Wednesday, November 9, 2011

strange feeling...|part 2

Suasana cam ni bila ia berlaku.

(sambungan dari sini)
Girl A: Oh saya… ( sambil mengkuis-kuis kaki dia kat tanah). Saya tak tahu kenapa. Saya tak tahu apa yang saya nak bila saya buat confession nie. Tapi saya tak harap ada relationship dengan awak.

Lelaki B: Awak pernah fall in love? Awak pernah suka kat seseorang kan? Awak cakap saya orang kedua yang awak suka. (sambil pandang Gadis A).

Girl A: Err… (sambil pandang balik lelaki B kemudian menundukkan kepalanya kembali sambil disusuli dengan anggukan perlahan.)

I do hope nothing from you


Lelaki B: Then, awak tahu macam mana nak tunjukkan keikhlasan?

Girl A: (Still menundukkan kepalanya). Awak suruh saya tunjukkan keikhlasan kat awak? Bukti yang saya suka awak?

Lelaki B: Tak la.( Sambil tersenyum) Lagi pun, awak cakap awak tak harap ada relationship dengan saya kan? Then, I guess you just wanna be friend only.

Girl A: Hurmm.. maybe betul la kot. Saya pun tak tahu asal saya boleh ada kekuatan nak luahkan benda ni kat awak. Betulla, kita baru kenal 2 sem and then saya ada strange feeling kat awak. Mesti awak thought saya seorang yang weird kan? (Still menundukkan kepalanya)

Looking forward


Lelaki B: (Sambil tarik nafas penjang dengan senyuman) Tak de la. Saya happy bila ada orang suka saya. Even mungkin kita tak boleh jadi lebih dari seorang kawan. Sekurang-kurangnya awak jujur dengan diri awak. Dan sekurang-kurangnya saya tahu perkara sebenar.

Girl A: Saya…(pandang ke depan tapi still elakkan diri dari pandang lelaki B). Saya pernah simpan perasaan kat seseorang before saya kenal awak. Bertahun lamanya. Dari jauh je saya perhatikan dia. Kitaorang kawan but dia tak pernah tahu perasaan saya pada dia. Saya ego dengan dia. Saya thought nak confess selepas saya dan dia tamat belajar then saya found out dia dah ada awek. Untuk lupakan dia, saya try couple dengan kawan baik saya but it turns out badly. Kawan baik saya tipu saya. Permainkan perasaan saya.

Lelaki B: Dalam dunia ni susah nak cari orang yang betul-betul ikhlas .Saya harap awak tak still dealing with your past. And I guess awak dah dapat lupakan orang yang first awak suka tu kan? (Sambil pandang girl A)
disclosure

Girl A: Tahu. Saya selalu tahu perkara tu. Saya dah okey. Dah tak berduka lagi disebabkan previous relationship yang penuh dengan penipuan. And yup, saya dah dapat lupakan first person yang saya suka. (Still pandang ke depan tanpa pandang Lelaki B)

Lelaki B: Good for you. Lao tak, awak takkan confess kat saya kan? (Sambil tersenyum). Then what happened after that?

Girl A: Eh… (Sambil pandang Lelaki B dengan penuh hairan)Then, saya move on dengan hidup saya. Keep being single. Saying Single is better until…

Lelaki B: Until awak realized awak suddenly have strange feeling kat saya kan? (Sambil pandang Girl A dengan senyuman)

I'm OK
Girl A: (Sambil pandang Lelaki B dengan senyuman) Hurmmm… macam tu la. Saya just rasa saya perlu confess even saya tak harap apa-apa dari awak.

Lelaki B: Awak tak nak nanti awak menyesal kan? I got it. (Sambil tersenyum). Saya pun macam awak dulu. Pernah dikecewakan oleh ex saya. Dan sekarang saya tak berminat nak ada sebarang komitmen dalam sebarang hubungan yang berlawanan jenis. Just be friend dah cukup ok bagi saya.

Girl A: Saya faham. Saya okey je.

Lelaki B: Awak tahu, saya boleh jadi seorang kawan yang baik. Awak boleh share dengan saya apa-apa. Maybe it’s better if we be friend only. (Sambil tersenyum kepada Girl A)


Then Girl A dan Lelaki B berkawan. Beberapa tahun lepas tu, Girl A dah jumpa cinta sejati dia dan begitu juga dengan Lelaki B. Tapi aku tak tahu whether diorang still lagi akan berkawan or not lepas tu… Sekian…=)

Thursday, November 3, 2011

terima Hakikat


hakikat tue pahit...

Aku ada 1 kisah tao.. kisah real. Happen in real life… nie aku kisahkan based on apa yang kawan aku cerita kat aku mengenai seorang schoolmate dia dulu. Aku tak tahu sangat macam mana cerita tue berjalan so aku cerita mengikut kefahaman aku la.

Kawan aku  cakap.. kawan dia, biar je la aku panggil Miss Q. Kawan aku dengan Miss Q dulu satu sekolah. Dan sekarang Miss Q dan kawan aku 1 U..  Kawan aku cakap, masa sem 1 dulu, Miss Q bertudung labuh. Dan sekarang, Miss Q daa free hair. Kawan aku memang terkejut argh tengok Miss Q tu..

Then.. bila diselidiki perkara sebenar, Miss Q rupanya ada breast cancer, and then dia jalani surgery nak buang cancer tue dan korang tahu la apa yang terjadi kan. And then, lepas surgery tue, kawan aku dengar dari orang lain mengenai apa yang berlaku kat Miss Q. Then,Miss Q berubah jadik tomboy, tudung labuh yang dia pakai entah ke mana. Tapi Miss Q daa berubah. Kawan aku cakap, Miss Q tak boleh terima hakikat apa terjadi kat dia. So that’s why dia berubah jadi macam tue.

jangan terlalu berduka..
See.. aku tahu tak semua apa yang berlaku kat kita, kita boleh terima kan? Alaa.. korang pom pernah alami kan? Aku pom. Bila aku tahu mengenai kisah silam family aku, yeah… aku memang tak boleh terima hakikat. And then aku pom fikir, EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON. Yup.. aku daa jumpa “reason” tue. Reason kepada “hakikat” tu.. Dengan “hakikat” tue la, aku lagi sayang family yang besarkan aku. This is not fake, this is the truth.

Kadang-kadang aku rasa cam terlambat gila nak tahu hakikat tue, tapi better tahu dari tak tahu langsung kan? Heehe.

Kadang-kadang memang la sesuatu hakikat tue kita tak boleh terima, let’s say bila seseorang tahu dia adalah anak angkat. Or bila boyfriend or girlfriend dia tinggalkan dia untuk orang lain. Perit memang perit kan hakikat tue? Tapi kalao korang fikir apa yang aku fikir, EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON, soon korang akan dapat terima apa yang terjadi kat korang.

sometimes nangis ok gak kan?
Jangan sebab terlalu berduka dengan hakikat tue, kita berubah menjadi lebih teruk. ALLAH daa tetapkan apa yang terbaik untuk kita. Kita might tak mengerti kenapa kita yang diuji sebegini but you know what, orang yang diuji oleh ALLAH, adalah orang yang terpilih. So bersyukur sebab korang terpilih.

Eh… tazkirah agama lak aku nie.. hehhe. Okey la setakat tue je yang aku leh cerita. Aku bukannya alim sangat nak cerita soal-soal agama ni.. aku share apa yang aku tahu je.. sekian.

Saturday, October 29, 2011

strange feeling...|part 1

comel..

Di suatu petang..

Girl A: Awak, saya rasa saya ada strange feeling kat awak.

Lelaki B: Strange feeling? Maksud awak? Cuba definekan perkataan strange tue.

Girl A: Err.. saya tak tahu. Susah nak cakap. (sambil menundukkan mukanya)

Lelaki B: Awak suka saya ke?

Girl A: Eh, macam mana awak tahu. ( pandang muka lelaki A then kembali tunduk)

Lelaki B: (Sambil tersenyum). Saya guess je. Kenapa awak boleh suka saya?
heart broken??

Girl A: Errr… saya tak tahu. Tapi saya tahu awak daa ada someone. Saya tak nak jadi orang yang ketiga. Saya tak nak kacau hubungan awak dengan awek awak tue.

Lelaki B: Then, apa tujuan awak bagitao saya hal ni? Awak cakap awak tak nak jadi orang ketiga. Tapi awak bagitao saya hal ni.

Girl A: Err.. so budak perempuan tue memang awek awak la?

Lelaki B: (sambil tersenyum).. Tak la, dia just kawan 1 kelas dengan saya. Saya selalu lepak dengan dia. Saya still single la.

Girl A: Oh, macam tu ke. (still menundukkan kepalanya). Tapi saya selalu nampak awak dengan dia. Cara awak dengan dia pom daa macam korang couple.

Lelaki B: Tak de la. Kami just kawan je.  Saya kenal dia dari zaman sekolah lagi. Lagi pom, dia daa ada pakwe. Pakwe dia kawan baik saya jugak. Takkan la saya nak couple dengan awek kawan baik saya. Saya bukan jenis yang tikam belakang kawan sendiri.

Girl A: Oh.. saya tahu awak bukan macam tue.

Lelaki B: (sambil tersenyum). Then kenapa awak boleh suka saya? Kita baru kenal 2 sem. Is it sebab saya hensem ke? Atao sebab saya pandai? Atao sebab saya famous kat U ni?

Girl A: Eh… (dengan muka yang terkejut). Bukan tue… apa yang awak cakap tue bukan tue sebab dia. Saya tak tahu. Awak orang ke 2 yang saya suka. Tapi orang yang first yang saya buat confession nie.

Lelaki B: Oh… saya faham. Majority budak-budak perempuan kat U nie suka saya sebab semua tue.

Girl A: Then, apa yang terjadi?

Lelaki B: Diorang remove saya dari FB. Ignore saya everytime diorang nampak saya. But, saya okey je..


Girl A: Oh.. saya.. (sambil mengkuis-kuis kaki dia kat tanah)
waiting dalam hujan..
p/s.. aku sambong lenkali la pulak.. tak larat .. hehe

KiTab TerFakTab...

Yess.. aku daa beli KITAB TERFAKTAB. Lantak la korang nak cakap aku jiwang sebab beli dan baca buku mengenai Cinta… yaaa.. aku suka baca benda yang berkaitan dengan relationship, cinta but nak hampiri cinta tue.. pergh.. jauh sekali.. serik kot.. =)

Apa tue KITAB TERFAKTAB? Cehhh.. malas aku nak buat pengenalan.. kalao korang seorang blogger sah-sah korang tahu.. dah3 jangan tanya soalan yang bodoh cam tue.. hehe

Aku bagi 10 bintang penuh kat Buku tue.. haha. Best..!!!

Apa yang aku suka pasal buku nie?  First thing is dia punya cover.. warna hitam.. hahah. Bila warna hitam so aku tak perlu la nak menyorok nak membaca buku cinta-cinta nie.. hehe. Plus aku suka buku yang berwarna hitam.. buku cik diary aku pom berwarna hitam.. heheh

And then..  dia punya content.. serius.. aku boleh cakap, apa yang diorang tulis-tulis, kebanyakannya aku pernah alami.. dari stalking Facebook Ex, sehingga make confession. Having a crush on someone you know u can’t get him.. perkahwinan diatur keluarga ( maybe) dan so on.. hahaha.. Aku suka everything.. hehe.

Aku nak dapat buku tue pom 2 3 kali fikir nak beli ke tak.. lao tak beli kang menyesal lak.. last-last aku ikut kata hati even kata akal cakap tak perlu.. hoho. Dan terpaksa tunggu seminggu kot nak dapat. Huhu.. And then aku siap balut lagi buku dengan plastic cover.. nak menunjukkan betapa aku sayang buku aku.. eh bukan ke aku balut semua buku aku???

nie penulis3 dia kot? *aku cilok dari Google..
So sesape yang tak dapat lagi buku tue.. sila la beli.. hehe. Okey la.. tue je nak citer pasal nie.. sape nak sila beli.. aku tak bagik pinjam.. hehe.. Hanya orang tertentu je leh pinjam.. sekian..=)

Friday, October 28, 2011

11 questions

Aku sebenarnya kena tag tao.. 2 orang sekaligus.. heheh. Mereka-mereka ini suh aku jawab soalan diorang.. hehe. Yahh. Aku suka jawab soalan yang tak berkaitan dengan Accounting.. haha. Okey.. set pertama soalan. Datangnya dari Kak Nuru... heheh,

1.                 kenapa korang sayang mak korang?
-Sayang mak sebab dia pandai masak.. hehe

2.            penah mencuri tak?
-Pernah kot?? Lupa.. @_@

3.            cinta pertama  korang sape?
-Nie.. first person yang aku suka masa zaman Matrik dulu..tapi tak luahkan. Just keep je feeling tu... hehe

4.            korang selalu masuk belog aku buat ape je?
-Of course baca entry then leave comment.. kita suka mengomen.. hee

5.            ape yang korang jangkakan untuk 5 tahun akan datang?
-Ermm.. kerja as Auditor.. Insyaallah.. ada kereta sendiri.. =)

6.            mimpi paling indah penah korang alami ape ye?
-Ermmm... mimpi jumpa mr.Right.. eh..@_@

7.            suke dengar radio klasik fm tak? 
-Ish.. tak... layan Hitz.Fm dari klasik.. klasik buat saya tertidur.. hehe

8.            secara fizikalnya, korang ni sihat ke tak?
-Alhamdullilah.. sihat je..

9.            setiap hari semayang 5 waktu cukup ke?
-Alhamdullilah.. setakat nie cukup kecuali ada bila 1 part tue datang.. heheh

10.         untuk berjaya, apeyang korang amalkan?
-Study hard.. ingat keluarga... dan impian.. dan juga solat.. bab3 kerohanian tue penting..=)

11.         last, name korang paling dasat penah digelarkan ape ye?
-Err.. setakat nie takde kot.. eh.. entah lupa.

Dan set soalan yang kedua datang dari cikYana Yusoff.. Dia tanya dalam BI tapi aku jawab dalam BM la.. boleh tak awak??? Heee..
                1-What kind of music do you like?...
                               Lao tanya bab lagu… sah3 aku jawab aku suka lagu yang rancak.. hahha. By the way I prefer English Songs .. hehe

                2-Love reading or not?
                               Of course la… lao tak aku tak baca blog orang… eh…

                3-Have you met someone special in your life?
                               Err.. yang nie aku tak tahu nak jawab apa… aku rasa tak kot lagi sebab aku sedang menunggu mr.A muncul… hohoh ~lalalalala~

                4-Do you love cooking?
                               Yang nie aku tak tahu nak jawab apa.. suka kot? Tapi still tak berapa nak pandai masak.. haha

                5-Your favourite food?
                               Aku nie tak cerewet sangat bab-bab makanan asalkan halal dan tak pelik… hahah

                6-Fall in love with chocolate or not?
                               oH.. yang nie absolutely!!! Aku cair bila jumpa kedai chocolate.. haha

                7-What kind of person that you admire most?
                               For the truth.. aku jarang nak admire orang sangat.. err..kalao aku admire pom aku tak tahu mengapa aku admire dia… eh..@_@

                8-Missed Someone? Who’s the lucky person?
                Ahaaa… aku rindu semua orang boleh tak??? Kawan dan family aku.. heheh. Kalao nak cakap lucky tue maybe boleh diklasifi bila aku start mimpikan seseorang tue.. eh..@_@

                9-Do you like Teddy bEar?
                Yang nie… OF COURSE. Kat katil aku ada 2 teddy bear… tamak tak??? Hahaha

                10-Prefer makeup or natural?
                               Aku lagi prefer natural.. sebab aku K.O bab3 makeup nie.. haha

                11-Love or hate the rains?
                               Dengan ikhlasnya dan jujurnya… aku nak cakap.. I do Love rains… yeah.. aku suka basahkan diri aku dengan hujan… aku suka tengokk hujan.. cam release tension je bila tengok hujan.. heheh

Okey daa selamat menjawab soalan3.. heheh.

Wednesday, October 26, 2011

LIpAS..

aku google pom bulu roma daa naik... *sight*

Erk… semalam nak masuk tido..tetiba hinggap seekor lipas atas katil aku. Aku apatah lagi… berjalan keluar dari bilik dengan andaian lipas tue dah takde bila aku masuk bilik selepas itu dan alhamdullilah andaian aku betul.. heheh.

Untuk pengetahuan semua… lipas adalah binatang atao serangga yang paling aku geruni selain kumbang.. eeeeeii… yang  tue memang tak boleh aku go on.. even anak dia atao pom bangkai lipas.. it’s still mengerunkan aku…

Mengapa aku gerun giler dengan lipas nie??? Aku rasa perasaan nie berlaku ketika aku darjah enam kot??? Tak sure la… tapi sampai bebila pun aku akan ingat kejadian yang membabitkan lipas pada malam itu.
geli wooooo... @_@

….cerita bermula… pada satu malam, … aku waktu tue nak  masuk tido…dan suddenly aku nampak seekor lipas duk berjalan-jalan kat lantai bilik tido.. entah mengapa aku terus mencapai penyapu yang berada di luar bilik dan dengan sekali pukulan, lipas tue telah selamat menjadi “arwah”… dan aku sedari dalam masa ituu, ada lagi seekor lipas yang duk “pandang” darii luar bilik.. aiceh… tao3 jer aku .. hahah.

Dan entah, pada malam itu, tetiba aku sedar, dan aku lihat seekor lipas… betul-betul depan mata aku… sebenarnya kat sebelah aku je… then aku bingkas bangun bukak lampu … dan aku lihat setakat bukan sekor lipas, tapi 2 3 dan seterusnya… aku rasa bilik tue daa jadik tempat lepak lipas lak… dan macam biasa aku pergi ambik penyapu… tapi lipas-lipas sekalian tak mao beredar… err… start dari situ ia daa menggerunkan aku.. makin aku hentak penyapu.. makin lipas-lipas bertambah… dan entah macam mana.. aku terus beredar pergi tido bilik lain.… hahah. Takot…


pergh.. nie lagi la geli.. ~ewwww~

Start dari insiden tue, aku memang takot dengan lipas…. Agaknya lipas-lipas sekalian nak balas dendam sebab aku mengancam “kawan” diorang kot??? Dan dari situ jugak aku daa tak buat “penganiayaan” kat binatang daa… hahah… insaf… heheh.

Saturday, October 15, 2011

what goes around comes around...

WGACA

Pernah dgar tak perkara ni??of course la kan.. memandangkan masa kelas agama kat sekolah dulu, ustazah selalu cakap setiap perbuatan kita kat dunia nie ada balasan. Yang membezakan balasan tue sama ada di dunia atao akhirat.. lambat atao cepat..macam tue la bunyinya.

Seriously, entry nie sebenarnya aku nak buat bunyinya sayu sikit… tapi biarkan jela… haha. Hope korang tak kisah sangat.

Aku tak tao la.. balasan yang aku belajar masa kelas agama tu, ertinya sama dengan hokum karma.. déjà vu or whatever la orang panggil sekarang nie… tapi yang ketara pasal balasan-balasan nie.. hehe



Family tempat aku membesar selalu cakap… bila orang buat baik dengan kita, kita pom buat baik jugak… tapi kalao diorang tak.. biarkan sebab akan ada balasan nanti. Tue urusan dengan ALLAH selepas itu.

Let’s say for example… ada seorang ayah yang jarang gila nak ambik berat pasal seorang anak dia. But anak dia still hormatkan ayah dia sebagai seorang ayah. Selalu telefon tanya khabar even ayah dia jarang buat semua tue kat dia. Dan 1 hari entah macam mana, dia dapat tahu dari mulut ayah dia, yang ayah dia kawin dengan mak dia just sebab kasihan. Dan suddenly entah macam mana dia pom conclude selama nie mengapa dia tak pernah dapat layanan yang sama macam adik beradik tiri dia yang lain. Dan bila si anak tue daa makin meningkat dewasa, dia dapat tahu adik beradik tiri dia melayan ayah dia dengan cara yang dia rasa tak patot langsung, dari situ si anak tue still mengambil berat kat ayah dia even sometimes rasa nak give up, even tak pernah berborak dengan ayah dia happily. Dan sebab anak tue mengambil berat kat ayah dia is because dia rasa kasihan dengan ayah dia, bukan sebab dia sayang ayah dia.

Macam what goes around comes around kan???

Fuhh.. panjang jugak example yang aku bagi.  Kadang-kadang aku rasa kalao nak buat sesuatu tue kena seikhlas mungkin…  dan fikir pakai akal fikiran.. yeah.. sometimes kita buat something, kita tak pakai akal kan???

Okey… aku daa menyimpang dari tajuk asal… so macam tue la.. setiap yang kita buat nie ada balasan.. so beware of it. Heheh
THIS is life recycyle...

*sebagai peringatan untuk aku jugak.. hehe.

Wednesday, October 12, 2011

citer yang bermula ketika hujan..

ini kisah Hari tue... =0


Ada 1 hari tue.. masa kat bus stop, aku terpandangkan girl yang sama aku jumpa ari tue dalam hujan. Sekarang nie, dia duduk sambil duk baca nota kot??? Aku tak tahu tapi yang pasti kat tangan dia ada sekeping kertas.  Dia khusyuk gila duk baca. Sampai tak sedar  orang duk lalu lalang depan dia ataopom orang duduk sebelah dia. Haa… time tue dah tak hujan dah. huhu
scene di bus stop..

Outfit dia ari tue adalah baju kurung kuning bercorak bunga putih dan bertudung putih. Pergh.. memang khusyuk gila dia. Maybe dia ada kuiz kot esok??? Atao dia memang rajin??? Haa… Dia still sorang-sorang lagi. Aku tengok orang lain semua duk sibuk berborak-borak dengan kawan-kawan diorang. Siap gelak macam bus stop tue mak datok dia yang punya. Tapi girl tue still sorang-sorang… agaknya dia tak sama kelas dengan kawan dia kot??
khusyuk nya dia



Dan entah macam mana… aku nampak lelaki ari tue. Berjalan ke arah girl tue. But girl tue memang tak sedar la sebab dia khusyuk duk baca nota kat tangan dia…hehe. Kat tangan lelaki tue ada 1 beg kertas. Aku tak tahu apa isi kandungan beg tue. Dan lelaki  itu berjalan dengan penuh senyuman ke arah girl tue dan berhenti depan girl tue.



Dan entah macam mana girl tue yang khusyuk tunduk sambil baca nota dia, mengankat kepalanya dan terus memandang siapa yang berdiri depan dia. Aku rasa maybe girl tue daa sedar kot yang ada orang berdiri depan dia. Dan lelaki itu sambil tersenyum lebar bertanya kat girl tue “Awak ingat saya lagi tak?”. Dan sebelum sempat  girl tue menjawab, lelaki tue dah duduk sebelah girl tue. Aku rasa girl tue tergaman kot dengan tindakan outrageous lelaki tu. Huhu

Girl tue diam je sambil pandang sekejap lelaki tue before sambung balik baca nota kat tangan dia. Dan lelaki itu terus bertanya lagi kat dia “Awak baca apa? Rajinnya.” Girl tue pandang dia sambil senyum. Aku rasa mesti dalam hati girl tue cakap, “Eh, mamat nie sibuk je, suka hati la.”

Then entah, aku nampak lelaki itu bangun semula dan berdiri depan girl tue. Dan dia hulurkan beg kertas yang ada kat tangan dia kepada girl tue. Girl tue pom pandang semula kat lelaki tue. Mesti dalam hati tue, girl tue cakap, “Eh, apa kes mamat nie? Gila ke apa?”. Lelaki tue pom, macam daa syak yang girl tue akan fikir yang bukan-bukan, terus dia kata, “Awak, saya tahu hari nie hari jadi awak.” Girl tue pom terus menjawab, “Eh, awak nie salah orang ke?”
paper bag cam nie ..cute..sila bayangkan. haha

 Aku tengok lelaki tue cool giler je. Senyum je dia before dia berkata, “Tak. Saya tahu hari nie hari jadi awak. Jangan risau. Saya tak de niat lain. Saya just nak bagi awak hadiah yang tak seberapa nie. Dalam nie (sambil memuncungkan mulutnya ke arah paper bag yang dia pegang) ada 1 nota. Nota yang cerita everything. Bagaimana saya jumpa awak. Tahu pasal awak dan so on la.”

Aku tengok orang-orang yang ada kat bus stop tue pom daa pandang semacam kat arah lelaki tue dan girl tue. Girl tue still pandang lelaki tue. Lelaki tue senyum je. Dan entah macam mana, lelaki tue letakkan paper bag tue sebelah girl tue. Girl tue just pandang je paper bag sebelah dia.
hadiah  apa yerk??

Dan lelaki tue terus cakap lagi, “Harap awak sudi terima hadiah nie. Jangan risau. Masih ada banyak masa lagi nak explain semua ni” Lelaki tue kembali senyum kat girl tue.  Girl tue aku rasa daa terkedu kot. Haha. Pastue, lelaki tue sambung lagi before dia blah dari bus stop tue, “Saya rasa kita akan jumpa lagi.” Lelaki tue pom blah. Girl tue just pandang je lelaki tue blah, melintas jalan dan naik bas kat seberang sana.

Dan  aku dengar ada orang menjerit.. err bukan jerit la cakap… “Wahhh.. romantic giler.” Aku tengok muka girl tue daa merah. Malu kot diperlakukan sebegitu kat orang ramai. Dan bus datang. Aku tengok girl tue pandang paper bag tue, memikirkan dia nak ambik ke tak. So lepas beberapa saat, dia pun bangun. At first aku ingat dia nak tinggalkan paper bag tue kat situ. Tapi tak. Aku nampak tangan kanan dia mencapai paper bag tue dan berjalan menaiki bus sebelum bus terus beredar dari situ.


Dan dari kejauhan, bus kat seberang sana still ada lagi. Tak bergerak lagi. Dan entah macam mana aku ternampak lelaki tue duduk kat bahagian tingkap dan pandang bus stop arah sini sambil tersenyum. Agaknya dia daa tahu yang girl tue akan ambil hadiah tue. kan kan kan??? hehehe
Cerita yang bermula dari hari hujan.. haha


~THE END OF PART 2~

Tuesday, October 11, 2011

Nama saya GaRy,,,

Hai… nama saya Gary. Umur saya errr.. saya lupa sebab saya tak pernah masuk sekolah. Warna kulit saya atau bulu saya ialah putih masa kecil pastue bila daa besar jadik cam warna krim-krim sebab selalu p main-main dan berguling kat tanah. Selalu jer tuan saya marah.

nie masa saya kecik lagu..

Hobi saya? Semestinya tidur.. hehe. Tapi tuan saya selalu kacau saya tido. Tak best la macam tue. Tapi nasib baik saya cool. Saya tak mengamuk bila tuan saya kacau waktu saya tidur. Bila dia kacau saya, saya sambung tidur balik. Dalam erti kata lain, saya susah nak bangun tidur. Hoho. Tak macam tuan saya, bila saya kacau dia tidur, dia akan ambik saya dan peluk saya sampaikan saya pun ikut tidur sama dengan tuan saya.

saya suka kacao tuan saya sampai saya tertidur..

Saya suka main. Main la apa-apa… plastic bag ke, dengan suratkhabar pom saya boleh buat mainan. Saya suka jugak masuk dalam bakul. Hari tue, saya kena membebel dengan mak tuan saya sebab tidur dalam bakul. Dia nak guna bakul tue tuk angkat kain kat jemuran… heee..

Part yang paling saya tak suka is bila dipaksa mandi… Yeela, memang la saya akan dimandikan 2 minggu sekali ataopom bila masa tuan saya rasa dia rajin nak mandikan saya. Adik-beradik saya pom selalu jadik mangsa mandian tuan-tuan saya. Pergh.. sejuk tao. Hari tue habis kudrat saya lari-lari dalam bilik air, but tuan saya still tak berperikemanusiaan. Tapi kebiasaanya tuan saya akan mandikan saya bila masa dia balik cuti. So memandangkan dia tak ada di rumah, tambah-tambah adik beradik dia pom malas nak mandikan saya, saya apatah lagi berasa senang-lenang.

pinjam teddy bear tuan saya untuk tido.. hehe


Dalam rumah, boleh dikatakan sayalah yang paling nakal di antara adik beradik saya.haha. Saya suka tidur atas meja tempat tuan saya buat kerja. Itu paling best. Kadang-kadang bila tuan saya asyik dengan kerja dan tak hiraukan saya, saya akan kacau dia. Saya gigit dia ke, ataopom apa-apa yang boleh menganggu konsentrasi dia. Bila tuan saya membebel, saya lari ke tingkat bawah. Haha. Tapi lepas tue saya naik lagi. Then lepas tue saya kacao dia hingga saya tertidur. Pelik kan? Tuan saya takde sense of humour tao. Dia punya sense of humour datang bila ia nak datang.

tuan saya suka snap picture bila saya tido... 

Okey la.. itu saja cerita pasal saya. Salam perkenalan yerk.. =)


Thursday, September 29, 2011

hApPy bIRthdAy....

ohooo.. hari nie dan saat nie akhirnya telah tiba... ahahahha.


happy birthday


 pada hari nie... tanggal 29 sepTEmber 19**... aku telah selamat dilahirkan... kui3..dan Alhamdullilah aku diberi peluang oleh-NYA untuk meneruskan perjuangan dan peluang yang DIA bagi untuk aku sekali lagi.

actuall;y tak tao nak kata apa... nak tulis apa pum aku tak tahu... just saje je nak suh korang wish haPPY birthdaY kat aku... kalau yang nak bagik hadiah tue... aku teramat mengalukan.. huhu

ha'ah... umur aku??? aku boleh bagitao yang umur aku daa bertambah 1 lagi angka... hahah. tetiba rasa daa makin tua.. yeela sebab sem nie aku daa bergelar "kakak" (aku dapat roomate junior sem ni). Selama nie asyik ditreat as "adik" oleh kawan-kawan aku kat U.. ahaha. Tapi jangan risau aku still "adik" korang yang cute.. ( perasan sekejap)huhu

tetiba aku rasa birthday aku kali nie membawa makna yang besar dalam hidup... tak tahu kenapa.. maybe aku daa matang..  eh?? yeker??? tak kisah la.. aku happy bila orang cakap aku daa matang.. huhu. Terima kasih kat sape yang jadik orang first puji aku matang.. hahahah.

azam aku sempena birthday aku ??? err...actually banyak jugak hahah.


happy birthday..


first... aku nak belajar rajin.. actually makin rajin. aku nak tebus balik result yang jatuh merundum (sem 3) masa aku tengah sedey sebab kes mr.X...aku nak make sure result aku akan terus meningkat macam sem 4 punya ari tu... huhu. Tak sangka... menghilangkan ingatan pasal mr.X tue ada kebaikan dia tao..huhu.

second... aku nak capai cita-cita aku... which is... err... at first aku nak jadik Auditor tao.. and then lepas beberapa kelas Audit II sem ni menyebabkan aku berfikir balik pasal Elektif Perakaunan yang aku kena ambik sem depan... haish.. susah lol. takpe nanti aku tanya pendapat kawan-kawan satu kos aku yang expert... hehe

third...aku nak berubah jadi seseorang yang penuh dengan passion.. eh... entah mengapa... sem nie.. aku daa rasa matang kot??? serius.. sem nie memang buat aku happy semacam.. no idea... maybe  ada something yang came up???ahahha.. by the way terima kasih pada 'someone' yang buat aku senyum tanpa pengetahuannya. It's okey...3 tahun keep feeling kat kau, aku rasa that's one of the best part yang aku pernah alami.. huhu. It's okey.. aku daa tak de apa-apa perasaan kat kau dah... ahahah. Tak apalah.. sem ni tak jumpa kau sebab kita tak de sekelas pun sem ni kan??? huhuh. Dan terima kasih jugak kat kawan-kawan aku yang selalu bagi teguran dan nasihat yang bernas. Serius nasihat korang aku takkan lupakan sampai bebila sebab ia daa banyak mengubah hidup aku  sepanjang aku berkawan dengan korang.. I love you guys!!!hehe

fourth... aku nak avoid segala benda-benda yang berkaitan dengan perasaan nie... which is benda yang berkait dengan status "in a relationship". Owh... sorry la kat orang yang last aku reject ari tue. Hope kita still dapat jadik kawan macam dulu..=). Susah kot aku nak fall in love again.. haha. Even kadang-kadang aktiviti harian aku memerlukan aku berdepan dengan orang-orang yang selalu berdating, berjalan berpegangan tangan.. pergi discussion malam-malam nampak couple. Masa makan pom sama.. tunggu bas lagi la.. haish.. godaan betul... huhu. Tapi aku daa tak kisah daa... ohohoho

err... actually banyak jugak aku nak listkan kat sini.. tapi takpe la... aku bagitao kat cik diary je la.. ohhoohoh... oh dan yang paling penting... aku nak jadi seorang anak yang dibanggakan oleh keluarga. Nak balas jasa-jasa family yang membesarkan aku. aku tao... aku selalu jadik seorang yang agak "nakal" dalam family.. heheh.

okey la.. itu sahaja untuk entry kali ini...(sorry sebab panjang kemain..=)






rasa nak try makan kek birthday yang first?? ada sape3 nak kasi tak??

Monday, September 26, 2011

nevEr regreT on soMething thAt makE yOu sMile...

Assalamualaikum…

Hari tue, masa kelas Business Communication aku, aku dan kawan-kawan aku telah ditanya oleh lecturer aku satu soalan yang aku rasa memang buat aku terfikir sejenak. Hehe (tetiba aku rasa ayat aku nie skema sekejap..haha)

Dia tanya… “If you were given another chance to live again, what would you regret or what you wanna change about your current life?” 

Terfikir sejenak aku dengan soalan tue… kawan-kawan sekelas memacam diorang bagik jawapan. Ada yang cakap nak jadik the richest woman in the world, ada yang cakap nak cari boyfriend lain la… ada yang cakap nak ambik course genetic engineering instead of accounting… nak travelling around the world and so on… hehe

Dan bila sampai turn aku tuk bagik jawapan aku… aku just senyap je…sampaikan lecture aku siap tanya, "Do you need more time?" aku just angguk je...huhu. So it’s means that yang aku tak menjawab soalan lecturer aku… bukan aku seorang je… ada je 1 orang lagi tak jawab…entah aku pom tak tao apa yang nak dijawab..

Korang pernah rasa menyesal tak??? Of course la kan… setiap orang pernah rasa menyesal…dan even sometimes penyesalan tue tiada gunanya. Sape entah cakap kat aku.. menyesal walau macam mana pom, takkan ada peluang nak undur masa. So kita just need give and take on what exactly happen.

Seriously… bila lecturer tanya soalan sebegitu… aku pom fikir jugak. Kalao nak difikirkan, memang banyak giler perkara-perkara yang aku menyesal dan nak ubah. Tapi bila fikir lagi… semua tue ALLAH daa tetapkan… bila kita menyesal, ia ibarat kita persoalkan apa yang telah ALLAH tentukan dalam hidup kita. So.. aku dalam hati cakap.. TAKDE APA-APA YANG AKU MENYESAL….. that’s why aku tak jawab soalan lecturer aku… haha.

Last words: NEVER REGRET ON SOMETHING THAT MAKE YOU SMILE…. =)

So… kalao korang??? Apa yang korang nak jawab bila ditanya soalan sebegitu???

Sunday, September 25, 2011

Skycraper


nice

Skies are crying, I’m watching
Catching tear drops in my hands
Only silence as it’s ending
Like we never had a chance
Do you have to make me feel like
There’s nothing left of me

You can take everything I have
You can break everything I am
Like I’m made of glass, like I’m made of paper
And go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper, like a skyscraper

As the smoke clears
I awaken and untangle you from me
Would it make you feel better to watch me while I bleed
All my windows still are broken
But I’m standing on feet

skycraper
You can take everything I have
You can break everything I am
Like I’m made of glass, like I’m made of paper
And go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper, like a skyscraper

Go run, run, run
I’m gonna stay right here
Watch you disappear, yeah-oh
Go run, run, run
Yeah, it’s a long way down
But I am closer to the clouds up here

You can take everything I have
You can break everything I am
Like I’m made of glass, like I’m made of paper, oh-oh
And go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper, like a skyscraper
Like a skyscraper, like a skyscraper
Like a skyscraper


 p/s.. this song memang ada maksud yng tersirat.. hehe