memandang
Kamal yang sedang tersenyum ke arahnya.
“Asal kau cakap macam tu?” Ain bertanya
pada Kamal. “Entah, dari penulisan Miss Dark dengan peribadi Sarah, mmmm… aku
rasa tak de persamaan langsung.” Kamal menjawab pertanyaan Ain. Kamal kenal
Sarah, bekas housemate dan kawan di tempat kerja lama Ain. Dia pernah bersua
dengan Sarah tika Sarah datang melawat Ain di tempat kerja baru Ain.
“Ceh… kau baru jumpa dia 1 kali kot…” Ain
menjawab. “…3 kali.. 1 kali masa dia teman kau hantar barang ke rumah sewa baru
kau, 1 kali masa dia ada seminar kat sini dan 1 kali masa kakak ipar dia dapat
baby baru…” Kamal menyampuk sebelum Ain sempat menghabiskan ayatnya.
“Fuhhh… daya ingatan kau memang terbaik.
Alaa… kau bukannya kenal Sarah sangat pun. Besides, jadi blogger dengan
seseorang di dunia reality is 2 different things ok.” Ain membalas. “Hurm… okey
if you said so. But still aku rasa Sarah tu bukannya Miss Dark,” Kamal masih
berpegang dengan andaian dia sambil memandang Ain yang kembali menghirup
minumannya
“Ala…biarkan je la. Naluri kau tu
kadang-kadang tak boleh dipakai. Lagipun, Sarah pun dah lama sukakan Hazwan Cuma
Hazwan je yang ego. Alih-alih dia dapat tahu Sarah tu Miss Dark,”Ain menyambung ayatnya dengan perasaan jengkel. “Tapi, masa Sarah confess kat Hazwan dulu,
Hazwan reject kan? Dia just mintak jadi kawan je,” Kamal masih mahu tidak
mengaku kalah.
“Ish..kau ni.. tu dulu la. Sekarang tak. Keadaan
dah berubah. Mungkin sekarang ni mereka sedang bahagia… ohsemm betul,”Ain
menyambung lagi. Kamal hanya tersenyum mendengar ayat Ain. Yaa.. Ain dan Kamal
tahu tentang perasaan Sarah pada Hazwan. Hazwan menceritakan pada mereka
berdua. Namun Hazwan menolak perasaan Sarah disebabkan perasaan cintanya pada
Miss Dark. “Yaa… memang betul. But somehow aku rasa ada something yang tak kena,”
Kamal menghuraikan pandangannya.
“Maksud kau?”Ain bertanya pada Kamal. “Yeela…
cuba kau fikir. Macam mana Sarah tahu tentang Miss Dark. Maksud aku, macam mana
dia tahu tentang Hazwan suka Miss Dark? Kau tak terfikir ke tentang tu?” Kamal
menghuraikan persoalannya.
“Ala… nie mesti Hazwan yang bagitau Sarah.
Apa la kau. Sarah tu, bila dia nak sesuatu dia akan cuba dapatkan selagi benda
tu tak berpunya. Kau faham kan?” Ain menjawab persoalan Kamal. Kamal tersenyum
diiringi dengan anggukan kepala. “Dan… mungkin Hazwan dah tak larat nak melayan
Sarah, so dia pun ceritalah tentang Miss Dark. Is it clear? Just assumption
only,”Ain menambah lagi.
“Ada betul jugak… bagus jugak kau punya assumption,”
Kamal memandang Ain dengan senyuman. Ain hanya ketawa kecil mendengar ayat
Kamal. “Tapi kan, 1 je yang aku musykil,” Kamal kembali bertanya. “Apa dia?”
Ain bertanya dengan perasaan ingin tahu. “Kau cakap Sarah tu jenis yang akan
cuba dapatkan sesuatu selagi benda tu tak berpunya, but dari apa yang aku baca
kat blog Miss Dark, Miss Dark tu macam seseorang yang akan stop hoping bilamasa
dia rasa dia tak sesuai dengan benda yang dia rasa dia nak. Sebab tu aku rasa
Miss Dark tu bukan Sarah,” Kamal menjelaskan kemusykilannya. Ain hanya memandang Kamal tanpa sebarang reaksi.Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi. Dia risau jika dia tersilap cakap yang mungkin membawa kepada perkara yang sebenar.
“Eh… makanan dah sampai!” Ain berkata
setelah seorang pelayan lelaki membawa dulang yang berisi makanan yang dipesan
oleh mereka. “Kau suka tukar topic kan?” Kamal bertanya kepada Ain. “Eh.. mana
ada,”Ain menjawab. “ Aku just nak bagitau kau yang order dah sampai…kan tadi kau cakap kau lapar?” tambah
Ain dengan tersenyum kepada Kamal. "Yeela...tapi still aku takkan ubah pendapat aku," Kamal menegaskan. "Hurm," Ain hanya menjawab pendek. "OK lah.. dah kau cakap macam tu. Aku tak de pape yang harus dikata," Ain berkata lagi. Kamal memandang Ain sebelum berkata, "Siapa yang kau nak lindungi ni?" AIn terkejut dengan pertanyaan Kamal.
"Lindungi siapa? Mana ada. aku just huraikan pandangan aku terhadap Miss Dark dengan Sarah je," Ain menjawab. "Hairan, sebab aku rasa kau tahu siapa Miss Dark sebenarnya. Dan kau dan aku tahu Sarah bukan orangnya," Kamal kembali menimbulkan persoalan. "Ish, kau ni. Mana ada. Dahlah tukar topik. Malas nak cakap hal ni buat aku sakit hati je,"Ain berkata."Okey, okey."Kamal berkata. akur dengan kehendak Ain.Ain memandang Kamal dengan senyuman sebelum mencapai pinggan yang berisi makanan yang dipesan yang baru tiba.
"Lindungi siapa? Mana ada. aku just huraikan pandangan aku terhadap Miss Dark dengan Sarah je," Ain menjawab. "Hairan, sebab aku rasa kau tahu siapa Miss Dark sebenarnya. Dan kau dan aku tahu Sarah bukan orangnya," Kamal kembali menimbulkan persoalan. "Ish, kau ni. Mana ada. Dahlah tukar topik. Malas nak cakap hal ni buat aku sakit hati je,"Ain berkata."Okey, okey."Kamal berkata. akur dengan kehendak Ain.Ain memandang Kamal dengan senyuman sebelum mencapai pinggan yang berisi makanan yang dipesan yang baru tiba.
“Adam dah balik Malaysia,” Kamal menukar topik yang dibualkan sambil memandang Ain yang sedang meniup Char Kuey Teow yang berasap. Ain
terhenti seketika sambil memandang Kamal yang sedang tersenyum kepadanya. Dan
dia kemudian kembali kepada aktivitinya, meniup sesudu makanan di hadapannya
sebelum memasukkannya ke dalam mulut.







4 comments:
oh... ingatkan dah ada kisah Ain dan adam hehe.. rupanya masih dok fikir. takpe.. take ur time :)
Nong Andy: hehehe... ya.. =)
Ye sgt best
btw sal blogger n org dlm realiti
xbpe stuju
rase. Xla xsame sgt kn
Iffah Afeefah: mungkin.. mungkin tidak.. maaaf. aku cuma menceritakan. maaf jikalau tidak benar..=)
Post a Comment